H U D A N I A L L | 3

67 13 0
                                    

"Assalamualaikum mama.." Tengku Daniall menghulurkan tangan ingin bersalaman dengan mamanya. Tengku Elizabeth menyambut huluran anak sulungnya dengan senyuman manis, manakala huluran menantunya hanya dipandang penuh jijik.

Tengku Ellysa menyungging senyuman sinis melihat perilaku mamanya terhadap perempuan kampung itu.

'Padan muka kau! Nak sangat kahwin dengan abang aku kan?' getus Tengku Ellysa didalam hati.

Huda perlahan-lahan menarik semula tangannya sambil menayangkan senyuman kekok. Air mata yang hampir mengalir ditahan dengan sepenuh hati.

Bukan dia tidak biasa dilakukan begini oleh ibu mertuanya setiap kali berkunjung, tetapi dia rasa tidak sedap hati.

"Ha Niall, jom ikut mama ke ruang makan. Mama dah masak masakan istimewa untuk kamu. Niall suka cendawan kan? Mama ada buat sup cendawan, nasi goreng cendawan dengan cendawan kukur." ujar Tengku Elizabeth sambil menayang senyuman manis. Dia tahu menantunya alergi dengan cendawan.

Memang dia sengaja masak semua jenis lauk yang berunsurkan cendawan. Nak tengok juga apa yang akan berlaku jika perempuan kampung itu makan cendawan.

"Tapi ma, Huda kan alerg-"

"Ha duduk-duduk. Mari makan." laju sahaja Tengku Elizabeth mencantas percakapan anak sulungnya. Huda sudah teguk liur melihat semua lauk dihadapannya.

"Err mama takde lauk lain ke? Huda kan alergi cendawan.." selembut mungkin nada yang dipakai oleh Tengku Daniall. Dia tidak mahu mamanya kecil hati.

"Alergi. Alergi. Cerewet sangat kenapa? Makan jelah apa yang ada." ujar Tengku Elizabeth sambil menjeling menantunya dengan penuh meluat.

"Elizabeth!" papa Tengku Daniall mula bersuara. Tengku Elizabeth sudah buat muka tidak berpuas hati.

'Semua nak sokong perempuan ni! Takpe, kau tunggu Huda!' jerit Tengku Elizabeth didalam hati.

"Mama tak salah lah papa. Perempuan ni yang gedik sangat sampai tak boleh nak makan cendawan. Makan jelah!" Tengku Ellysa mempertahankan mamanya. Sambil dia bersuara, sambil jari telunjuknya menunjuk-nunjuk ke arah Huda yang sedang menunduk.

"Papa tak pernah ajar kamu macam ni Tengku Ellysa Rania!" suara Tengku Danish mula naik seoktaf. Mukanya sudah merah padam. Tangan dikepal membentuk penumbuk.

"Err..dah janganlah gaduh sebab saya. Takpe papa, Huda boleh je makan cendawan ni" Huda mencuba untuk menjernihkan suasana. Dia menyenduk nasi goreng cendawan dan diletakkan dipinggannya dengan perasaan takut. Teguk liur.

Belum sempat Huda menyuapkan nasi goreng itu, Tengku Daniall menghalang perbuatan isterinya.

"Sayang..nanti sakit macam mana?" soal Tengku Daniall prihatin. Huda menggelengkan kepalanya sambil tersenyum segaris.

"Takpe, saya okey" Huda sekadar ingin menenangkan hati suaminya. Perlahan-lahan nasi goreng cendawan disuakan ke dalam mulut. Tengku Elizabeth dan Tengku Ellysa yang melihat kejadian itu sudah tersenyum jahat.

Lain pula reaksi yang diberi oleh Tengku Daniall, Tengku Darwisy dan Tengku Danish. Masing-masing beriak risau.

Muka Huda sudah memerah dan gatal. Tangannya sudah menggigil dan akhirnya dia rebah tidak sedarkan diri. Hanya suara suaminya memanggil namanya menjadi sapaan terakhir gegendang telinga sebelum semuanya gelap.

***

"Macam mana keadaan menantu saya, doktor?" soal Tengku Danish dengan riak wajah yang terlalu risau.

"Alhamdulillah, Puan Huda baik-baik sahaja dan nanti saya akan bekalkan krim dan ubat untuk dia. Tiada apa yang perlu dirisaukan." ujar Doktor Amani. Doktor Dalili Amani ialah doktor peribadi keluarga mereka.

DANIALL'S PRINCESS  ||  OGWhere stories live. Discover now