Jisung berhenti di depan pintu masuk pejabat. Harini dia terlebih awal ke pejabat. Dia dapat melihat manager nya sudah ada di meja sedang menyiapkan kerja.
Dia ingin berbalik tetapi-
"Kenapa berbalik?" Gyorang menegur Jisung. Dia ingin membeli kopi dan kebetulan melihat Jisung di depan sana.
Peluang takkan datang kedua kali.
"N-Nak amik baranf dekat bawah." Jisung ingin pergi namun Gyorang menahan lengan Jisung dan memegang kedua bahunya.
"T-Tuan."
"Jisung. Awak tahukan saya cintakan awak."
"Tuan lepas! Tuan dah ada anak bini. Jangan libatkan saya. Saya pun dah kahwin!"
"Saya akan gunakan pelbagai cara untuk dapatkan awak."
"Tuan jangan gila boleh?! Lepas!"
"Jisung please." Gyorang mula mendekat dan ingin mencium Jisung namun dengan kuat Jisung memijak kaki Gyorang dan berlari ke tangga kecemasan.
"Jisung!" Gyorang mengejar Jisung dengan laju. Sambil berlari, Jisung cuba menghubungi sesiapa saja yang sempat.
Awalnya dia ingin call Beomgyu, tapi Beomgyu tidak di sini dia perlu ke Jeju atas alasan kerja.
Laju dia mendail nombor Minho.
"JISUNG JANGAN LARI!"
"Tolonglah jawab!"
"Hello?"
"Tuan tol ARGH!" Tanpa sengaja handphone jatuh dan mati. Jisung meringsut bersembunyi di bawah meja. Dia cuba membekap mulutnya dan menghidupkan kembali handphone nya.
"Tuan Jisung?" Jisung mendengar suara seorang pengawal keselamatan
"Ahjushi!" Pengawal itu laju menghampiri Jisung dan memvantu Jisung bangun. Tanpa banyak kata pengawal itu melakukan arahan yang dia terima.
Jisung di bawa masuk ke dalam pejabat Minho.
📌📌📌📌📌
Minho melihat Jisung yang tertidur tanpa ada gangguan apa-apa. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan sehingga seseorang masuk dalam ruanganya.
"Minho?" Minho menoleh melihat sepupunya yang baru saja masuk.
"Siapa yang nak aku rawat?" Minho menunjukkan Jisung yang ada di sofa. Seonghwa menghampiri Jisung dengan perlahan. Melihat kaki Jisung yang berubah unggu.
"Ni terseliuh ni." Seonghwa menarik perlahan kaki Jisung. Dia membalut kaki Jisung dengan perlahan supaya lelaki itu tidak terjaga daripada tidur.
Minho membuang nafas dalam. Tidak lama itu security datang ke dalam pejabat Minho.
"Tuan Minho, kami dah jumpa rakaman yang menimpa Tuan Jisung." Minho menganggukan kepalanya. Dia dan Seonghwa mengikuti dua security itu bersama ke bilik rakaman.
Mereka mula menyaksikan apa yang sebenarnya terjadi sehinggalah selesai. Minho sudah mengepal genggaman tangannya menahan emosi yang singgah dalam diri.
"Apa yang kau nak buat?" Tanya Seonghwa memandang ke arah Minho.
"Aku ada cara aku. Thanks bro." Mereka ber tos tangan dan Seonghwa meninggalkan tempat itu. Minho kembali masuk ke dalam biliknya. Jisung masih lena tidak sedarkan diri.
Perlahan dia menghampiri Jisung. Membetulkan poni rambut yang menghalang dahinya yang sudah berpeluh. Sangat perlahan sehinggalah dia sendiri tersedar.
Dia menuju ke mejanya lalu menyuruh assistent nya memanggil Beomgyu. Dengan panik Beomgyu masuk ke dalam pejabat Minho.
"Macam mana Jisung?"
"Kaki dia terseliuh je. Boleh jaga dia. Saya ada meeting dekat luar."
"Boleh Tuan." Minho menganggukan kepalanya. Saat dia keluar daripada ruanganya, matanya tajam melihat Gyorang yang dengan santai masih boleh menguk kopi selepas mengusik isteri nya.
Minho takkan biarkan Gyorang berdiam diri seperti orang bagus! Dia akan membalas.
📌📌📌📌📌
"Kaki kau sakit lagi?"
"Dah okay sikit. Felix dan urut." Felix baru saja keluar toilet. Dia memandang Minho yang baru saja balik.
"Jisung tengah sakit macam ni, hyung boleh keluar? Keluar tak hiraukan Jisung sikit pun?"
"Felix.."
"Suami macam manalah hyung ni?" Minho hanya menggeleng perlahan dan berjalan pergi sambil mengusak kasar rambut Felix.
"Kesihan Hyunjin."
"YAK!" Namun Felix malas nak bertengkar. Dia mendudukan dirinya di sebelah Jisung. Melihat Jisung dengan wajah yang kesihan.
"Thanks Felix."
"Apapun untuk Jisung." Jisung memberikan senyuman kecil. Felix menghulukan semangkuk bubur kepada Jisung.
"Makanlah." Felix membiarkan Jisung makan dengan tenang. Dia memandang ke arah Jisung yang nampak berselera.
"Apa yang jadi sebenarnya?"
"Aku terkejut nampak lipas je." Felix yakin bukan itu yang terjadi. Kalau tak Minho takkan semarah itu saat menyuruhnya balik dengan cepat untuk teman Jisung di rumah.
"Takpelah, aku nak masuk bilik. Kau boleh sendiri tak?" Jisung menganggukan kepalanya. Felix pun berjalan masuk ke dalam biliknya dengan tenang. Jisung pula menghabiskan makananya dengan tenang.
Setelah selesai, Jisung cuba untuk ke dapur. Mengemas barang makananya itu semua. Namun baru saja dia bangun dia sudah merasakan bisa dan berdenyut.
"Dah tahu tak boleh, janganlah dipaksakan." Minho mencapai dulang lalu membawa ke dapur. Jisung masih diam di sofa.
"Nak apa-apa lagi tak?" Jisung menggelengkan kepalanya. Minho pula sudah siap untuk keluar. Namun dia kembali pada Jisung dan-
"Eh eh eh Tuan!" Minho mendukung tubuh ramping Jisung dan membawa Jisung ke atas masuk ke dalam bilik.
"Terus tidur. Esok kau tak payah datang kerja." Kata Minho. Menutup lampu utama selepas lampu tidur dihidupkan. Pintu ditutup dengan perlahan lalu berjalan pergi daripada sana.
Minho masuk ke dalam keretanya. Dia mula memandu dengan tenang untuk pergi daripada sana. Minho mula memandu untuk pergi menenangkan diri. Dia cuma masih dalam keadaan marah. Disebabkan itu dia perlu tenangkan diri sendiri terlebih dulu.
📌📌📌📌📌