=17=

78 3 0
                                        

"Kalau di perhatikan, diorang berdua pun comel." Minho melihat keluar biliknya. Jisung dan Chan sedang gelak ketawa bersama di luar sana. Meskipun ada Beomgyu dan Jay, namun keduanya seperti ghaib di mata Minho.

"Diorang cuma senior junior."

"Baby, kalau you lupa ramai je couple yang kita kenal daripada senior junior." Kata Qiyya dengan senyuman dia. Tidak sedar tangan Minho sudah mengenggam erat pen itu.

Qiyya kembali memandang ke luar. Chan dan Jisung memang nampak serasi membuatkan dia hanya ingin tersenyum saja.

"Kita lunch sama-sama nak?"

"Busy."

"Baby, jangan terlalu taksub dengan kerja. Ah! I baru teringat tentang wife you. Mana dia? I nak jumpa madu I juga." Minho memandang Qiyya lalu memandang ke luar.

'Wife? Isteri aku sedang bergelak ketawa dengan orang lain dekat luar.'

Minho bangun daripada duduknya dan berjalan keluar daripada sana. Dia hanya ingin ke bilik file namun dia perlu lalu dihadapan mereka.

"Tuan." Minho hanya menganggukan kepala saja. Memandang Jisung dengan pandangan yang tajam. Perlahan Beomgyu mendekat.

"Aku rasa ada yang marah." Jisung berkerut dahi memandang Beomgyu. Dia tidak faham namun Beomgyu tidak mahu menjelaskan lebih lanjut.

Di sisi lain, Chan masih memerhatikan pemergian Minho yang menghilang dalam bilik file. Lalu matanya memandang Jisung yang masih berbisik dengan Beomgyu.

Mungkin menjadi lelaki yang sedikit b4ngs4t tidak mempengaruhi apa-apa untuk dia. Dia boleh dapatkan Jisung dengan cara ini kan? Matanya beralih pada perempuan yang ada di bilik Minho.

Dia dapat rasakan Qiyya juga ada niat yang sama.

📌📌📌📌📌

"Nasihat aku baik kau undur diri."

"Mean?"

"Don't do stupid thing Christ. Kau balik sini nak berdamai dengan takdir kan?" Tanya Changbin memandang Chan yang masih bermain dengan gelas wine dia.

"Stupid thing's? Heh! I wish I not."

"Christ."

"Bin, chill. Aku cuma nak uji sikit je."

"Uji kepala kau! Jisung dah berkahwin dan dia kahwin dengan adik sepupu kau. Takkan kau nak musnahkan itu?"

Chan hanya mengangkat bahunya tidak ada jawapan. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan dan menyesap minuman itu.

"Aku cuma nak balik hak aku."

"Hak? Company? Family? Or Jisung?" Chan memandang Changbin tajam. Dia meletakkan cawanya lalu mengeluarkan handphone nya.

Melakukan pekerjaanya tanpa mempedulikan Changbin yang lelah dengan tingkahnya itu.

Chan membuang nafas dalam dan memandang Changbin.

"Aku takkan lama dekat Korea. Hanya 3 bulan."

"3 bulan boleh jadi macam-macam selama itu kau dan Jisung." Chan hanya tersenyum kecil. Dia sedang menikmati nafasnya tidak sengaja matanya melihat sesuatu.

Dia memandang Changbin lalu menunjukkan arah pandanganya. Changbin menurut.

"Itu-"

"Kecurangan berlaku bukan salah orang ketiga saja. Kecurangan berlaku bila orang itu membuka pintu kepada parasit supaya masuk dan buat macam rumah sendiri."

"Kau nak cakap konsep give and take?" Chan menganggukan kepalanya.

"Orang takkan ambil kalau takde yang memberi." Kata Chan dan menghabiskan minumanya. Dia bangun lalu berjalan pergi daripada sana. Changbin faham situasi itu.

"Chan dan Minho sama-sama gila bila masalah ini. Aku tiba-tiba jadi tertarik..." Changbin menghabiskan wine nya lalu memandang cawan Chan dan melihat Minho yang ada di hujung sana.

"Siapa yang akan menang dalam pertarungan ni. Siapa yang akan lebih gila untuk dapatkan seorang Han Jisung..." Changbin mengeluarkan handphone nya lalu membuka sesuatu-

" Changbin mengeluarkan handphone nya lalu membuka sesuatu-

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Patut ke aku join pertarungan ni? Han Jisung." Handphone nya berdering

Baby bread is calling

"Hey baby, hyung on the way balik ni."

📌📌📌📌📌

Jisung mendudukan dirinya sambil memicit bahunya dengan perlahan. Tubuhnya lemas dan sakit di seluruh badan. Mungkin dia tidur salah posisi.

"Kenapa?"

"Ahh cuma sakit tengkuk. Hyung nak kemana? Harini hari minggu."

"Cuma jogging dengan Chan."

"Ahh...kalau macam tu Jisung keluar dengan Felix boleh?" Minho menganggukan kepalanya dengan perlahan. Dia berjalan keluar daripada bilik.

Minho sudah melihat Chan menunggunya di kerusi taman yang ada di sana. Perlahan dia menghampiri Chan.

"Jom." Chan mengangguk dan mereka mula berjogging dengan tenang. 3 larian mereka lakukan dan mula merehatkan diri.

Keduanya mengambil nafas untuk menenangkan diri.

"Kau dengan Jisung dah berapa lama kahwin?"

"Dalam 5 bulan mungkin." Chan menganggukan kepalanya dengan perlahan. Minho meneguk minuman nya dengan tenang.

"Kenapa kau kahwin dengan dia?"

"Sebab eomma suruh?"

"Aunty Haera suruh?" Minho menganggukan kepala. Dia memandang Chan yang nampak sedikit tidak suka dengan penyataan itu.

Entah kenapa Minho merasakan menang bila dia mengatakan itu. Dia merasakan tenang bila dia boleh dengan bebas mengatakan itu pada Chan.

"Qiyya macam mana?"

"Kenapa dengan dia?"

"Kau bukan berkasih sayang dengan dia?" Minho memandang Chan lalu menggelengkan kepala.

Minho tidak suka seseorang menyatukan dia dan Qiyya semula.

"Jisung bukan barang untuk ditinggalkan sesuka hati."

📌📌📌📌📌

Extraordinary Love || MinsungTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang