=18=

51 3 1
                                    

"Ingatkan anak menantu eomma dah tak nak balik." Kata Cherry sambil memeluk Jisung. Jisung sudah sangat berubah. Rambutnya lebih panjang berbanding biasa dan itu memaniskan lagi wajah Jisung.

"Busy mom."

"Felix tak ikut sekali?"

"Dia keluar dengan Hyunjin." Kata Minho dan berjalan masuk ke dalam. Dia melihat ke arah Jisung yang sudah mendudukan dirinya di sofa.

Minho sendiri menuju terus ke bilik. Tubuhnya lelah perlukan rehat yang secukupnya. Cherry menghampiri Jisung dan memberikan senyuman manisnya.

"Macam mana?"

"Macam mana apa eomma?"

"Kehidupan dengan Minho 5 bulan ni." Jisung hanya mengangguk kecil.

"Tak ada apa yang istimewa pun eomma. Lagipun kami berdua sibuk bekerja."

"Eomma dengar Qiyya balik semula?" Agak ragu Jisung menganggukan kepala. Mesti keluar daripada mulut Felix. Siapa lagi yang tahu tentang ini?

Perlahan Cherry mengelus rambut menantunya. Pasti Jisung tersiksa bila dengan Minho. Namun ini yang perlu dia lakukan.

"Eomma minta maaf kalau Jisung tak rasa bahagia dengan anak mommy." Jisung menggeleng laju.

"Jisung bahagia eomma." Jisung tidak tipu bila dia kata dia bahagia. Minho memberikan kebahagiaan dengan cara yang berbeza. Namun Jisung tidak mempermasalahkan hal itu.

Perlahan sang eomma memeluk Jisung. Memberikan kekuatan kepada sang menantu. Tidak sedar di tangga sudah ada Minho yang berdiri memandang mereka berdua.

Kehadiran Qiyya dan Chan sedikit sebanyak mengganggu pikiran Minho. Seperti, apa yang akan jadi jika dia kembali dengan Qiyya. Atau Chan berjaya memenangi hati Jisung?

📌📌📌📌📌

"Eomma masak banyak ni kenapa?" Kebetulan Minho baru saja selesai jogging dan bau masakkan yang banyak dari arah dapur. Banyak jenis makanan yang ada di atas meja.

"Felix dengan Hyunjin nak datang."

"Okay not to special."

"Chan pun akan dinner sama." Minho terdiam. Dia baru saja nak curi ayam potong itu namun terdiam kerana nama itu. Chan akan ke sini?

Mereka berdua akan berjumpa? Jisung dan Chan akan berjumpa satu sama lain? Minho ingin pergi daripada sana namun Haera menahan.

"Ho, eomma tadi ke bilik kamu nampak macam Jisung tak sihat." Adu Cherry  pada Minho. Minho hanya menganggukan kepala dan berjalan ke atas.

Saat dia masuk ke dalam bilik, dia melihat Jisung yang terbaring tidak berdaya di atas katil. Dia menghampiri Jisung dengan tenang lalu mendudukan diri di sebelah Jisung.

"Sakit apa?"

"Tak tahu. Sakit sangat." Minho meletakkan tangan di dahi Jisung merasakan suhu Jisung. Sedikit panas.

"Aku pergi beli ubat." Jisung hanya mengangguk lemah dengan mata yang tertutup. Minho menukar pakaianya lalu kembali keluar. Hanya menggunakan motor saja kerana tidak mahu memenatkan dirinya sendiri. 

Selepas membeli ubat, dia melihat Chan sudah ada di depan sana berbual dengan appa nya. Baru saja dia ingin berlalu dirinya di panggil.

"Mana Jisung?"

"Sakit. Ni Ho baru belikan ubat." Minho menunjukkan ubat yang baru saja dia beli. Hongmin menganggukan kepalanya dengan perlahan.

Baru menapak 3 anak tangga, Minho menoleh memandang ke arah kedua lelaki yang kembali berbual.

"Appa, nanti bagitahu eomma Minho dengan Jisung tak dinner sama. Jisung mungkin tak larat."

"Hah nanti appa bagitahu eomma." Minho dan Chan sempat berpandangan. Minho seolah memberitahu Jisung milik siapa sekarang.

Chan memandang Hongmin.

"Kenapa Minho dan Jisung boleh berkahwin uncle?"

📌📌📌📌📌

Perlahan Jisung membuka matanya. Dia bangun daripada baringnya dan melihat jam di layar handphone. Jam menunjukkan 10 malam. Dia melihat bekas makanan yang sudah hilang daripada mejanya.

Pintu bilik dibuka dengan perlahan. Jisung memandang Minho yang melihatnya.

"Dah okay?" Jisung menganggukan kepalanya dengan perlahan. Minho mendudukan dirinya di sebelah Jisung lalu meletakkan telapak tanganya di dahi Jisung.

Dia menganggukan kepalanya dengan perlahan. Mungkin sudah memastikan suhu badan Jisung.

"Kau nak makan? Last kau makan pukul 8 tadi." Jisung agak terkejut Minho masih ingat. Dia memandang ke arah Minho sambil menganggukan kepalanya dengan perlahan.

Keduanya berjalan keluar daripada bilik dan menuju ke dapur. Melihat masih banyak makanan di atas meja. Keduanya mula mendudukan dirinya dan menikmati makanan mereka.

"Baru nak makan?" Cherry yang baru keluar daripada tandas melihat kedua anak menantunya.

"Jisung sa-"

"Bukan kamu squirrel, anak eomma sorang ni. Kamu baru nak makan?" Jisung memandang Minho dengan pandangan yang terkejut. Minho belum makan daripada tadi?

"Baru lapar." Jawab Minho dengan tenang. Cherry anaknya itu risau pada Jisung namun berpura seolah tidak risau.

Cherry meninggalkan keduanya makan dengan tenang. Jisung dan Minho sesekali akan berbual kecil untuk menghilangkan rasa sunyi.

"Tadi Chan ada datang."

"Huh? Kenapa tak bagitahu Chan hyung datang?" Minho memandang Jisung dan dia menyesal bagitahu tentang kehadiran Chan. Dia membuang nafas dalam sambil memberikan senyuman kecil.

"Kau sakit macam nak mati, takkan aku nak kejut kau semata nak bagitahu senior kesayangan kau datang?" Selepas mengatakan itu Minho terus bangun meninggalkan tempat itu.

Jisung terkejut dengan tindakkan Minho yang meninggalkan tempat itu dalam keadaan emosi.

"Aku..salah cakap?"

📌📌📌📌📌


Extraordinary Love || MinsungWhere stories live. Discover now