Setibanya di QA'S CAFE, kafe milik Seroja yang terpampang megah terinspirasi daripada nama belakangnya yang terkenal. Suasana dalamnya meriah. Gelak tawa pelanggan mengisi ruang, dan aroma kopi yang semerbak seolah menggoda siapa saja yang melangkah masuk. Seroja muncul bagaikan ratu yang baru pulang dari peperangan, langkahnya penuh gaya, mengundang perhatian semua orang."Selamat pagi, Cik Qasrina! Rindu Cik Qas! Lama gila tak jumpa! Lepas arwah Datok Imran meninggal, tak nampak pun muka Cik Qas ni," Raina, salah seorang staf yang setia berpangkat supervisor, menyapa dengan mesra. Semua pekerja di sini memanggilnya Cik Qasrina.
Hati Seroja sedikit bergetar mendengar nama arwah ayahnya disebut. Rasa kehilangan yang mendalam menyelubungi dirinya. Kafe ini adalah warisan tidak ternilai, hadiah daripada ibunya, Datin Inara, sempena hari jadinya yang ke-20. Kini, kafe ini menjadi lambang kejayaannya sendiri, tempat golongan elit berkumpul bukan hanya dalam negeri, malah dari luar negara.
"Awww... Raina, Seroja pun rindukan Raina! Sorrylah, lama sangat tak singgah. Bukan sebab apa, just needed some time to recharge," balasnya sambil memandang seorang lelaki berbusana lengkap yang melangkah ke arah mereka.
"Lepas ni, lagi susah nak jumpa Cik Puan Seroja Qasrina ni, sebab dia dah jadi CEO di syarikat arwah Datok Imran. Untung, anak buah saya kan, Seroja?" Tengku Zavier berkata dengan senyuman nakal, bahu Seroja ditepuk lembut.
Cis! Untung? Huh! Memang tak la! Lelaki tak guna itu, beruntung. Aku akan pastikan dia menderita dengan kekasih kesayangannya. Entah kenapa? aku sayang sangat lelaki macam tu?
"Dahlah, Raina. Saya nak cakap dengan pakcik kesayangan Arsyad ni kejap. Ada benda mustahak sangat," perli Seroja, menempelak Tengku Zavier dengan panggilan pakcik kesayangan Arsyad. Kelihatan wajah Tengku Zavier berubah masam apabila dicop Pakcik kesayangan.
Dia mencampakkan pendrive ke atas meja Tengku Zavier, menyeberangi tangan sambil memeluk tubuh, sambil menatap tajam ke arah Tengku Zavier yang masih tampak selamba dan santai.
" What is going on, Zav?" tanyanya, suara tegas namun dengan nada ingin tahu yang kuat.
"Just something weird. Kalau saya cerita, belum tentu kau percaya sebab benda ini mengarut," jawab Tengku Zavier tenang, sambil mencicip Americano latte yang dipesannya.
"What is that? Tell me. Aku nak tahu semua benda. At least, aku ada plan nak ubah semua ni. Mungkin, ini peluang kedua untuk aku selamat dari anaiya yang dorang rancangkan," Seroja mendekat, berusaha mendengar dengan lebih jelas.
"First thing first? Bukan kau seorang je yang akan di perangkap, tapi dalam masa yang sama, dia orang merancangkan sesuatu yang lebih dari apa yang kau fikir. Even aku sendiri pun tak boleh nak bayang," Jelas Tengku Zavier.
"Maksud kau?," Soal Seroja masih terpinga-pinga tak faham.
"That one day, kau terminum air yang berisikan ubat perangsang and you will get rape until you get pregnant. The dumbest thing is that you're get pregnant with my child," balas Tengku Zavier, suara serius dan tegas.
"You raped me?" soal Seroja, terkejut, wajahnya menunjukkan rasa yang mendalam.
" Yeah, it was an accident. I got tricked by their scheme too and ended up drinking the same stuff they used as evidence for that messed-up thing we did. Dia orang nak gunakan semua itu untuk rosakkan reputasi dan nama baik kita lebih-lebihnya aku, untuk kita undur diri dari syarikat dan akhirnya, semua saham dan harta keluarga akan jatuh di tangan dia orang" Jawab Tengku Zavier, nada suaranya memancarkan ketegasan.
Seroja menarik nafas dalam-dalam, matanya berapi dengan tekad. "Fine. Kalau itu yang mereka nak, kita lawan balik."
Zavier tersenyum kecil. "Apa rancangan kau?"
Seroja bangun, menatap Zavier dengan penuh keyakinan. "Kita nikah."
Zavier terbatuk, terkejut. "Are you crazy, Seroja?!"
Seroja mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg galasnya dan menghubungi seseorang, pembantu peribadinya, Encik Zakuan.
"Assalamualaikum. Zakuan, uruskan surat nikah saya dengan Tengku Zavier Al-Haq. Tapi rahsiakan dari semua orang. Saya nak settlekan secepat mungkin. Apa-apa kos, just refer to me. Thank you." Panggilan itu ditamatkan, dan dia melemparkan telefon ke atas meja.
"What are you trying to do, Seroja? Saya ni bakal pakcik awak tau!" Zavier masih terkejut, riak wajahnya tidak percaya.
"Just follow the game, Zavier. Saya nak esok kita jumpa dengan ayah awak dan tell the truth. Satu lagi, saya akan pastikan kita nikah sebelum pertunangan saya dengan Arsyad. That all," jawab Seroja, dengan nada selamba, jari-jematinya mengetuk halus meja.
"Macam mana dengan perasaan cinta?" soal Tengku Zavier, masih terkelu.
"Zav, okay. Macam ni, saya buat cadangan dalam masa dua tahun, kalau kita berdua tak ada chemistry atau rasa cinta antara satu sama lain, kita boleh cerai. Okey? That all. Bye, Tengku Zavier." Seroja berdiri dan melangkah perlahan.
Selangkah ingin pergi, kedengaran mesej masuk dari telefon bimbitnya. Telefon bimbitnya di ambil lalu matanga tertancap ke arah skrin sambil bibirnya mengukir senyuman sinis.
"Assalamualaikum Cik Seroja, semua dah settle. Kemungkinan lusa pukul 8 pagi dah boleh ke pejabat agama untuk sesi akad nikah. Semua saya dah uruskan – Encik Zakuan."
Seroja menoleh ke arah meja di mana Zavier masih duduk menghabiskan kopinya.
"Tengku, ingat lusa pukul 8 pagi jumpa saya di pejabat agama. Sila pakai pakaian Melayu sebab kita akan nikah. So, tomorrow we need to meet uncle. That all. Bye, Tengku." Kata Seroja sebelum meninggalkan Zavier.
"Huh, aggressive Qasrina. Smell interesting to get to know more about you, Seroja Qasrina," bisik Tengku Zavier sambil tersenyum sinis melihat tingkah Seroja yang meluru pergi tanpa memikirkan dirinya. Yang penting, dia menang dalam setiap petarungan.
Apa nak heran, bila ada duit, semua benda akan berjalan begitu mudah. Sedangkan orang lain nak nikah, kena itu ini. Dia baru call sekejap, terus dapat tarikh. Dasyat sekali.
Tapi perangai Seroja memang seorang perempuan yang sangat berdikari. Walaupun dibesarkan dalam keluarga kaya, dia tetap seorang perempuan yang bekerja keras dan tak mudah mengalah. Sebab itulah ayahnya memberikan kepercayaan kepadanya untuk mengurus syarikat, bukan seperti adik tirinya yang manja, hanya menghabiskan duit mak bapa saja.
YOU ARE READING
CIK PUAN TENGKU ZAVIER (R)
RomanceAssalammualaikum ! Korang yang mana baru saya perkenalkan ini adalah karya pertama saya , terima kasih yang sanggup menunggu dan datang kembali . Korang memang loversss betul ❤️ Ig : 4lyshairdina tt : Dyna00__