=15=

48 3 0
                                    

"Eh nenek! Kau ni dah takde rumah ke?" 

"EH mulut you! I bagitahu Minho!"

"Bagitahulah. Dia sekarang tengah bermadu kasih dengan isteri dia." Qiyya tidak terima Felix cakap begitu. Felix pula memang sengaja dia memanaskan Qiyya.

Dia fikir laporanya boleh selesai, namun dengan gangguan Qiyya semuanya jadi tergantung dan perlu bantuan Hyunjin.

"You tak tahu ke? I akan jadi kakak ipar you yang kedua. I akan kahwin dengan Minho sebab Minho janji dengan I."

"Ahhh! Dia ada cakap juga." Qiyya nampak bangga Felix mengiyakan perkataannya.

"Tapi sebelum kau tinggalkan dia. Apa yang kau cakap tu semua berlaku dalam mimpi. M.I.M.P.I! MIMPI!" Qiyya tidak terima mendengarkan itu.

Felix pula sudah muak mendengarkan benda yang sama. Namun tidak dapat dia elakkan dia juga merisaukan perkara itu.

Felix tahu macam mana cintanya Minho pada Qiyya dulu. Tidak mustahil dengan sikit rayuan dan pujukkan hati Minho boleh berbolak balik.

"Kalau hyung dah janji dengan kau sekali pun, aku takkan benarkan. Bukan aku je, mom dan daddy pun takkan terima kau!"

"Hey! Kau tunggu bila aku dah jadi isteri Minho! Aku akan singkirkan kau dan isteri bodoh dia tu daripada rumah ni!" Selapa mengatakan itu Qiyya terus pergi daripada kawasan rumah itu.

Perlahan Felix menutup pintu. Mengeluarkan handphone nya. Membuat panggil untuk dia beritahu sesuatu.

Felix tak tahu apa yang Minho fikirkan. Dan Jisung terlalu baik untuk Minho yang sedang jatuh mati. Felix cuma takut Minho kembali terjerat dengan cinta bodohnya.

"Hello son?"

"Daddy..."

"Kenapa? Ada yang tak kena ke son?"

📌📌📌📌📌

"Terima kasih." Jisung mengangguk. Menyimpan kembali semua peralatan perubatan dan mengemas kapas yang digunakan. Dia memandang Minho yang sedang membetulkan lengan bajunya.

"Hyung nampak sikit kusut lepas kita balik Jeju. Ada yang hyung fikirkan?"

"Banyak benda."

"Kalau hyung tak kisah, kita boleh share." Jisung mendudukan dirinya di sebelah Minho dengan senyuman. Minho melihat senyuman manis itu. 

Fikiran nya semakin kusut saat memikirkan semua ini. Macam mana dia perlu jelaskan perasaannya sekarang ini? Minho memandang Jisung dan mengelus perlahan.

"Masalah pejabat biasa." Jisung menganggukan perlahan. Dia ingin mengalihkan pandangan namun tersedar pada satu benda. Jisung kembali memandang Minho.

"Hyung...kalau hyung nak keluar dengan cik Qiyya, pergilah. Dia kan kekasih hyung." Jisung memberikan senyuman yang paling manis pernah dia rasakan.

"Jisung okay?"

"Tipulah kalau Jisung cakap tak sakit. Tapi Macam hyung cakap, Jisung bukan siapa-siapa." Kata Jisung dan berjalan pergi daripada sana.

Minho membuang nafas dalam. Menggusak kasar rambutnya, dia tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan semuanya. Jisung memberikan senyuman dan berjalan untuk pergi.

Dia kembali masuk ke dalam biliknya. Minho mengeluh kecil.

"Hyung masih pikirkan nenek tu?" Felix akhirnya berjalan daripada tempat dia berdiri. Daripada tadi dia hanya mendengarkan perbualan di depan dapur.

Dia mendudukan diri di depan Minho. Wajah Minho memang nampak kusut.

"Hyung tak bahagia dengan Jisung?"

"Aku bukan tak bahagia. Ta-"

"Jadi kenapa nak kena cari yang lain? Hyung, kalau hyung tak nak jangan bagi harapan. Layan dia ikut perasaan hyung." Felix akhirnya pergi daripada sana.

Dia sedikit kesal dengan tingkah Minho. Semakin tua semakin gila!

📌📌📌📌📌

"Hey." Jisung mengangkat wajahnya memandang seseorang yang baru saja menegurnya.

"Aku nak tahu siapa isteri Minho." Jisung berkerut dahi. Qiyya memang tak faham bahasa atau susah lupa bahasa mereka sendiri? Minho sudah banyak kali mengatakan dia tidak mahu Qiyya masuk campur apa-apa.

"Saya bukan PA Tuan Minho."

"Takkanlah kau tak tahu?"

"Saya tak tahu!"

"Perempuan mana yang beraninya rampas Minho daripada I." Jisung menggaru kepalanya. Dia menggeleng kecil dan ingin menyambung membuat kerjanya. Namun Qiyya seperti tidak mahu melepaskanya, dia menarik lengan baju Jisung.

"Aduh! Cik Qiyya apa ni?!"

"I nak you jumpa Minho and tanya siapa isteri dia." Jisung melepaskan tangan kasar. Qiyya ni lupa atau macam mana? Jisung tu lelaki, kalau dia angkat si Qiyya dan campak daripada gedung ni sia-sia saya meroyanya.

Tidak lama itu Minho sampai dengan Beomgyu dan Jay. Melihat keributan dia insan berbeza itu membuatkan Minho memicit kepala.

"Qiyya."

"Minho! Look what your staff do to me? Dia tolak I! Sakit dada I!" Jisung akan berikan Qiyya anugerah perempuan paling gila di abad ini. Jisung mengambil file yang dipegang Beomgyu dan berjalan dengan malas untuk pergi daripada sana.

Beomgyu sempat memandang Minho tajam. Dia terus berjalan mengikuti Jisung. Minho sendiri menarik tangan Qiyya masuk ke dalam biliknya.

"What's wrong with you Qiyya! Buat kecoh dekat office I kenapa?" Minho memarahi Qiyya sebaik saja pintu ditutup. Qiyya hanya mencibik tidak suka. Dia mendudukan dirinya di sofa dengan sangat angkuh.

"Bukan salah I, memang staff tak bertauladan you yang buat I. By the way, I datang sini nak ajak you pergi makan." Kata Qiyya tanpa ada serba salah sedikit pun. Minho menggelengkan kepalanya perlahan.

"I ada kerja. You pergi balik."

"Minho, please."

"Balik. Atau nak I panggilkan security?" Qiyya dengan kesal keluar daripada pejabat Minho. Sempat dia berpampasan dengan Jisung dan Beomgyu.

Keduanya memberikan pandangan yang benci. Perlahan dia mengeluh kecil dengan perlahan.

"Gyu, aku balik rumah kau boleh malam ni?"

"Boleh sangat! Lagipun Yeonjun hyung ada kerja luar." Jisung tersenyum kecil. Dia mengeluarkan handphone dan memberikan pesanan kepada Minho sebagai izin.

📌📌📌📌📌

Jisung baru saja selesai mandi, dia mendudukan dirinya di katil sambil menggeringkan rambutnya. Perlahan dia mengeluh.

"Jisung, aku dah masak makan malam, kau nak makan sekarang ke?"

"Kau nak ke mana?" Jisung nampak Beomgyu bersiap dengan rapi.

"Ahh mentua aku ajak keluar." Kata Beomgyu. Jisung hanya menganggukan kepalanya saja.

"Aku makan nanti je. Kau pergilah nanti dah lambat." Katanya dengan perlahan. Beomgyu berjalan keluar meninggalkan rumah itu. Jisung sendirian di rumah. Membaringkan dirinya dengan perlahan.

"Kalau betul dia balik dengan Qiyya macam mana?" Gumam Jisung sendiri. Ini yang dia tidak suka. Selepas Qiyya kembali, dia banyak memikirkan jangkaan akan datang.

Dia akan ditinggalkan? Diceraikan tanpa sebab? Di duakan? Tapi Minho tidak pernah mencintai dirinya.

📌📌📌📌📌

Extraordinary Love || MinsungWhere stories live. Discover now