H U D A N I A L L | 24

28 3 0
                                    

Malam itu, Tengku Daniall mengajak tokma dan Huda keluar makan disatu restoran yang baru dibuka. Katanya restoran itu kawannya yang punya. Tokma dan Huda bersetuju sahaja. Lagipun, memang sudah lama tidak makan diluar.

Tengku Daniall menyisir rambutnya sehingga rapi manakala, Huda melilit tudung shawl berwarna khaki dikepalanya.

"Sini hubby tolong princess," pelawa Tengku Daniall lalu berjalan mendekati isterinya. Huda menoleh apabila suara suaminya menyapa gegendang telinganya.

"Eh tak payah, saya boleh buat sendiri." tolak Huda perlahan. Lagipun selama dia hidup ni, memang dia pakai sendiri. Takkan nak suruh Abang Nuq? Karang dia taruk tudung saji atas kepala aku.

"Biarlah hubby buatkan," Tengku Daniall berkeras ingin memakaikan tudung isterinya. Huda mengalah jua.

Tengku Daniall kelihatan tenang ketika memakaikan tudung Huda membuatkan Huda tertanya-tanya.

"Macam mana hubby tahu style ni? Saya pun serabut nak memakai style ni," ujar Huda dengan wajah yang jelas tertanya-tanya. Suami aku mat tudung ke?

"Hubby tengok tutorial kat tiktok. Banyak juga tutorialnya. Lepasni, biar hubby je pakaikan tudung princess. You don't need to do anything. Just be a princess, okay?"

Huda terharu mendengar kata-kata suaminya. Air mata bertakung ditubir mata, dia rasa terharu sangat!

Air matanya mengalir satu persatu ke tulang pipi. Tengku Daniall yang perasan akan hal itu terus menyoal isterinya.

"Eh kenapa nangis ni sayang?" soal Tengku Daniall lembut sambil ibu jarinya mengesat air mata yang turun dipipi mulus isterinya. Huda tergelak kecil. Tubuh suaminya dipeluk erat.

Tengku Daniall pelik dengan perangai isterinya. Tadi nangis, lepastu ketawa pulak.

"Terima kasih hubby," ucap Huda ikhlas. Tengku Daniall tanpa banyak bicara membalas pelukan isterinya. Kepala isterinya yang dilitupi tudung itu dikucupnya.

"Sama-sama sayang. Tapi untuk apa?" soal Tengku Daniall hairan.

"Everything." jawab Huda ringkas. Tengku Daniall tersenyum mendengar kata-kata isterinya. Badan isterinya ditolak perlahan supaya senang untuk dia melihat wajah comel itu.

"Dah jangan nangis. Tak comel dah princess hubby ni." pujuk Tengku Daniall berbaur usikan. Huda tergelak perlahan.

Tengku Daniall melihat pantulan dirinya dan isterinya di cermin. Baju mereka sama. Kemeja putih. Huda memakai skirt labuh berwarna cream dan tudung shawl khaki. Tengku Daniall pula memadankan baju kemeja putihnya dengan seluar slack hitam.

Tengku Daniall menggenggam tangan isterinya. Huda memandang tangan kecilnya yang tenggelam disebalik tangan besar suaminya lalu wajah tampan suaminya dipandang. Terkebil-kebil mata bulatnya memandang wajah tampan itu.

Tengku Daniall mencuit pucuk hidung mancung isterinya.

"Comel," gumam Tengku Daniall perlahan. Muka menundukkan wajahnya apabila perasan bahawa mukanya sudah berona merah.

"Let's go my princess." ajak Tengku Daniall lalu mereka berjalan beriringan keluar daripada bilik itu.

***

"Amboi, macam pengantin baru korang ni." puji tokma lalu memandang cucu dan cucu menantunya atas bawah. Sama padan, sama cantik.

"Kitorang setiap hari pengantin baru," jawab Tengku Daniall selamba. Tokma menjegilkan matanya tepat ke arah cucunya. Tengku Daniall sekadar tersengih.

DANIALL'S PRINCESS  ||  OGWhere stories live. Discover now