Waktu lunch hour>>
" Alhamdullilah , selesai pun kerja ayah yang tertunggak ni . Haih penat juga eh jadi CEO ni fikirkan best sangat macam ala-ala dalam drama Megah Holdings." Rungut seroja qasrina seorang diri .
Seroja melihat sekeliling ruangan tempat bekas ayah nya bekerja semasa menjadi ceo dahulu , semua tidak berubah masih sama persis seperti masa kecil nya pernah ke sini . Rindu itu membuatkan seroja terdiam , semakin diam tak sedar air mata nya jatuh membasahi pipi .
" Kalau lah ayah masih hidup , mesti dia suka anak dia ni dah gantikan tempat dia sekarang ." Ucap seroja sambil memadang ke arah sepotrait gambar di atas meja iaitu gambar mereka bersama .
Knock knock bunyi pintu diketuk dari luar membuatkan seroja tersedar ke dunia sebenar kembali setelah lama merenung gambar itu .
" iya masuklah ." Kata seroja qasrina dengan cepat mengelap sisa air mata yang membasahi pipi nya tadi .
" Cik seroja , maaf saya lupa nak bagitahu yang harini akan ada orang nak interview . Dia dah datang saya suruh dia tunggu habis waktu rehat la boleh ?." Kata Irna sebagai leader di syarikat arwah ayahnya itu .
" Dia interview sebagai apa ye , saya tak suruh pulak orang iklan kan jawatan kosong lagi ?." Soal seroja qasrina pelik sebab dia baru je masuk kerja takkan dah suruh orang iklan kan kerja kosong entah ruangan apa yang kosong pun taktahu .
" Owh ! cik macam ni dulu tuan imran ada bagitahu saya , kalau cik seroja dah masuk sebagai ceo di syarikat ni dia arahkan saya untuk mencari satu pembantu pribadi cik tapi hanya perempuan sahaja . Nampaknya tuan imran risau akan awak cik seroja dan dia hanya nakkan awak berteman sahaja dan orang yang nakkan jawatan itu sedang menunggu di luar cik ." Kata Irna .
" Tak apalah suruh dia masuk , saya tak ada mood nak lunch lagi pun masih kenyang ." Balas seroja qasrina ringkas .
Irna mengangguk lalu keluar dari ruangan seroja untuk memanggil budak baru tersebut .
Tidak lama kemudian , pintu diketuk kembali dan di sapa dengan salam dari suara seorang perempuan .
" Masuklah ." Kata seroja qasrina .
" Assalammualaikum , cik seroja saya Umairah manrose saya ingin meminta kerja sebagai pembantu pribadi cik ." Kata Umairah .
Seroja memandang ke arah sosok perempuan yang bediri tegak berpakaian baju kemeja lengkap dihadapannya membulat mata seroja rupa rupanya yang meminta pekerjaan tersebut adalah ...
" UMAIRAH MANROSEE !! ." Gumam seroja qasrina terperanjat rupa-rupanya itu orang yang terlah membantu nya sewaktu darjah 3 .
Kenapa boleh jadi sahabat jom flashback kejap berberapa tahun dulu .
Sewaktu seroja qasrina berumur 6 tahun seroja sering diganggu oleh kanak kanak kecil yang tidak mempunyai adab lah kan kerana disebabkan ayah seroja adalah orang kaya budak budak tersebut selalu meminta duit nya sehingga la umur nya menjejak ke darjah 3 sekolah rendah .
Disebabkan itu seroja tak pernah berkawan bahkan sampai umur nya menjejak 25 tahun itu dia susah untuk mempercayai apa itu kawan kerana bagi dia semua hanya datang kerana harta nya sahaja samalah macam Arsyad .
Namun dalam masa yang sama ada jasa yang tak terbalas bagi seroja iaitu jasa nya kepada umairah manrose kerana sewaktu darjah 3 umairah pernah membantunya dan melindungunya dari pembully yang sentiasa minta duit dia namun umairah tidak pernah meminta untuk dibalas jasa nya bahkan selepas membantu , umairah hanya memperkenalkan nama dan terus melarikan diri susah nak jumpa umairah ni , masa dia ni seumpama emas kejap ada kejap ghaib . Bergitulah cerita nya okey kembali ke cerita .
YOU ARE READING
CIK PUAN TENGKU ZAVIER (R)
RomanceAssalammualaikum ! Korang yang mana baru saya perkenalkan ini adalah karya pertama saya , terima kasih yang sanggup menunggu dan datang kembali . Korang memang loversss betul ❤️ Ig : 4lyshairdina tt : Dyna00__