"Tengku?" panggil doktor yang membuat pemeriksaan pada Huda sebentar tadi. Semua kepala terarah kepada doktor itu. Malu doktor itu dibuatnya.
'Alamak, semua Tengku kat sini?' gumam doktor itu. Muka yang semakin memerah ditundukkan.
"Err, saya nak bercakap dengan Tengku Daniall sekejap ye?" ujar doktor itu. Masing-masing menganggukkan kepalanya. Tengku Daniall membuntuti langkah doktor itu sehingga mereka tiba disuatu tempat yang agak tersorok.
"Saya nak cakap sikit pasal Huda." kata doktor itu dengan wajah yang sukar ditafsirkan oleh Tengku Daniall.
"Sebelum dia amnesia, ada orang yang pernah cuba untuk ugut dia ke?" soal doktor itu masih lagi dengan riak wajah yang sama. Tengku Daniall mengerutkan dahinya. Ugut apa ni?
"Ugut? Setahu saya tak pernah. Tapi..saya tak tahulah kalau dia rahsiakan daripada saya." terang Tengku Daniall. Doktor itu mengangguk faham.
"Kenapa ye doktor?" soal Tengku Daniall lagi. Doktor itu mengeluh panjang. Seperti sesuatu berlaku tetapi Tengku Daniall masih blur.
"Dia cerita dekat saya, ada orang lelaki cuba ugut dia." jawab doktor itu. Tengku Daniall semakin hairan. Siapa? Lelaki? Lelaki tu nak apa daripada Huda? Kenapa Huda tak pernah cerita dekat dia dulu? Kenapa mesti cerita dekat doktor ni?
Sedikit sebanyak Tengku Daniall agak berjauh hati daripada Huda walaupun doktor ini sama jantina dengan isterinya. Dia tetap terasa hati sedikit. Kenapa tak bagitahu di dahulu? Siapa suami Huda? Dia ke doktor ni? Aik?
"Betul Tengku tak tahu apa-apa tentang ini?" soal doktor itu lagi meminta kepastian. Tengku Daniall mengangguk laju. Dia yakin!
"Kalau macam tu, saya minta diri dulu lah ye." pamit doktor itu sebelum dia meninggalkan Tengku Daniall yang masih lagi bingung di situ.
Siapa ugut Huda? Apasal dia tak tahu apa-apa?
***
"Huda, bangun sayang. Kita solat tahajud sama-sama." lembut suara itu menyapa bersama percikan air dimukanya. Huda menggeliat malas namun, tetap jua menggagahkan mata untuk dibuka. Huda sudah kembali sihat seperti sedia kala.
Cuma, doktor berpesan supaya Huda tidak melakukan kerja berat kerana luka jahitan hampir sembuh sepenuhnya.
"Pukul berapa ni?" soal Huda dengan suara serak. Dengan mata layunya, dia menatap suaminya. Kacak betul dengan kopiah dia tu!
Tengku Daniall yang sudah lengkap berkopiah itu tersenyum. Bangun pagi pun comel. Haih, bini siapa lah ni?
"Pukul tiga pagi, sayang." jawabnya lembut. Huda menggosok matanya berkali-kali. Perlahan-lahan dia bangun daripada berbaring. Badan disandarkan dikepala katil.
"Bangunlah. Pergi bersiap. Hubby tunggu awak," ujar Tengku Daniall lebih kepada mengarah Huda. Dengan langkah berat, Huda tetap juga melangkah ketandas untuk mandi dan berwuduk.
Malam itu, mereka sama-sama bersolat tahajud dan solat hajat diakhiri dengan tadarus. Kata Tengku Daniall, impian Huda telah dia tunaikan. Huda mahu bertanya namun, Tengku Daniall terlebih dahulu menjawab apa yang difikirkan oleh Huda.
"Princess selalu bagi tahu kawan awak yang awak mahu seorang lelaki yang boleh mengejutkan awak setiap malam untuk bersolat tahajud kecuali bila awak datang bulan," ujar Tengku Daniall dengan nada nakal.
Huda mencebik geram. Baru sahaja dia mahu feeling, Tengku Daniall sudah membuat onar. Merah padam wajah Huda dek malu.
"Princess,"
Huda mengerling ke arah Tengku Daniall.
"Hubby yakin dengan agama awak sebab itu hubby pilih awak untuk temankan hubby dan menjadi ibu kepada anak-anak hubby," bisik Tengku Daniall perlahan sebelum lelaki itu bingkas bangun dan melipat sejadahnya.
YOU ARE READING
DANIALL'S PRINCESS || OG
Romance[Karya pertama sayaaa] Tengku Daniall Arrayan ft. Nurul Huda. Tengku Daniall Arrayan:- Anak sulung daripada 3 adik beradik. Adik lelakinya, Tengku Darwisy Aqeeb dan adik perempuannya, Tengku Ellysa Rania. Seorang yang ceria, manja dan mudah menangis...