H U D A N I A L L | 18

21 4 0
                                    

"Oi Lysa!" panggil Tengku Darwisy. Tengku Ellysa memandang abangnya sekilas sebelum tumpuannya kembali kepada televisyen.

"Kau ingat aku tak tau?" soal Tengku Darwisy bersahaja. Tengku Ellysa mengerutkan dahinya. Tau apa?

"Tahu apa?" soalan dibalas soalan. Tengku EIlysa memeluk tubuh lalu memandang abang keduanya dengan tatapan kosong. Tengku Darwisy juga turut melakukan hal yang sama. Berpeluk tubuh.

"Kau.." Tengku Darwisy sengaja menggantungkan ayatnya kerana ingin memberi kesan saspens. Tengku Ellysa berdebar menanti sambungan ayat abangnya. Janganlah pasal benda tu.

"...minum air Calpis papa kat peti ais tu kan?" sambung Tengku Darwisy sambil matanya tepat merenung kedalam anak mata adiknya. Tengku Ellysa menghembuskan nafas lega. Ingatkan pasal benda tu.

"Haah, papa kasi. Aku minum je lah." jawab Tengku Ellysa bersahaja. Tumpuannya kembali ke televisyen. Tengku Darwisy terus berdiri. Berdiri diatas sofa.

"LAH, PAPA KASI KE?!" kuat suara Tengku Darwisy ketika ini. Punyalah dia tahan nafsu nak minum air tu sebab dia tahu tu air kegemaran papa. Sekali papa kasi da.

Tengku Ellysa hanya mengangguk malas. Tengku Darwisy melompat turun daripada sofa lalu berlari ke arah peti ais. Air Calpis itu dicarinya.

"Cari apa? Kalau air Calpis tu, aku dah habiskan." ujar Tengku Ellysa apabila melihat abangnya seperti mencari sesuatu.

Jatuh bahu Tengku Darwisy mendengar kata-kata adiknya tadi. Dah habis?

Sebenarnya dia boleh sahaja beli lain, tetapi dia malas hendak ke kedai.

Haih.

***

Tengku Daniall menyarungkan baju kemeja navy blue ke tubuhnya. Harini, dia dan Huda ingin membawa tokma ke Johor. Sekali-sekala bawak tokma jalan-jalan kan. Hehe.

"Daniall!" panggil tokma daripada dapur.

"Ya?"

"Hang nak keluaq pi tu, makan lekaih. Sat gi lapaq kok tengah jalan," pesan tokma lalu duduk berhadapan dengan Huda yang sudah sedia dimeja makan. Seusai bersiap, Tengku Daniall keluar lalu mengambil tempat disebelah isterinya.

Bacaan doa diketuai oleh Tengku Daniall lalu masing-masing makan tanpa banyak bunyi. Hipotesisnya, semakin banyak bunyi, semakin banyak drama.

Seusai makan, Tengku Daniall memasukkan segala jenis beg kedalam bonet kereta. Sedang leka menyusun beg, tiba-tiba satu suara lunak menegurnya daripada belakang.

"Daniall?"

Tengku Daniall berpaling dan alangkah terperanjatnya dia ketika itu apabila melihat kawan lamanya disini.

"Nuha?"

"Ya saya,"

"Hang mai sini, den-" belum sempat Nuha menyambung ayatnya, Huda sudah menegur suaminya.

"Hubby," panggil Huda lalu lengan Tengku Daniall dipeluk erat. Ni kita punya!

"Ha princess, ni kawan hubby masa kecil. Nuha. Nuha, ni bini cheq, Huda." Tengku Daniall memperkenalkan mereka satu sama lain. Nuha kelihatan agak kecewa mendengar kata-kata Tengku Daniall tadi dan Huda dapat melihatnya dengan jelas.

"Hai, Huda. Saya Nuha Nazmeena. Panggil Nuha ja" ujar Nuha dengan suara ceria. Dia tersenyum lebar lalu tangannya dihulur untuk bersalaman dengan Huda.

"Hai, Nuha." balas Huda dengan senyuman lalu huluran Nuha sebentar tadi disambut.

"Bila hang kahwin? Awat tak jemput?" soal Nuha dengan muka garangnya. Tengku Daniall sengih.

"Dah lama dah. 5 year ago." jawab Tengku Daniall perlahan. Nuha mengangguk faham.

DANIALL'S PRINCESS  ||  OGWhere stories live. Discover now