H U D A N I A L L | 7

51 9 0
                                    

Huda menguap. Hm ngantuknyaa. Kita nak tidur tapi takkan nak tidur dengan encik penculik tu? Gila ke apa?

"Awak ngantuk ke?" soal Tengku Daniall apabila melihat Huda menguap sahaja daripada tadi.

Huda sekadar menganggukkan kepalanya bagi menjawab persoalan Tengku Daniall.

"Encik.." panggil Huda.

"Hmm?"

"Nama encik ni apa? Daniall je ke?" soal Huda. Dia sudah lama ingin bertanya tapi baru sekarang ada masa.

"Abu Daniall" jawab Tengku Daniall. Dia tersenyum senget setelah itu.

Huda membuat mulut berbentuk o sambil menganggukkan kepala.

"Peliknya nama," Hai Huda ni, orang kena culik nangis-nangis. Dia? Boleh pula buat sesi temu ramah dengan encik penculik dia.

"Nak buat macam mana. Mama saya letak nama tu," balas Tengku Daniall pula. Dia sambung membaca novel.

"Er..Abu" panggil Huda.

"Ha? Oh hm kenapa?" hampir tergelak Tengku Daniall apabila Huda memanggilnya Abu.

"Sa-saya nak balik," Huda sudah mula merindui keluarganya dikampung.

Apa agaknya ibu tengah buat ye? Diorang cari aku tak? Jiji dah tidur ke?

"Awak tak suka tinggal dengan saya?" soal Tengku Daniall sambil menayang muka simpati. Huda menggaru kepalanya yang berlapikkan tudung sarung.

Kalau aku kata tak suka, dia kecewa ke? Bersalahlah pulak kalau nak kata yang aku tak suka duduk dengan dia.

Eh? Kau ni kenapa Huda? Dia tu dah lah culik kau, pastu takkan lah sebab tu je kau nak bersalah?

Ye lah, masalahnya dia macam something tau tak?

Huda mula berperang dengan hatinya.

"Er..saya..aa" Huda memikirkan jawapan yang bernas bagi menjawab soalan Abu Daniall.

"Dah lah, awak pergi tidur dulu. Esok saya nak bawak awak pergi satu tempat," ujar Tengku Daniall apabila melihat Huda bagai tak senang duduk.

"Er..saya nak tidur kat mana, Abu?" soal Huda. Tengku Daniall sekali lagi menahan senyum.

"Ha er..kat bilik tu lah"

Huda terdiam. Tidur dengan dia?!

"Dahlah meh masuk bilik meh" ajak Tengku Daniall sambil tangannya menarik tangan Huda.

Huda langsung menepis tangan itu.

"Ish awak ni, Abu! Kenapa nak pegang-pegang? Daripada tadi saya perasan awak asyik pegang-pegang saya! Saya nak balik! Kalau Jabatan Agama Islam datang macam mana? Saya taknak kahwin dengan awak!" kesabaran Huda memang sudah hilang. Dia geram dengan mamat Abu ni.

"Okey-okey sorii" ujar Tengku Daniall. Huda menjeling tajam Abu Daniall. Eee, geramnya aku tengok muka tak bersalah diaa!!

***

"Morning princess.."  pada mulanya Huda fikir itu adalah mimpi kerana ayat ini juga sering masuk ke dalam mimpinya namun apabila ayat itu seperti jelas ditelinganya, dia langsung tersedar dari tidur.

Tengku Daniall hampir tergelak melihat rambut Huda sudah berserabai akibat tidur agak lasak. Huda ni tidur lasaklah juga.

Tengku Daniall mencabut tudung sarung Huda lalu melipatnya kecik-kecil dan sumbat didalam poket sweatpants dia. Huda sudah hilang kesabaran langsung menolak kuat dada bidang Tengku Daniall.

DANIALL'S PRINCESS  ||  OGWhere stories live. Discover now