5 tahun kemudian..
TOK TOK
"Bang, buka pintu ni!" laung Tengku Darwisy dari luar. Tengku Daniall hanya menghiraukan panggilan tersebut.
Dia mengambil bantal lalu menekup telinganya. Kalau boleh sumbat dalam lubang telinga, memang dia dah sumbat dah.
Semakin lama, ketukan pintu kedengaran lebih kuat sehinggalah..
"Tengku Daniall Arrayan" tegas sekali suara itu memanggil.
Terus tegak 90 darjah bulu romanya mendengar nama penuhnya disebut oleh papa.
Ya, itu suara papa. Kalau papa dah panggil nama penuh, maknanya dia dah marah sangat lah gamaknya.
Dengan langkah malas, Tengku Daniall menghampiri pintu. Pintu dikuak sedikit dan wajah papa serta adiknya menjamah pandangannya.
Teguk liur melihat wajah bengis papa.
Tengku Danish dan Tengku Darwisy memerhati insan dihadapan mereka ini.
Dengan rambut hampir mencecah bahu, muka berjambang, badan pula susut dan tidak terurus.
Betul ke ni Tengku Daniall Arrayan?
Pada mulanya Tengku Daniall bersungguh-sungguh ingin mencari isterinya. Namun setelah bertahun-tahun mencari, dia ada terdengar berita bahawa isterinya telah meninggal dunia.
Dan kini, dia hanya terperap didalam bilik. Geleng kepala apabila mengingati kembali semua itu.
"Daniall mari sini" ujar papanya lembut sambil menepuk-nepuk permukaan katil disebelahnya.
Aik? Singa dah jadi kucing ke?
Tengku Daniall hanya menurut. Punggung dilabuhkan di birai katil bersebelahan papanya manakala, Tengku Darwisy mengambil tempat disebelah kiri abangnya.
"Isteri kamu hidup lagi. Ada orang papa nampak isteri kamu di kawasan perumahan mak mertua kamu" lembut sahaja nada yang dipakai oleh Tengku Danish apabila mengatakan hal tersebut.
Namun, reaksi Tengku Daniall tidak seperti sangkaannya.
Sangkanya, anak sulungnya akan kembali bersemangat apabila mendengar perihal isterinya kembali dibangkitkan.
Tapi, lain pula jadinya. lemah dan tidak bersemangat.
"Proof?" soal Tengku Daniall ringkas.
"Ni gambar yang diambil oleh Am dua hari lepas" ujar tengku Danish sambil menyuakan telefon pintarnya yang tertera gambar yang diambil oleh Amir, orang upahannya dua hari lepas.
Muka tengku Daniall serta merta berubah melihat gambar isterinya bersama seorang gadis. Dan dia kenal gadis itu, Nur Farhana. Kawan rapat isterinya dikampung.
"Pa, i-ini isteri Ni-Niall kan?" tergagap-gagap tengku Daniall menyoal.
Tengku Danish hanya menganggukkan kepala seraya tersenyum segaris. Tangannya naik menepuk lembut bahu anak sulungnya umpama memberi semangat.
KLIK
Tengku Darwisy menyingkap langsir dan membuka tingkap bilik abangnya yang sudah bertahun tak diterangi cahaya matahari. Hapak!
"Kamu pergilah bersiap, pergi rumah mak mertua kamu. Bincang elok-elok dengan Huda" ujar Tengku Danish seraya menepuk lembut bahu anaknya buat kali kedua sebelum punggung diangkat dan beredar dari situ.
"Dah ah bang, kau buat apa lagi kat situ? Siaplah cepat pergi jumpa akak ipar aku tu" Tengku Darwisy bersuara apabila melihat abangnya masih tercongok di tempat yang sama.
YOU ARE READING
DANIALL'S PRINCESS || OG
Romance[Karya pertama sayaaa] Tengku Daniall Arrayan ft. Nurul Huda. Tengku Daniall Arrayan:- Anak sulung daripada 3 adik beradik. Adik lelakinya, Tengku Darwisy Aqeeb dan adik perempuannya, Tengku Ellysa Rania. Seorang yang ceria, manja dan mudah menangis...