Sebelum pulang ke rumah, mereka bergambar bersama-sama dengan warga Rumah Anak Yatim Cahaya Kasih. Huda semakin lama, semakin dapat menyesuaikan dirinya di sini.
Kanak-kanak ini pula melayani dia bagai sudah kenal lama. Persoalannya, mereka kenal aku ke dulu? Ye kot..
"Okey, semua boleh ke sana, Kak Hafny nak ambil gambar Abang Ray dengan Kak Huda je." arah Qayreen Hafny. Remaja perempuan itu tersenyum seperti memberi isyarat kepada Tengku Daniall. Tengku Daniall hanya menayangkan thumbs up.
"Okey Kak Huda rapat sikit dengan Abang Ray." Arah Hafny. Huda mengambil satu langkah sehingga bahunya terlanggar dengan siku Tengku Daniall.
"Amboi, kemain ye awak ambil kesempatan dekat sini." usik Tengku Daniall. Huda sudah menayang wajah bengis. Sejak bila aku nak ambil kesempatan ni?
"Bila masanya? Hafny suruh dekat sikit, jadi saya dekatlah sikit tapi taktahu pulak sampai terlanggar," balas Huda tidak mahu kalah. Hafny sudah tercengang melihat pergaduhan kecil pasangan dihadapannya ini.
"Ye ke? Dah tu ni kenapa tak nak berganjak sikit?" usik Tengku Daniall lagi. Huda bertindak untuk menjauh sedikit, namun Tengku Daniall lebih tangkas merangkul pinggang isterinya. Kepalanya dijatuhkan ke sisi. Atau lebih tepatnya ialah menjatuhkan kepalanya ke atas kepala Huda.
"Okey, nice!" Hafny bersorak keriangan. Walaupun Huda tidak selesa di dalam posisi ini, dia sedaya upaya menayang wajah manis.
"Awak buat macam ni." Tengku Daniall membuat tangan kirinya berbentuk love lalu diletakkan di pipi sebelah kirinya. Huda hanya menurut.
"Ish, salah tu. Saya pakai tangan kiri, awak pakailah tangan kanan." ujar Tengku Daniall lalu menjatuhkan tangan kiri Huda. Huda mengangkat tangan kanannya lalu membuat bentuk love sebelum diletakkan di pipi sebelah kanan.
"Smilee," kata Hafny. Huda menayang senyuman manis manakala Tengku Daniall tersenyum hingga menampakkan lesung pipitnya dan matanya menjadi eye smile.
"Okey, done!" kata Hafny lalu berlari anak mendapatkan Tengku Daniall. Telefon Tengku Daniall disuakan kepada tuan empunya.
"Terima kasih, Hafny! Abang dah kasi upahkan tadi?" kata Tengku Daniall. Diperlahankan suaranya ketika menuturkan ayat terakhir itu. Hafny mengangguk sambil tergelak kecil.
***
"Siap!" Tengku Daniall menutup skrin telefonnya lalu membuka kembali. Terpampang jelas gambar dia bersama Huda 3 hari lepas di Rumah Anak Yatim Cahaya Kasih. Terima kasih kepada Hafny kerana telah membantunya.
Tersenyum bangga dia melihat gambar wallpapernya. Dia memakai gambar yang masing-masing membuat tangan berbentuk hati lalu diletakkan ke pipi sebagai wallpapernya.
"Uih kemain lebar senyum," tegur Huda. Dia tadi sebenarnya hanya ingin keluar minum air, tapi apabila melihat Abu tersenyum begitu, dia langsung menegur.
Tengku Daniall mengangkat kepalanya memandang Huda. Telefonnya disuakan kepada Huda. Terbeliak luas mata Huda melihat wallpaper telefon Abu.
"Woi! Padam balik!" Huda memarahi jejaka dihadapannya ini. Suka-suka je guna gambar tu!
"Taknak," ujar Tengku Daniall lalu menjelirkan lidahnya. Huda bertindak untuk merampas telefonnya, tetapi dia lebih pantas menyorokkan telefonnya ke belakang badan.
Huda mendengus geram lalu dia mengejar Tengku Daniall. Tengku Daniall berlari pantas apabila Huda semakin hampir dengannya.
"Bluekk..tak dapat!" ejek Tengku Daniall. Huda melompat ke arah Tengku Daniall. Tengku Daniall yang masih tidak bersedia terus terjatuh. Huda juga turut terjatuh lalu menindih badan sasanya.
YOU ARE READING
DANIALL'S PRINCESS || OG
Romance[Karya pertama sayaaa] Tengku Daniall Arrayan ft. Nurul Huda. Tengku Daniall Arrayan:- Anak sulung daripada 3 adik beradik. Adik lelakinya, Tengku Darwisy Aqeeb dan adik perempuannya, Tengku Ellysa Rania. Seorang yang ceria, manja dan mudah menangis...