Berkahwin dengan cinta tu indah kan? Kau hidup dengan seseorang yang saling mencintaimu,
Tapi bagaimana jika kau dikahwinkan dengan 'dia' yang tidak kau kenal?
Apakah kau akan bahagia?Buku itu ditutup dengan perlahan. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan. Suit nya masih tersarung di badan meskipun sudah 50 minit yang lalu majlisnya selesai.
"Han Jisung..." Jisung menoleh. 2 insan yang dia sayang masuk dengan senyuman.
"Daddy, papa." Baekhyun dan Chanyeol menghampiri Jisung.
Memeluk Jisung dengan perlahan.
"Maafkan kami sayang. Jisung terpaksa lakukan semua ni sebab-"
"Papa, takde siapa tahu masa depan. Papa jangan risau okay." Baekhyun kembali memeluk tubuh Jisung.
Meskipun mereka hanya pakcik Jisung, namun rasa sayang pada Jisung sudah semakin besar mengikut hari. Mereka menjaga Jisung dari usia 3 tahun selepas kakak Baekhyun, eomma Jisung kemalangan dan mati.
"Kalau dia buli anak daddy, daddy takkam berdiam diri."
"Thanks daddy." Setelah memberi pelukkan Chanyeol dan Baekhyun meminta diri keluar daripada sana.
Jisung kembali sendirian. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan.
"Dah habis bermadu kasih?" Jisung tersentak mendengarkan suara berat di belakangnya. Perlahan dia menoleh.
Jisung lantas bangun dan berdiri dengan beradab. Dia berjalan masuk ke dalam masih memandang Jisung.
"Apa yang eomma nampak dekat kau ni?" Jarak mereka sudah sangat dekat. Minho menggeleng kecil dengan muka meremehkan.
"Aku nak tidur."
"Kalau macam tu-"
"Nak ke mana?" Jisung berhenti daripada berjalan.
"Keluar."
"Lepastu kau nak tidur luar?" Jisung geleng.
"Kau tidur situ." 2 bantal di campak ke sofa.
"Aku tak suka berkongsi." Minho membuka blazer nya dan berjalan naik ke katil. Jisung? Dia masih terdiam.
📌📌📌📌📌
Di pagi itu, Han Jisung dan Lee Minho menuju ke restaurant yang ada di hotel itu. Jisung berjalan di belakang Minho dalam keadaan yang kecil saja.
Mereka mendudukan dirinya di sana. Keluarga besar Minho sudah melihat Jisung di sana.
"Okay lagi yang dulu." Jisung menoleh dengan suara itu. Jisung melihat seorang perempuan cantik sedang menatap tajamnya.
"Kiky! Watch your mouth." Tegur Haera. Dia menyuruh Jisung untuk mengambil makanan sepuasnya. Jisung hanya menganggukan dan berjalan pergi daripada sana.
Dia mengambil makanan yang ingin dimasukkan ke dalam perutnya. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan.
"Han Jisung?" Tanya seseorang daripada belakang. Jisung menoleh melihat ke arah kanan. Lelaki tampan yang sedang mengambil makanan juga.
"Aku Lee Felix. Adik Minho hyung." Jisung dan Felix saling berjabat tangan mesra. Dia dan Felix jalan bersama untuk ke meja keluarga itu namun-
"Jom kita makan meja lain, boleh berbual dengan free. Lagipun kita ni sebaya." Jisung hanya ikutkan saja. Dia sempat memandang Minho yang kebetulan memandangnya.
Dia dan Felix duduk berhadapan.
"Jom makan." Jisung mengangguk dan mula menyuapkan roti ke dalam mulutnya.
"Maaflah kalau mulut-mulut orang tua dekat sana menyakitkan hati. Kalau kau rasa tak selesa, kau boleh jumpa aku."
"Terima kasih."
"Kau kerja dengan Minho hyung?" Jisung menganggukan kepalanya dengan perlahan.
"Jadi kau pernah nampak tunang dia yang lari tu?" Sekali lagi Jisung menganggukan kepalanya.
"Aku tak tahu apa yang perempuan tu fikirkan, tapi aku bersyukur dia tak jadi kahwin dengan Minho hyung. Gaya dia macam nak rampas Minho hyung daripada keluarga kami."
"Felix okay ke, Tuan Minho dengan aku?"
"Kenapa? Sebab dia lelaki dan kau lelaki? Come on, keluarga kami open. Aku pun ada kekasih lelaki. Cuma harini dia tak dapat join sarapan, dia demam." Jisung hanya beroh saja.
"Apapun yang nanti kau hadap dengan Minho hyung, tolonglah jangan pernah penat. Minho hyung memang keras dan dingin, tapi dia penyayang."
📌📌📌📌📌
"Borak apa dengan Felix?"
"Takde benda yang penting." Minho hanya mengangguk. Dia menurunkan luggage nya daripada katil. Dia bergerak lebih dulu meninggalkan Jisung tergesa sendiri.
Jisung masuk ke dalam kereta di mana Minho sudah menunggu.
"Errr Tuan, kalau Tuan rasa tak selesa dengan Jisung, Tuan boleh hantar Jisung di bus stop dan Jisung balik ke rumah sendiri."
"Dan kau nak kepala aku hilang di tangan eomma? Nonsane!" Minho terus memandu dengan tenang. Jisung hanya diam sambil memerhatikan keluar tingkap.
"Mana parents kau?" Jisung melirik Minho kecil.
"Kemalangan."
"Ahh. Jadi yang semalam?"
"Pakcik. Tapi Jisung dah anggap mereka macam parents Jisung." Minho hanya mendengarkan saja. Jisung kembali mendiamkan diri. Perjalanan mereka agak jauh namun mereka sudah selamat datang.
Minho memberhentikan kereta di sebuah rumah besar. Jisung ingin keluar namun Minho mengunci pintu dengan laju.
"Aku ada benda nak tegaskan dekat sini."
"A-apa?"
"Aku tak nak sesiapa tahu tentang hubungan ni. Dekat office jangan sampai mereka tahu. Perkahwinan ni biarkan kau dan aku je tahu. Kalau aku dapat tahu sesiapa budak office tahu, habis kau aku kerjakan. Faham?"
"Fa-Faham Tuan."
"Satu lagi, jangan berharap lebih atas perkahwinan ni. Aku masih tunggu Qiyya untuk penjelasan. Kalau dia dah balik, mungkin aku akan berkahwin dengan dia."
"Itu hak Tuan untuk tentukan semua tu. Semua arahan dan permintaan Tuan akan Jisung ikutkan semampu mungkin."
"Bagus. Dah jom." Minho membuka kunci pintu dan turun daripada kereta. Jisung bernafas lega. Bila seruangan dengan Minho berdua dia merasakan sesak di dadanya.
Jisung dan Minho masuk ke dalam rumah itu.
"Itu bilik kau. Bilik aku dekat hujung sana." Minho terus masuk ke dalam biliknya tanpa melihat Jisung sama sekali. Saat Jisung masuk bilik itu tidaklah serapi fikiranya.
Seperti bilik tinggal. Keluhan dia lepaskan.
"Paling tidak pun, bersihkanlah katil." Keluhnya.
📌📌📌📌📌