Awal pagi lagi Tuanie sudah bersiap sedia mahu ke pejabatnya. Bil yang dikatakan ayah Darin, ditanggung Tuanie .Dia tidak sampai hati mahu melihat kekejaman seorang ayah kepada anak kandungnya .Sudah lah kakaknya ini tinggal seorang, tapi bilnya sampai beratus. Dia buat apa ? Patut lah ayah Darin iaitu Encik Daim Muluid tidak mahu menanggung kos bilnya. Banyak betul , Darin pun menangis tahu kena tanggung kakak dia yang sudah besar gajah tu. Sudahlah separuh gaji Darin perlu di beri kepada ayahnya terlebih dahulu. Selepas itu bil kakaknya pula perlu ditanggung.
Tersenyum sesaat muka kacak itu apabila awal pagi dapat melihat muka Darin. Sementara cuti Darin perlu bekerja di Penthousenya sebagai pemantu rumah. Dia tak minta, Darin yang kalut hendak bekerja. Disebabkan faktor yang diutamakan, dia memberi kerja kepada wanita itu agar tidak bertanyakan lagi hal tersebut. Penat dia.
"Selamat pagi tuan. " Sapa Darin lembut.
"Selamat pagi . " Seperi biasa, suara itu hanya beku .
"Bila saya boleh kerja tuan? "Aik, dia tanya lagi. Ingatkan dah habis.
"Ini bukan kerja ke? "Soal Tuanie kembali sambil menyuap mee goreng kedalam mulutnya .
"Tapi ini bukan seperti kerja yang saya minta tu. "
"You are my personal asisstant, so this is also a personal job for you. " Jawab Tuanie sambil menambah lagi mee goreng buatan Darin. Sedap gamaknya.
Wanita itu hanya berdiri dari tadi sebelum Tuanie berlangkah ke dapur .
'Mee aku tak sedap ke? Sampai tak habis dia makan masakkan aku.Dalam pinggan pun ada lagi, tadi tambah astu blah .'Bisik hati Darin.
Tuanie datang sambil membawa satu pinggan beserta sudu dan garfu.
"Duduk. " Permintaan yang berbaur arahan.
Dengan pantas Darin duduk dia atas kerusi berhadapan Tuanie. Gerun dia melihat mata hijau ment itu merenungnya sejak tadi kerana masih berkeras disitu. Tuanie menyedokkan sedikit mee goreng mengikut rasanya lalu dihulurkan kepada Darin.
"Makan. " Terus sahaja Tuanie berlalu ke kerusinya untuk menyambung makan.
"Ta... tapi. "
"Aku tahu kau tak makan lagi, kau tu baru sahaja baik. Kau jangan buat pasal pula sebab tak makan, masuk angin karang. "Ceramah doktor Tuanie.
mata hijau ment itu tidak lepas merenung Darin yang sedang menyuap mee kedalam mulut, membuatkan wanita itu seperti mahu menonyoh mukanya kedalam pinggan itu . Kepala diturunkan sedikit demi sedikit.
"Kau pahal? Sampai ke dalam pinggan tu kau nak masuk. " Pandangan hairan dilontarkan kepada wanita itu. Nak berenang dalam mee tu ke?
Seusai makan ,Tuanie terus melangkah kaki mahu ke pejabatnya.
"Woi. "Panggil seseorang dari belakang.
"Pak beruang kau, nak woi woi dekat aku pulak. Pahal? "Sambut Tuanie apabila melihat Romaszie berjalan laju ke arahnya.
"Aku ada sesuatu nak cakap ni, markas kita dekat Pulau Eventis kena serang lanun dan mafia. Habis stok simpanan senjata kita dekat pulau tu diorang curi. Hotel untuk anak buah kita kena serang sekarang. Kita nak buat macam mana ni? "Soal Romaszie gelabah.
"Sial, Darin pun tak okey lagi. Ini pula diorang buat hal. "
"Aku rasa diorang dah kenal Darin. And then, aku rasa diorang akan buat dekat Darin macam yang diorang buat dekat Amifria dulu. "Ujar Romaszie serius sambil mengeluarkan seseuatu di dalam poketnya.
Secret hearing di pasang. Alatan untuk menghububgi mafia lain di Pulau Eventis.
'Aku tahu Darin dan Nafilia penting untuk kau orang. Kau orang ada perasaan kan? Aku akan pastikan mereka sama nasib seperti Amifria, tunggu dan lihat Tuanie Adran! ' Ugut satu suara dari dalam secret hearing.
Amifria Tumaida adalah seorang penyumabang terbesar kepada mereka. Beliau telah dibunuh kerana menolong Tuanie melepaskan Romaszie ketika diikat diatas kapal lanun. Dia dibunuh dengan kejam sekali.
"Aku rasa kita kena bawa diorang.Kalau kita tinggal, diorang akan cari mereka dekat sini pula semasa kita tak ada. Better kita bawak diorang. "Tegas Tuanie.
"Bila kita gerak? "Soal Romaszie pula.
"Malam ni kita fly. Kau bawa Krovon , aku bawa Getergon. " Itu adalah nama kapal terbang pribadi mereka yang dilengkapi semua kemudahan dan senjata yang diperlukan.
"Sediakan semua anak buah kita, jangan lupa Emir dan Fathvin sama."Emir dan Fathvin adalah pembantu mereka dalam hal kerja kedua mereka.
Romaszie hanya mengangguk faham sebelum berlari ke arah Nafilia di bilik pejabatnya sementara Tuanie pula berlari ke arah penthouse nya untuk di khabarkan kepada Darin.
"Kau bersiap cepat, ambil semua baju kau, ubat kau dan keperluan kau. Kita akan fly malam ni. " Suruh Tuanie tegas sambil membelek barang dan makanan di dapurnya untuk dimasukkan ke dalam kapal terbangnya. Bukannya di sana dia tiada rumah. Ada, cuma ini hanya untuk persediaan jikalau rumahnya di kelilingi musuh apabila dia di sana nanti.
"Ki... kita? "
"Kau, aku , Romaszie dan Nafilia. Bersiap cepat! "
Segera kaki Darin diatur ke private room Tuanie untuk mengambil semua keperluaannya.
Tiba malam, Tuanie memandu Getergon, Romaszie pula memandu Krovon, manakala anak buahnya yang lain membawa kapal terbang yang bersaiz lebih besar dari kapal terbang mereka. Senang jikalau berlaku apa - apa kepada mereka.
All the best for what i will do shortly.