H U D A N I A L L | 20

32 6 0
                                    

"Butik kamu macam mana sekarang?" soal tokma lalu menyuap nasi goreng masuk ke dalam mulutnya lagi.

Tengku Elizabeth memang ada butik sendiri. D' ER Boutique. Tengku Ellysa juga sering membantu mamanya menjaga butik itu. Jadi, kalau mereka disana, kedua-duanya akan digelar 'bos'

"Alhamdulillah, macam tulah ma" jawab Tengku Elizabeth seraya tersenyum nipis. Tengku Emma mengangguk faham. Tengku Darwisy memandang adiknya hairan.

Tengku Ellysa daripada tadi hanya memerhati gerak geri Huda. Pandangannya bagaikan mempunyai maksud tersirat tetapi Tengku Darwisy tidak faham. Setelah lama berfikir, akhirnya Tengku Darwisy sudah dapat menangkap maksud pandangan itu. Sekonyong-konyong Tengku Darwisy tersenyum sinis.

Tanpa Tengku Darwisy sedar, abangnya sedari tadi memerhatikan gerak gerinya.

"Hubby nak lagi?" soal Huda lalu berura-ura ingin menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan suaminya namun, suaminya menolak.

"Kenyang," ucap Tengku Daniall sepatah. Kening Huda bertaut seketika.

'Ni suami aku ke? Apasal sepatah je dia jawab? Selalu boleh buat syair dia punya jawab,' getus hati kecil Huda sambil matanya memandang suaminya atas bawah. Tengku Daniall yang perasan akan pandangan itu sekadar bertanya menggunakan keningnya.

Huda menggelengkan kepalanya lalu tersengih comel.

"Huda, tambahlah lagi." kata Tengku Elizabeth sambil tersenyum ke arah Huda. Tengku Daniall yang tadinya sedang bersandar ke kerusi akibat kekenyangan terus duduk tegak.

"Mama?" panggil Tengku Daniall seraya kepalanya disengetkan. Tengku Darwisy hanya diam memerhati drama dihadapannya ini.

"What?" soal Tengku Elizabeth lalu menuangkan air sirap kedalam gelas Huda. Tengku Daniall melopongkan mulutnya begitu juga dengan Huda.

"Mama makan apa tadi?" soal Tengku Daniall sambil menggaru kepalanya yang tiba-tiba gatal. Tengku Elizabeth menjeling anaknya.

"Makan nasi goreng ni lah," jawab Tengku Elizabeth seraya tangan kanannya yang sedang memegang sudu menunjuk ke arah nasi goreng dipinggannya. Tengku Daniall mati akal.

"Ha ok," jawab Tengku Daniall ringkas. Malas nak tanya panjang-panjang sebab dia tiada mood. Tangannya yang berada dipeha terasa hangat seketika. Apabila dia menunduk, ada satu tangan yang sedang menggenggam erat tangannya. Huda.

Dia berpaling memandang wajah isterinya dan mata bulat itu hanya terkebil-kebil memandang Tengku Daniall.

"Kenapa?" soal Tengku Daniall. Huda mendekatkan bibirnya ke telinga suaminya.

"Hubby okey ke?" soal Huda secara berbisik. Tengku Daniall mengangguk. Huda memberikan tatapan tajam kepada suaminya dengan harapan suaminya akan memberitahu sebab dia bersikap aneh sejak duduk dimeja makan. Tengku Daniall memandang ke arah lain. Tak sanggup untuk melihat mata tajam isterinya.

"Betul ni okey?" soal Huda perlahan yang hanya mereka berdua sahaja dengar. Tengku Daniall sekali lagi mengangguk tetapi kali ini bersama senyuman paling manis.

Huda mengeluh. Dia tahu suaminya tidak ok. Gila kau tak kenal laki sendiri?

***

"Darwisy," Tengku Daniall memanggil adiknya yang ketika itu sedang khusyuk menonton movie di televisyen. Tengku Darwisy mengangkat kepalanya sesaat tetapi matanya masih tidak dikalih daripada televisyen.

"Kau ada benda nak bagitahu aku ke?" soal Tengku Daniall serius. Jarang dia nak serius ni. Mode Arrayan turn on!


DANIALL'S PRINCESS  ||  OGWhere stories live. Discover now