=14=

40 3 0
                                    

Kereta merah itu berhenti di depan hotel. Beomgyu dan Jay sudah menunggu di depan sana dengan senyuman. Jisung yang pertama keluar dan melihat Beomgyu dengan senyuman.

Minho ikut keluar lalu memandang ke arah mereka.

"Tuan."

"Macam mana dekat sini?"

"Baik je Tuan."

"Saya setuju dengan Jay. Tenang. Sesuai untuk pasangan honeymoon dekat sini." Kata Beomgyu saat melihat luggage yang dikeluarkan oleh pembantu.

Minho dan Jisung memandang Beomgyu dengan pandangan tajam masing-masing. Beomgyu? Dia sudah tergelak besar melihat itu. Jay pula tidak peduli sama sekali.

Mereka akhirnya check in hotel. Minho dan Jisung melihat sekeliling bilik.

"Sengaja saya pesan bilik ni. Lepas Jisung bagitahu Tuan akan datang ke sini." Beomgyu memberikan kad bilik kepada Jisung. Minho memberikan senyuman manisnya.

"Nanti saya bayar ganti."

"Eh tak perlu. Anggap ni hadiah kahwin daripada saya yang sudah sangat terlambat." Jisung tersenyum kecil memandang ke arah Beomgyu.

"Terima kasih." Beomgyu menganggukan kepalanya dengan perlahan. Dia meminta diri untuk keluar daripada sana. Minho dan Jisung ditinggalkan berdua.

"Kalau Jisung nak mandi, pergilah."

"Eh takpe, hyung boleh pergi mandi dulu. Biar Jisung yang kemas semua ni." Jisung memberikan senyuman kepada Minho. Minho menganggukan kepalanya dengan perlahan.

Minho masuk ke dalam bilik mandi dengan tenang. Jisung mengemas semuanya dengan sangat teratur. Dia mengemas beg Minho sekali.

Baru saja dia masukkan baju gantungan di almari, dia melihat handphone Minho berbunyi. Dan sang pemanggil adalah Qiyya. Baru saja dia ingin menjawab panggilan itu tiba-tiba dia mendapat panggilan sendiri.

"Hello?"

"Kalau nenek tu call hyung jangan layan." Felix seperti tahu saja keadaan dia sekarang. Ada ukiran manis di bibir Jisung.

"Jisung boleh amikkan tuala?" Panggilan di matikan. Jisung menghulurkan tuala kepada Minho.

📌📌📌📌📌

"Kami bercadang untuk tambahkan lagi batu di kawasan ni."

"Bagus. Apa-apa yang buat bangunan ni selamat buat je, tentang kewangan jangan risau."

"Baik boss." Pekerja di sana kembali membuat kerjanya. Minho menoleh seketika di belakang di mana Jisung, Beomgyu dan Jay sedang berbual.

Dari riak wajah Jisung Minho sudah boleh teka-

"Gyu aku lapar lah! Bila nak makan?" Minho mengajuk kata-kata Jisung yang sedang bercakap dengan Beomgyu. Dia tertawa kecil.

"HATI-HATI!"

ZRAK

Semuanya melihat ke atas dan melihat ada tong besar akan jatuh ke bawah dan tepatnya posisi yang akan jatuh di atas Jisung.

"JISUNG!" Minho lantas berlari dan membawa Jisung kepelukkan sehingga mereka terjatuh ke tanah. Beomgyu dan Jay sudah diselamatkan pekerja yang berdekatan.

Minho lantas bangun dan melihat Jisung di pelukkan nya. Dia membuka helmet Jisung lalu melihat wajah Jisung sekiranya ada luka. Bukan saja muka, seluruh badan Minho cuba memeriksa.

"Tuan!" Beomgyu dan Jay berlari mendapatkan Minho dan Jisung. Selepas memastikan Jisung tidak ada yang terluka barulah Minho bangun dan membantu Jisung ikut bangun.

Minho melihat Jisung yang masih nampak terkejut dengan kejadian itu. Dia mengelus perlahan kepala Jisung seperti menyalurkan rasa selamat kepada Jisung.

Mereka berdua di suruh duduk di bawah payung terlebih dahulu. Baru saha duduk-

"Hyung!" Jisung mendekatkan dirinya kepada Minho sambil menarik tangan kanan Minho. Luka di siku kelihatan saat darah mula merebak di kemaja biru nya.

Muka Jisung berubah merah menahan tangisan yang akan pecah bila-bila saja. 

"Kita ke klinik."

"Tak perlu. Sikit je."

"Tak! Beomgyu kita bawa dia ke hospital."

📌📌📌📌📌

"Suami kau tak mati lagi pun." Minho tersenyum mendengarkan Beomgyu berkata begitu pada Jisung. Sebab apa Beomgyu mengatakan seperti itu?

Jisung sudah menangis seperti menghadiri pemakaman orang tercinta. Padahal dia hanya mendapatkan 5 jahitan untuk lukanya saja. Tidak lebih pun.

Perlahan dia mengelus rambut Jisung bagi menenangkan lelaki itu.

"Maaf."

"Untuk apa minta maaf?" Beomgyu hanya menggeleng dan meminta diri daripada sana. Jay sudah menunggunya untuk balik sekali.

Minho membawa Jisung ke dalam pelukannya. Dia bahkan memberikan ciuman di dahi Jisung. Entah kenapa dia lakukan itu. Dia hanya merasakan ingin melakukanya.

"Berhenti menangis. Kita balik bilik, hyung nak mandi nak tukar baju." Jisung mengesat air matanya dengan perlahan dan mengangguk.

Dia dan Minho masuk ke dalam kereta dan mula memandu untuk kembali ke hotel mereka.

Sesaat mereka di hotel, Jisung menyuruh Minho terus mandi. Dia akan siapkan baju dan keperluan lain. Minho hanya menggelengkan kepala saja.

Setelah semuanya selesai, Jisung yang pertama tertidur. Mungkin kerana penat menangis dan membantu Minho membersihkan luka. Minho melihat si gembul sedang tertidur nyenyak.

"Jangan nangis. Aku tak tahu kenapa, air mata kau buat aku sakit." Bisiknya perlahan. Baru saja Minho ingin ke alam mimpi, handphone nya kembali berdering.

Dia melihat Qiyya menghubunginya. Minho turun daripada katil dan menjawab panggilan itu.

"Hmm?"

"Where are you?! Felix cakap you honeymoon dengan isteri you? That's not right?" Minho melihat Jisung yang sudah tertidur memutuskan untuk bercakap di balkoni bilik.

"You kenapa call I ni?"

"Baby. I nak jawapan. Macam mana dengan kita? I cakap I sanggup jadi yang kedua dalam hidup you. Sebab I tahu I memang dah jadi nombor satu."

"Qiyya, you tinggalkan I dan berharap I akan terima you macam tu je?"

"I tak ada pilihan Minho! I was confuse!"

"Sudahlah. I penat nak tidur." Minho menamatkan panggilan. Keluhan dilepaskan dengan kasar. Minho tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.

Jujur kehadiran Qiyya buatkan dia sedikit bingung. Rindu pada perempuan itu sudah pasti, namun kini jauh di hatinya dia tidak mahu melepaskan Jisung.

"Jisung...sanggup ke hidup bertiga?" Gumamnya dengan perlahan. Berbalik badan dan melihat Jisung yang lena.

📌📌📌📌📌

Extraordinary Love || MinsungWhere stories live. Discover now