Kedebum!
"Argh" Ringis satu suara wanita.
"Cik, cik okey tak? " Keluar seorang lelaki dari kereta Rain Tiger . Kereta yang hanya diciptakan satu rekaan sahaja. Hanya orang yang terpaling kaya sahaja yang mampu membelinya.
"Ah apa? Oh oh saya okey. " Perempuan yang bernama Darin Aura Nayla seperti hilang kawalan buat sementara waktu.
"Serius ke cik okey? Kalau tak okey saya bawa ke hospital sekarang. "Sambung lelaki itu.
"Sudah lah Emir ! Dah perempuan tu kata okey kan? Tinggal lah dia dekat situ. Dia okey je , mengada sangat! "Kata seorang lelaki didalam kenderaan tersebut. Kurang asam betul.
"Aa maaf cik, saya kena minta diri dulu. Tuan saya dah marah, maaf cik ya ." Kata lelaki itu segera bergegas kembali ke arah tempat pemandu.
"Haish, kurang asam punya tuan ! Aku sibuk nak temuduga dia pun sibuk nak langgar. Tumbuk karang. " Darin seakan - akan membuat gaya menumbuk seseorang .
"At least bagi lah aku naik kereta Rain Tiger tu dulu. Tapi kan siapa kepunyaan kereta tu eh ?" Jari runcing naik mengetuk dagu sendiri.
Tanpa disedari jarung masa jam semakin berganjak waktu. Bergegas Darin menaiki motosikalnya kembali. Sakit pun sakit lah, dia ada temuduga di TR Nique Hotel. Kerja apa? Ikut rezeki.
Motor skuter berwarna merah jambu di parking di tempat khas. Entah siapa punya tempat. Hantam saja lah.
Dengan terkedek - kedek kaki pendek itu melangkah masuk ke dalam TR Nique Hotel. Dia telah mendapat surat temuduga setelah beberapa minggu memohon untuk bekerja disitu. Gaji banyak orang kata. Hoho.
Disitu. kerja cleaner pun gaji RM 4300 setiap bulan. Kalau kerja lain pulak macam mana?
Kaki dibawa ke meja kaunter pertanyaan dan pembayaran.
"Er, Assalammualaikum. Boleh saya tanya dimana bilik Tuanie Adran? Saya ada temuduga dengan dia. "Soal Darin bersopan santun.
"Oh boleh , kejap saya hantar kan awak dekat bilik dia. Memang semestinya siapa yang hendak ke bilik dia perlu berteman dengan orang yang sudah bekerja disini. Kejap ye, saya perlu hantar surat temuduga dekat dalam komputer ni dulu sebelum cik berjumpa dengan tuan . " Terang seorang perempuan yang bertugas disitu. Oh privasi disini sungguh lengkap. Nak pergi temuduga pun perlu berhantar - hantar bagai.
"Cik duduk disitu dulu ya? Nanti Tuan Tuanie bagi greenlight kita masuk. " Kata perempuan itu sambil menunding jari kearah kerusi yang disediakan. Wow kerusi tempat menunggu pun bersalut emas. Power sungguh ni.
Sedang ralit Darin bernyanyi di dalam hati. Ternampak satu kereta.... Ya kereta yang telah melanggar dia tadi. Kereta Rain Tiger. Takkan lah Kereta Rain Tiger milik Hotel ni? Ha sudah. Mohon lah jangan. Kalau dia nak lari balik pun dekat je motor dia. Tapi motor dia di parking d tempat privasi. Berbumbung bagai. Takut calour motor keluar kalau hujan nanti. Sayang sungguh dekat motor tu. Ye lah susah senang bersama . Jadi dia cari parking berbumbung. Tetapi kereta Rain Tiger tu hanya di parking di depan tu. Mungkin dia hanya tetamu pemilik hotel ni? Kan kan.
" Okey cik, boleh saya minta surat pengenalan tetang diri cik? Saya nak tulis dalam rekod ni. "
"Oh boleh - boleh. " Seraya itu Darin menghulur kan sekeping kertas pengenalan dirinya.
Nama : Darin Aura Nayla binti Daim Muluid
Umur : 24 Tahun
Status : Single
Alamat rumah : 1 2 Opinel Evti , Wendifel
P
Tahap pelajaran : Diploma" Eh cik diploma? kenapa tak minta kerja elok sikit? Sebab tak tahu lagi Tuan Tuanie nak bagi kerja apa." Terkejut wanita itu. Diploma ,okey apa.
"Tak apa, saya mahu kerja yang santai. Sebab tu saya pilih sini." Tenang Darin menjawab.
"Sini memang gaji banyak. Tetapi Ada sebab kenapa gaji kami banyak. Kerja sini tak santai. Tetapi kalau itu kata Cik Darin, saya tak boleh halang. " Erk dengar tu Darin?
Darin seperti terkena renjatan elektrik buat sementara.
"Jom cik, Tuan Tuanie sudah beri greenlight. Jom ."
"Jom! " Kebali bersegar. Nak dapat kerja lah katakan. Kau tunggu lah Darin.
AMARAN!
- THIS STORY AKAN ADA KEGANASAN DAN SEBAGAINYA.
-MUNGKIN JUGA AKAN ADA KATA CARUT
-HARAP PEMBACA MENGGUNAKAN AKAL KETIKA MEMBACA. KESELAMATAN DIRI DAN MENTAL PERLU DI UTAMAKAN.