=22=

16 3 0
                                    

"Maldives?" 

"Bosan. Aku dah selalu pergi."

"Thailand?"

"Common."

"Jepun?" Minho memandang Felix yang memberikan cadangan itu, "orang-orang dekat sana dah selalu sangat nampak muka aku."

Felix mencebik. Hyunjin dan Felix mencari tempat-tempat yang sesuai untuk Minho membawa Jisung bercuti, bahasa sebenarnya honeymoon.

"Kalau Bali, Indonesia?" Minho nampak berfikir lalu menggelengkan kepala dengan perlahan.

"Kalau post socmed nanti terlalu common." Cadangan Hyunjin juga ditolak oleh Minho. Felix meletakkan handphone nya dengan kesal.

"Ck! Hyung bercuti dekat rumah jelah! Semua benda hyung tolak." Marah Felix, sudah berjam lama dia mencari tempat untuk Minho. Kalau ada peta mungkin sudah semua tempat mereka katakan.

Minho masih sibuk dengan laptop nya. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan. Dia juga tidak ada tempat yang sesuai untuk bercuti. 

Dia ingin menjadikan percutian ini percutian yang memang tidak akan dilupakan. Percutian yang boleh membangkitkan rasa cinta mereka, tepatnya rasa cinta dia pada Jisung. Minho sudah memikirkan hal itu dan dia yakin, dia sudah ada rasa untuk Jisung namun masih memerlukan kepastian.

Dia membuang nafas dalam dengan perlahan, memicit kepalanya kerana memang tidak jumpa tempat yang sesuai.

"Hyung, Malta?"

"Malta?" Minho mencari keberadaan Malta. Suasana dan situasi di sana lalu dia menggelengkan kepala dengan perlahan. Keadaan di sana memang cantik, namun suasana di sana tidak boleh menjadikan dia romantik.

"Paris?" Minho menggelengkan kepala dengan perlahan. Dia mengeluh kecil, semua tempat tidak sesuai dengan perancangan di kepalanya. Tidak lama itu office nya Beomgyu masuk ke dalam.

"Tuan, ni file yang tuan minta." Minho menerima file itu, sebelum Beomgyu keluar Minho memanggilnya.

"Masa kau kahwin, kau honeymoon dekat mana?" Beomgyu berkerut memandang Minho, dia mengeluarkan handphone nya lalu melihat sesuatu. Selepas jumpa apa yang dia cari dia memandang Minho.

"Kalau Itali?"

"Itali? Itali dekat mana?" Beomgyu mendekat lalu memberikan gambar kepada Minho, "Venice, Northern Italy."

Minho melihat view di sana, Felix dan Hyunjin juga join untuk melihat apa yang ada di dalam handphone Beomgyu.

Minho tersenyum.

📌📌📌📌📌

"Itali? Jauh nya hyung." Minho berhenti daripada mengeringkan rambut lalu berjalan menghampiri Jisung yang sedang ada di atas katil melipat baju.

"Kata nak lari."

"Siapa nak lari dengan hyung?" Mendengar jawapan Jisung membuatkan Minho memberikan muka datar. Dia mendudukan diri di sebelah Jisung dan mencapai baju yang sudah dilipat.

"Kenapa? Nak lari dengan Chan hyung?"

"Siapa yang cakap pasal Chan hyung dengan Qiyya?" Keluhan dilepaskan dengan perlahan, Jisung selesai melipat bajunya lalu menyusun di dalam rak, "okay kita pergi tapi bila? Tak pelik kalau hyung cuti Jisung pun cuti?"

Minho terdiam. Ada betulnya juga bila perkara itu berlaku. Dia mengeluh perlahan dan dalam kebingungan ini dia mendapat idea. Minho mencapai handphone dan membuat panggilan di luar. Jisung hanya menggelengkan kepala sahaja.

Dalam beberapa minit akhirnya Minho kembali dengan senyuman, "hyung dah cakap dengan appa plan kita. So nanti appa akan handle semuanya." Kata Minho dengan senyuman.

"Suka hati hyung lah, Jisung nak pergi mandi." Jisung mencapai tuala lalu berjalan ke tandas. Minho mendudukan diri di meja kerja lalu membuka laptop. Dia mula mencari beberapa rancangan yang sesuai.

Jisung tak pernah terfikir akan sejauh ini, dia tidak pernah terfikir Minho akan bertindak sejauh begini. Dia benar-benar tidak sangka dan ini mengejutkan baginya. Minho berubah.

Perasaan yang dia pendam untuk suaminya sendiri kini terbalas? Jisung tidak tahu, selagi masih ada Qiyya dan dia masih disembunyikan Jisung tak nak meletakkan harapan yang tinggi.

Mungkin juga Minho hanya kesihan dengan dia. Jadi melakukan semua ini untuk mengasihaninya sahaja.

📌📌📌📌📌

"Siap?" Jisung menganggukan kepala, Minho baru sahaja menemani Jisung untuk renew passport nya. Setelah itu mereka menuju ke restaurant untuk menikmati makanannya.

"Kita ke sana berapa hari hyung?" Minho memandang ke arah Jisung dengan senyuman kecil, "2 minggu kita dekat sana."

"Hah?! Macam mana?" Minho hanya memberikan senyuman kecil dan mula memesan makanan untuk mereka berdua. 

Jisung memandang Minho tidak percaya. Kenapa lelaki di depannya ini benar-benar mencuba? Seniat ini untuk mempermainkan hatinya? Atau Jisung terlalu nampak kesian?

"Kenapa hyung buat semua ni?" Minho berhenti meneguk minuman air putih lalu memandang ke arah Jisung dengan pelik, "maksud Jisung?"

"Semua ni, kenapa? Kenapa hyung buat semua ni? Percutian? Kebaikkan dan-"

"Jisung kenapa tanya mcam tu? Hyung buat semua ni untuk kita, untuk apa yang sepatutnya kita rasakan." Jisung masih tidak dapat dengan jelas niat Minho.

Perlahan Minho mengeluh lalu menarik tangan Jisung. Cincin kahwin yang cantik tersarung membuatkan dia trsenyum kita, "kita mulakan semula apa yang kita lambat mula."

"Maksud hyung?"

"Lupakan siapa Qiyya dalam hidup hyung dan siapa Chan dalam hidup Jisung." Minho berdehem kecil lalu membetulkan bajunya. Dia menghulurkan tangan kepada Jisung dengan senyuman.

"Lee Minho, putera sulung dalam keluarga Lee dan CEO sebuah syarikat dalam Korea ni." Jisung melihat itu tersenyum kecil lalu menyambut salaman Minho.

"Han Jisung, putera tunggal dalam keluarga Han dan kedua parents sudah takde. Hidup bersama keluarga angkat, Park Chanyeol dan Byun Baekhyun."

Keduanya tersenyum lalu tertawa kecil. Makanan mereka akhirnya sampai dan mula menikmati makanan mereka dengan tenang.

Jisung berharap ini adalah jalan yang tepat untuk dia merasakan bahagia yang dia cari selama ini.

📌📌📌📌📌

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 22 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Extraordinary Love || MinsungWhere stories live. Discover now