Baju kemeja kerja dikemaskan sambil melangkah masuk ke dalam Tr Bakery, kedai kek dan menjual segala barang -barang buatan kuih - muih dan kek. Kedai Bakery yang dibangunkan oleh Tuanie Adran dan Romaszie Hazique.
Kedengaran hembusan nafas berat oleh Tuanie, isterinya merajuk tidak berkata apa. Apa entah salah yang telah dia lakukan.
Kaki yang memakai seluar slack hitam berjalan kearah kaca lut sinar yang menyimpan mini kek. Ye la , siapa lagi nak makan? Istarinya sahaja, dia makan ketika mengiginkan sahaja.
Satu kek kecil yang berbentuk hati ditunjuk kearah pelayan, pelayan itu takut - takut mahu mengambil kek itu. Mata green mint itu sangat menyeramkan... nak beli ke, nak bunuh orang bang?
"Er... nak tulis apa kt atas ni en-encik... ?" Soal pelayan itu. Dia tidak tahu orang didepannya ini adalah pemilik bakery itu.
Tuanie mencapai kertas dan pen yang ada di atas kaunter. Malas nak bercakap, buat rugi suara saja. Pelayan itu hanya memerhati .
'Hensem gilok mamat ni, kalau jadi laki aku...tapi macam bisu ja, dari tadi tak cakap sepatah pun...haihhh. '
Setelah siap menulis kata - kata yang diinginkan , kertas kecil iti ditolak kearah pelayan.
' I 'm sorry my Sweetness >...< '
Kata - kata yang ditulis didalam kertas itu.
"My Sweetness? Erk... " Mendegarkan kata - kata pelayan itu , Tuanie hanya mengjongket sebelah keningnya. Pahal? Biarlah kat aku.
Perasan cemburu mula menyelubungi hati pelayan. Serius lah mamat ni dah berbini ?
"Er... encik , kat sini kita orang tak boleh nak buat emoji and ayat sweet macam ni. " Nyata si pelayan.
Tanpa banyak kata, Tuanie mengeluarkan telefon bimbit nya.. sebelum menghubungi Encik Nasir.
Trr...trr...trr...
Panggilan diangkat.
Salam diberi dan dijawab.
"Seriously ? Dekat bakery ni memang tak boleh nak ikut kehendak pelanggan ke? " Tanya Tuanie selepas menjawab salam Encik Nasir. Orang bawahannya yang diarahkan untuk menjaga bakery ini.
"Apa maksud tuan? Saya tak faham lah. "
"Kau punya pekerja ni, nama dia... Siti... dia kata tak boleh nak buat ayat sweet dan emoji. " Terang Tuanie sebelum dapat tertangkap nama pekerja itu.
Encik Nasir hanya mampu menepuk dahi, buat hal lah budak tu. Selalu sangat buat hal, nampak lelaki hensem sikit aje... mesti try punya.
"Alah... dia memang macm tu Tuan Tuanie. Nampak muka hensem sikit, kaya... memang dia buat hal lah. Tuan tunggu kejap ye? Saya duduk dekat bangunan belakang ni aje ... tunggu sekejap ye? Saya datang. " Tuanie terus mematikan panggilan .
"Encik call siapa ya? Boleh saya tahu?" Lah yang menyibuk ni apa hal?
Tuanie hanya memekakkan telinga, malas mahu melayan. Kalau melayan pun bukan ada faedah. Isteri aku cantik lagi.
"Encik? Saya tanya ni..." Kata Siti dengan menggoda.
Tuanie sekali lagi tidak mengendahkan perempuan itu. Dia berjalan kearah tepi kaunter , terdapat beberapa jambak bunga.
"Yang tu semua, orang dah order encik. " Tipu helah Siti . Cemburu lah kita dia beli untuk isteri tercintahhhhh.
Tuanie hanya memandang sekilas.
' Yang dok ikut - ikut aku ni dah kenapa? Nak penyepak? '
"Tuan Tuanie? " Kata satu suara garau dari belakang. Encik Nasir tercungap - cungap mencari oksigen. Pahal? Meraton tadi ka?
Tuanie terus mencapai kertas kecil yang ditulis ungkapan tadi, seraya terus di serahkan kepada Encik Nasir. Encik Nasir kelihatan terpinga - pinga.
"Kenapa ni Tuan? "
" Aku nak tulis tu, tapi minah tu kata tak boleh... " Ujar Tuanie sambil menunjuk kearah Siti.
"Kenapa tak boleh Siti? " Tanya Encik Nasir baran.
"Er... saya... saya.. "
"Sudah - sudah lah dengan sifat gatal awak Siti. Penat saya melayan. " Kata Encik Nasir sambil memegang krim untuk menulis diatas kek.
"Bunga ni pun orang dah order? " Tanya Tuanie.
"Eh! Sejak bila? Siapa kata? " Terhenti kerja Encik Nasir.
Tanpa banyak kata Tuanie Adran menoleh kearah Siti. Aishh aku budak ni.
"Ya Allah... "
Setelah selesai segala kerja yang dimahukan Tuanie. Tuanie mengeluarkan satu buku yang selalu ada pada para jutawan. Dia menulis sesuatu diatas kertas. Tuanie senyum kearah Siti.
'Omg! Dia senyum kat aku beb! '
Dia menyerahkan kertas yang ditulis sejumlah duit. Siti membelek kertas yang diberi kepadanya.
' RM 10 , 000 '
Berserta nama Tuanie dan tanda tangannya.
"Esok kau tak payah datang kerja. Kau diberhentikan kerja. " Kata Tuanie ringkas sebelum membuat bayaran kek dan berlalu keluar. Siti terpinga - pinga. 'Hah? Diberhentikan kerja? '
'Nak pujuk bini pun, ada banyak masalah yang datang. ' Rungut Tuanie didalam hati