" Cak ! Terkejut tak , pandai tak aku berlakon ?." Soal Seroja qasrina dengan ketawanya semakin keras .
Mata Arsyad membulat badannya rasa ingin menyembah bumi , apa semua ni . Kenapa , semua yang dirancang tak sama dengan yang aku nak .
" Kau mesti ingat aku ni perempuan biasa yang bodoh macam Darling kesayangan kau kan ?." Kata Seroja qasrina sambil berjalan dekat ke arah Arsyad .
" Ja-jadi kau..."
" Yes , akulah yang godam syarikat kau , aku lah yang musnahkan segala plan terkutuk kau dengan Darling dan aku jugalah hampir nak bunuh mak kau cuma aku kesian dekat kau ." Kata Seroja qasrina sambil tersenyum melirik .
Tengku Zavier yang melihat isterinya berubah 360 darjah membuat kan dia terkejut . Tak sangka aku jumpa perempuan yang tepat . Tak menyesal aku kawin dengan anak Datok Imran .
" Tak-Tak guna , jadi selamani kau tak sayang aku ?." Soal Arsyad .
" Tak , aku saja je gunakan kau nak tengok sejauh mana kau punya plan nak bunuh aku tu . Aku tahu kau nak bunuh aku lepas je kau bunuh ayah aku dan kau hampir bunuh pakcik kau sendiri !." Tegas Seroja qasrina .
" So now ? You know her man ." Kata Tengku Zavier dirinya terasa amat bersyukur betullah jodoh itu cerminan diri tak sangka malaikat maut macam aku jumpa jodoh yang macam dia .
" Dan aku saja buat plan macam ni untuk kembalikkan ingatan Suami aku yang hilang sebab kau ." Sambung Seroja qasrina lagi .
" How dare..."
" Cop..Cop , takpayah tunjuk terpaling tersakiti lah kau . Kau yang nak bunuh aku jadi memang patut pun kau kene !." Potong Seroja qasrina melirikkan mata tajam ke arah Arsyad yang sudah kemerahan muka menahan amarah dari tadi .
" Kau memang tak guna ! ." Bidas Arsyad yang sudah naik gila dibuat Seroja qasrina .
Tengku Zavier melangkahkan kaki mendekati Arsyad semakin dekat sehingga muka mereka berdua bertentangan " Terima kasih bro , jagakan bini aku elok-elok dulu ." Bisik Tengku Zavier perlahan , dihadiahkan sekali senyuman nakal mengejek .
" TAK GUNA ! ." Gumam Arsyad lalu menolak keras badan Tengku Zavier sehingga kakinya mengundur kebelakang sedikit .
" KILL THEM !." Arah Arsyad dengan kemarahan yang menguasai diri .
Seroja qasrina lantas menarik tangan Tengku Zavier untuk bersembunyi dibalik tembok .
PANG ! PANG ! PANG !
" KELUARLAH ! ANAK HARAM ." Tengking Arsyad kuat .
Anak buah Arsyad melepaskan tembakkan bertubi- tubi ke arah tembok tempat persembunyian Seroja dan Tengku Zavier .
" Tak apa biar abang lawan , Sayang pergi selamatkan diri bahaya ." Kata Tengku Zavier .
" Tak abang , i have another suprise for you , see this ." Kata Seroja qasrina , lalu menjengketkan kakinya dan mengucup lembut pipi Suaminya .
" Serojaa ! Not now please . Kita dalam bahaya sayang ." Balas Tengku Zavier . Tangan Zavier ditarik lagi untuk bersembunyi di tembok yang lain apabila tembok yang mereka duduki itu semakin didekati .
Malik dan Zeyana yang menyaksikan adegan cinta itu dengan cepat memusingkan muka untuk mengelak dari melihat .
" Oh god ! Rosak mata aku ." Getus Zeyana .
" Memang taknak taubat sebelum mati ke dua orang tu ." Balas Malik .
" Apa yang nak ditaubatkannya , Dia orang dah halal cuma mata kita yang rosak sebab dia orang ." Sambung Zeyana yang tahu hukum islam walaupun dia dilahirkan dari keluarga Kristian .
YOU ARE READING
CIK PUAN TENGKU ZAVIER (R)
RomanceAssalammualaikum ! Korang yang mana baru saya perkenalkan ini adalah karya pertama saya , terima kasih yang sanggup menunggu dan datang kembali . Korang memang loversss betul ❤️ Ig : 4lyshairdina tt : Dyna00__