Jisung membuka matanya dan mula mematikan alarm nya. Meskipun waktu cuti dia perlu bangun awal untuk menyiapkan sarapan untuk Minho.
Dia mencuci mukanya dan berjalan keluar daripada bilik. Baru saja dia keluar bilik, Minho juga baru saja keluar daripada bilik dengan keadaan ingin bersukan.
Minho memandang Jisung terdiam seketika. Jisung juga kaku memandang Minho. Setelah itu Jisung bow kecil.
"Selamat pagi Tuan." Katanya dengan perlahan. Dia terus berjalan turun daripada sana untuk ke dapur. Minho mengikutinya daripada belakang.
"Tuan balik pukul berapa?"
"Mungkin 10 nanti. Kau baru bangun ke?" Jisung menganggukan kepala sambil menggosok matanya.
"Sandwich boleh?"
"Boleh. Aku pergi dulu." Jisung hanya mengangguk kecil. Dia sebenarnya masih ngantuk, namun dia perlu menguatkan diri sendiri.
Minho terus berjalan ke depan, mencapai kasutnya dan terus disarung ke kaki. Mula meregangkan badan untuk beberapa minit sehinggalah dia merasakan sudah selesa.
Dia melakukan jogging dengan tenang. Minho sering berhenti, menggeleng dan kembali berlari dengan tenang. Namun sudah 3 kali dia lakukan hal itu.
Dia berhenti di sebuah taman dan mendudukan diri di bangku yang ada di sana. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan. Mengatur nafasnya. Namun ada yang tidak teratur.
Jantung dan otaknya. Minho menampar perlahan wajahnya kerana hal itu sendiri.
"Kau ni kenapa?! Gila?!" Marahnya pada diri sendiri. Minho cuba bertenang namun wajahnya masih saja merah.
"Muka dia cantik bila baru bangun tidur." Akhirnya dia akui hal itu. Masalah yang mengganggu kepalanya.
📌📌📌📌📌
Minho meletakkan kasutnya di rak kasut. Melihat sekitar rumah dan berhenti di suatu tempat. Seorang lelaki yang tertidur di sofa sana.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Minho menuju ke dapur. Jisung bukan hanya membuat sandwich ada salad campur juga yang ada di sana. Minho menarik kerusi dengan perlahan dan mula menikmati makanan yang disiapkan Jisung.
Dia melihat jam lalu kembali melihat Jisung yang ada di sana. Setelaj menyelesaikan makananya, dia menunju ke atas. Mula membersihkan diri dan bersiap.
Setelah dia bersiap, Minho menuju ke arah Jisung. Cuba mengejut lelaki itu.
"Jisung..."
"Euh."
"Jisung bangun."
"Uhm?" Matanya sudah terbuka namun tubuhnya masih mati.
"Jom kita beli barang dapur."
"Sekarang?"
"Tahun depan."
"Kejap nak bersi-"
"Tak payah. Kau dah okay." Yang terakhir itu memang Minho cakap tapi perlahan saja. Dia berjalan keluar dan menunggu Jisung di dalam kereta.
Jisung masuk ke dala kereta sambil menguap.
"Kau kenapa penat sangat? Bukan kau buat kerja berat pun semalam."
"Shust." Jisung kembali menidurkan diri membuatkan Minho sedikit terkejut. Dia terus memandu untuk ke mall yang selalu dia kunjungi.
Minho tidak terus mengejut Jisung, dia hanya meletakkan kereta dan terus bermain handphone. Dia hanya diam bermain dengan handphone dengan Jisung tidur di sebelah.
Setelah 50 minit, akhirnya Jisung seperti sudah mula menyedarkan diri?
"Dah sampai?" Minho memandang Jisung.
"Baru je sampai. Dah jom." Minho terus berjalan keluar daripada sana. Jisung mengikuti Minho dengan tergesa. Senyuman diberikan kepada Minho.
"Apa?"
"Nak beli baju nanti boleh?"
"Suka hati kau." Jisung girang mendengarkan itu.
📌📌📌📌📌
Dia membuang nafas dalam dengan perlahan. Melihat Jisung yang masih memilih baju tanpa ada niat untuk bawa ke kaunter.
"Kau cari baju apa?"
"Baju biasa."
"Baju biasa? Banyak kenapa tak amik satu dan beli." Jisung menghela nafas perlahan. Memandang Minho dan memberikan senyuman kecil.
"Jisung bukan orang kaya macam tuan. Sudahlah! Jisung beli tempat lain-"
"Pilih dan bawa ke kaunter."
"Tapi-"
"Sekarang!" Seperti arahan Jisung melakukan yang disuruh Minho. Dia mengambil satu baju yang berkenan di matanya. Jisung tak sempat melihat harga sebab Minho terus mengambil baju itu daripada tangannya dan dibawa ke kaunter.
"Berapa?"
"24811.63 Won. Ada baju lagi Tuan?" Minho memandang Jisung yang menggelengkan kepalanya.
Minho melihat ke belakang-
"Setiap satu baju dekat sini carikan warna yang sesuai untuk dia dan semuanya saiz-" Minho memandang Jisung atas bawah.
"L dan M." Katanya.
"Baik Tuan, sila tunggu di sana."
"TUAN!" Minho menuju ke kerusi yang ada dan menunggu sambil bermain dengan handphone.
"Kenapa semua?"
"Sebab aku nak."
"Hah?
"Aku nak kau pakai baju tu semua."
"Tapi mahal Ji-"
"Boleh tak lepas ni kau jangan fikir pasal mahal atau murah. Kau pakai dekat badan orang takkan tahu itu mahal atau murah. Apa guna duit aku kalau kau tak nak guna?"
Jisung akhirnya pasrah. Dia sedikit tidak selesa Minho melakukan ini namun dia tidak mahu membuat Minho kecewa.