Kring... kring...
Tuanie memandang sekilas Iphone nya, tertera nama ' My Sweetness ' sudah pastinya panggilan itu dari Darin.
Dijawab panggilan itu.
"Hello, assalammualaikum. "
"Waalaikummussalam, ya sayang. Kenapa ni, hm? "
"Macam mana keadaan Fathvin abang? Orkid banyak kali tanya pasal papa dia. Kesian dia ni ha, tertidur dah. "
"Fathvin masih dirawat, banyak darah dia yang sudah hilang. Tapi sayang jangan kata macam ni dekat Orkid, budak lagi dia tu. Takut tak boleh terima, dia tu budak bukan sebarangan. Dia cakap di buat. " Tergelak kecil Darin. Suaminya sudah masak dengan perangai Orkid.
Orkid sekarang tinggal dengan mereka berdua sementara Fathvin dirawat .
" Okey lah abang. Darin dah ngantuk ni, nak tidur. Nanti kita sembang lagi ya? Good night. "
"Okey, good night sweetness. "
_______________________________________
Darin bangun awal pagi, dia kejutkan Orkid agar bangun solat bersama dia.
Setelah selesai solat, Iphone nya berdering. Nafilia buat apa call dia masa macam ni? Terus sahaja diangkat panggilan itu.
"Rin, saya nak datang rumah awak ni. Boleh tak? Romaszie dengan Tuanie diorang suruh saya tinggal dengan awak. Lebih kurang seminggu macam tu. Diorang kata nak pergi Pulau Eventis, tak sempat balik rumah katanya. "
Nak pergi Pulau Eventis? Kenapa Tuanie tak mengkhabarkan kepadanya terlebih dahulu?
"Darin? " Darin masih memikir kenapa Tuanie begitu.
"Darin? " Kali ini dikuatkan sedikit suara Nafilia. Baru Darin sedar dari alam pemikirannya.
"Eh boleh - boleh. Saya pun bosan duduk rumah macam ni saja. "
"Okey kalau macam tu, saya sudah ada di depan rumah awak Rin." Riang saja suara Nafilia didalam talian. Terlopong mulut kecil Darin.
"Depan rumah? "
"Yup ! Depan rumah. "
Setelah talian diletak. Segera Darin berlari mengintai di tingakap mengahdap luar villa nya. Memang benar Nafilia sedang menunggunya, dia sedang berbual - bual dengan pengawal villa .
Segera kaki pendek itu berlari kearah pintu.
"Masuk - masuk. " Ditarik tubuh itu, lalu dipeluknya.
" Mana Orkid?"
Darin menunding jari di bilik tetamu. Selepas solat, Orkid terus melelapkan matanya kembali. Penat sangat agaknya , semalam kena bawa lari masuk hutan.
Segera kaki pendek mereka berdua melangkah perlahan menuju ke bilik tersebut. Dilihat Orkid sedang mengelap air matanya sambil berusaha untuk tidur kembali.
"Eh Orkid kenapa nangis? " Dipeluk tubuh kecil itu.
"Orkid sudah hilang mama, Orkid tak nak hilang papa pula. " Sambung nangis kanak - kanak itu.
"Haih, tak ada apa - apa lah dekat papa Orkid. Papa Orkid kan kuat. " Kata Darin.
"Dah jangan sedih - sedih. Jom kita pergi swimming pool nak? " Kata Nafilia pula, memujuk gadis kecil itu.
" Nak! " Terus riang wajah Orkid.
"Okey, Orkid kemas baju apa semua. Pukul 10 nanti kita keluar, okey? "
"Okey! "
Keluar sahaja dari bilik itu, terus kedua - dua mereka mencapai telefon bimbit masing - masing. Mahu minta izin. Darin yang tadinya berjauh hati, sudah tidak fikir akan perasaannya itu. Dia pun seronok nak pergi swimming pool.
Darin :Abang, Rin nak pergi swimming pool dengan Nafilia dan Orkid boleh?
Tuanie : Boleh, abang izinkan. Tapi hati - hati. Jangan bersuka ria sangat. Tempat tu licin.
Darin : Ye lah ²
Tuanie : Take care sweetness. Enjoy your holiday. Abang ada kerja sikit dekat Pulau Eventis ni. Jangan rindu tau.
Darin : Eleh, perasan. Siapa nak rindu abang.
Tuanie : Tak pa lah. Ada orang tu tak sayang kita dah, tak rindu kita dah.
Darin : Tak payah nak ber drama sangat. Rin nak pergi mandi kolam. Ta ta ti ti tu tu, pergi dulu.
Tuanie : Okey lah. Ta ta ti ti tu tu , I love you .
Sengaja Tuanie balas dengan pantun .
Darin : Love you too.
Terus sahaja di siapkan barang yang hendak dibawa.
Kereta Lexus milik Tuanie dipandu Darin.
Sesampai saja di swimming pool, terus sahaja dia mencari parking.
Dibeli gelang kertas untuk menunjukkan mereka sudah bayar ketika hendak masuk sini.
Orkid sedang mandi ditempat kanak - kanak. Darin dan Nafilia pula pergi ke 'The Monster Pool'
Mereka perlu beratur ketika ingin mandi di satu kolam itu. Kelihatan dalam juga. Monster pool kan?
Tiba giliran Darin. Diukur tinggi Darin. Tidak melepasi tinggi yang ditetapkan. Tinggi Darin hanya 150 cm. Nafilia ketawa melihat Darin yang tidak lepas tinggi mahu bermandi di situ.
Tiba giliran Nafilia pula, dia pasti dirinya lepas untuk bermandi di situ. Ternyata...
Dia juga tidak lepas kerana tingginya hanya 154 cm. Tiba giliran Darin pula mengetawakannya. Pengawal disitu menunding jari kearah kolam kanak - kanak. Terpasalah mereka bermandi bersama Orkid.
Haih apalah nasib.