Seroja terjaga apabila loceng telefon di sebelahnya berbunyi kuat, mengejutkannya dari mimpi yang aneh. Hatinya masih berdegup kencang, dan dia segera meraba-raba sekeliling dalam keadaan keliru, cuba memastikan yang segala yang dilihatnya tadi hanya sekadar mimpi.
"Ya Allah... apa benda mimpi tadi tu? Kenapa semua rasa... real sangat?" Seroja mengomel sendiri, tubuhnya masih terasa menggigil sedikit. Matanya melirik ke arah cermin di meja solek. Wajahnya pucat. "Takkan aku ada kuasa meramal masa depan pulak? Merepek jelah!" Dia menggeleng-geleng, cuba menghilangkan resah yang makin mencengkam.
Belum sempat dia tenang sepenuhnya, ketukan kuat di pintu biliknya memecah kesunyian. Seroja bangun dengan tergesa-gesa, jantungnya sekali lagi berdegup kencang. Siapa pula ni? Dengan debaran yang masih belum reda, dia membuka pintu, dan di depannya berdiri seorang lelaki tinggi tegap, wajahnya berdarah kacukan dia Tengku Zavier Al-Haq.
Seroja terdiam seketika. Zavier, lelaki yang penuh dengan aura rahsia dan bahaya. Pemegang syarikat The Leo Legacy dan pewaris keluarga mafia The Leo. Dari gaya berdirinya yang santai namun tegas, tidak sukar untuk meneka siapa dia sebenarnya.
"Tak pelik. Dia memang di tugaskan oleh Arwah ayah untuk jaga aku, tapi entah kenapa ayah pilih dia dari Arsyad?" bisik Seroja dalam hati, cuba membaca wajah lelaki itu.
Kalau nak dibandingkan antara dia dengan Tengku Arsyad. Tengku Arsyad hanya anak kepada Puan Emerline, kakak sulung Zavier hanya perwaris syarikat ibunya, Tapi lelaki di hadapannya ini nampak lebih berpengaruh dan... berbahaya.
Zavier menyeringai sedikit, tangan kanannya menghulurkan sebuah pendrive. "Puas termenung, Cik Puan Seroja? Takkan merajuk dengan anak buah saya, terus nak goda pakciknya pulak?" Usikan Zavier dilontar dengan nada santai, tetapi matanya tajam memerhati setiap reaksi Seroja.
Seroja mencebik. "Perasanlah pakcik ni! Bila pula saya merajuk dengan Arsyad?" Suara Seroja sinis, namun tangannya tetap menyambut pendrive itu. Hatinya tertanya-tanya apa yang tersimpan dalam benda kecil itu.
"What is this?" soal Seroja lagi, memandang Zavier dengan dahi berkerut.
Zavier tersenyum nipis. "Kamu tengoklah sendiri, Cik Puan Seroja Qasrina. Just a exclusive gift from me. Lepas tengok mana tahu nak ajak saya minum di kafe awak," balas Zavier sebelum berpaling dan melangkah pergi.
Dia hanya memandang Zavier dengan penuh persoalan, tapi Zavier hanya memberikan senyuman kecil meninggalkan Seroja terpinga-pinga di ambang pintu.
Dengan hati yang masih dipenuhi tanda tanya, Seroja melangkah ke arah laptopnya. Dia memasukkan pendrive tersebut dan membuka fail yang terdapat di dalamnya. Skrinnya memancarkan satu video, perbualan antara Tengku Arsyad dan adik tirinya, Khairina. Seroja menonton dengan wajah yang semakin berubah. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut mereka menghancurkan seluruh kepercayaan yang dia bina selama ini.
Arsyad merancang sesuatu yang lebih besar? Sesuatu yang bakal memusnahkan hidup Seroja. Selama ini, cinta Arsyad padanya hanyalah permainan. Semua ini adalah sebahagian dari pelan untuk mengambil alih apa yang ayahnya tinggalkan.
Seroja terdiam. Nafasnya jadi tidak teratur, matanya mencerlang penuh kemarahan. "Jadi... ni semua sebab tu? Demi kuasa dan harta?"
Tangan Seroja menggenggam erat tepi meja. Marah, kecewa, benci, semuanya bergaul dalam diri. Dia rasa seperti dipermainkan habis-habisan. Tiga tahun hidup dalam kepalsuan. Dan sekarang, dia tahu kebenarannya, tapi bagaimana dengan mimpi yang dia alami tadi? Kenapa semua ini seperti sudah ditentukan?
"Aku takkan biarkan!" gumam Seroja, suaranya sarat dengan tekad. Pandangan matanya kini sudah beralih tak lagi sekadar seorang perempuan yang dipermainkan. Dia tahu sekarang, dia mesti bertindak.
Dan untuk itu, dia memerlukan jawapan. Jawapan yang hanya Tengku Zavier mampu berikan.
Dengan pantas, Seroja mencapai kunci kereta dan bergegas keluar, menuju ke kafe seperti yang dikatakan Zavier. Kepalanya masih berkecamuk, tetapi satu hal pasti, dia akan lakukan apa saja untuk memastikan mereka membayar harga atas semua yang telah mereka lakukan.
Malam itu terasa lebih pekat dari biasa, seakan memberi isyarat bahawa badai besar sedang menanti di hadapan
Manusia bila lalai dengan dunia sampai lupa akhirat. Sebab itulah ramai yang kata duit adalah benda paling berbahaya. Sanggup bertikam mati dengan sesiapa, tak kira sama ada darah daging sendiri. Bahkan Allah sahaja diduakan untuk mendapat gelaran sebagai orang kaya.
Selfish!
YOU ARE READING
CIK PUAN TENGKU ZAVIER (R)
RomanceAssalammualaikum ! Korang yang mana baru saya perkenalkan ini adalah karya pertama saya , terima kasih yang sanggup menunggu dan datang kembali . Korang memang loversss betul ❤️ Ig : 4lyshairdina tt : Dyna00__