"Tokma!" jerit Tengku Daniall daripada kejauhan. Dia berlari ingin memeluk tubuh tokmanya yang hampir 4 bulan tidak berjumpa. Dia dan Huda pulang ke rumah tokma diKedah. Sudah diajak ahli keluarganya yang lain tetapi, masing-masing sibuk.
"Tudia. Dia mai dah!" kata Tengku Emma sambil menggelengkan kepala melihat cucu sulungnya berlari seperti kanak-kanak balik daripada taska.
Sampai sahaja didepan Tengku Emma, tubuh tua itu dipeluk erat bagai tidak mahu lepas.
"Hang ni dah kahwin dah pi mai pi mai tang tu jugak perangainya," kutuk Tengku Emma sambil menjeling cucunya. Tengku Daniall tersengih kambing.
"Mak pak hang mana?" soal Tengku Emma. Kepalanya terdongak-dongak mencari kelibat anak dan menantunya namun, tiada. Yang dia nampak hanyalah...
"Huda?!" Terkejut bukan kepalang Tengku Emma apabila melihat cucu menantunya. Dia berlari terkedek-kedek ke arah Huda lalu tubuh itu dipeluknya erat sambil air mata kebahagiaan mengalir jatuh ke pipi.
"Rindunya tokma dengan hang!" ujar Tengku Emma lalu badan Huda ditolak sedikit kerana ingin melihat wajah gadis itu. Makin segak na.
"Tokma sihat ka?" soal Huda sambil tangan dihulur untuk bersalaman dengan tokma.
"Sihat Alhamdulillah. Hang pahabaq?" soal Tengku Emma lalu menyambut huluran cucu menantu kesayangannya.
"Alhamdulillah, Huda sihat tokma." jawab Huda sopan.
"Mai masuk dalam. Duk luar panas." ajak tokma lalu tangan Huda dipimpin masuk ke dalam rumahnya. Rumah tokma seperti rumah kayu tetapi berkonsepkan moden. Ada campuran tradisional. Pada mulanya, tokma memang duduk KL tetapi selepas mendapat berita kehilangan Huda, dia membawa diri ke Kedah. Ingin mengubat hati yang laralah katakan.
Disebabkan sudah 5 tahun lebih diKedah, terus terikut-ikut loghat Kedah.
"Hish, tokma dah tak sayang Niall!" rungut Tengku Daniall lalu menonong masuk kedalam sambil menghentakkan kakinya tanda protes. Tengku Emma perlahan melepaskan genggaman tangannya daripada Huda lalu berjalan ke arah Tengku Daniall.
Telinga Tengku Daniall ditariknya sehingga memerah. Tengku Daniall meraung kesakitan sambil cuba menggamit perhatian isterinya namun, isterinya hanya mengabaikannya.
"Princess, tolong hubby!" jerit Tengku Daniall sambil tangannya menepuk lembut tangan Tengku Emma yang sedang menarik telinganya agar melepaskan telinganya.
"Toksah tolong dia. Biaq pi dia. Gedik!" kutuk Tengku Emma lalu melepaskan tarikan ditelinga Tengku Daniall. Huda hanya mampu tergelak melihat muka Tengku Daniall yang bagaikan ingin menangis.
"Niall takmau kawan tokma!" kata Tengku Daniall lalu memeluk tubuh. Tengku Emma hanya membiarkan sahaja cucunya merajuk. Malas nak memujuknya.
"Nasib baik lah Niall aje yang datang, kalau dengan si Awisy tu, mahu terbalik rumah ni melayan karenah diorang," luah Tengku Emma kepada Huda. Dia tidak menggunakan loghat Kedah bersama Huda kerana dia tahu bahawa Huda hanya memahami loghat itu sedikit sahaja.
Huda ketawa. Tengku Daniall pula mencemberutkan wajahnya. Hish! Gelak-gelak pulak!
***
"Wah, kari ikan tokma! Terbaik dari ladang," puji Tengku Daniall sambil membuat jari thumbs up. Tengku Emma hanya tersenyum mendengar pujian itu.
Selain daripada Tengku Ellysa, Tengku Daniall juga suka dengan kari ikan yang dimasak tokma. Si Awisy tu tak berapa nak gemar sangat. Dia suka ikan keli berlada. Sama seperti anak perempuan tunggal Tengku Emma, Tengku Elizabeth.
YOU ARE READING
DANIALL'S PRINCESS || OG
Romance[Karya pertama sayaaa] Tengku Daniall Arrayan ft. Nurul Huda. Tengku Daniall Arrayan:- Anak sulung daripada 3 adik beradik. Adik lelakinya, Tengku Darwisy Aqeeb dan adik perempuannya, Tengku Ellysa Rania. Seorang yang ceria, manja dan mudah menangis...