=20=

33 3 1
                                    

Minho memandang Jisung yang sedang memasak. Dia memandang daripada atas sehingga bawah lalu membuang nafas dalam. Minho meneguk minumanya sehingga habis.

"Jisung." Jisung memandang ke arah Minho sekejap lalu kembali masak lauk untuk mereka makan.

"Kau masih sukakan Chan?"

"Ah!" Minho terkejut dengan jeritan kecil Jisung, cepat dia menjalan menghampiri Jisung lalu menarik tangan Jisung. Terlihat kesan merah ada di tangan lelaki itu. Perlahan Minho meniup luka itu.

"Biar aku masak."

"Sikit je hy-"

"Duduk dulu." Jisung akur dengan arahan Minho. Minho mula masak dengan tenang sesekali akan memandang Jisung yang hanya diam.

Jisung terkejut mendengar soalan Minho yang tiba-tiba. Kenapa soalan itu keluar daripada mulut Minho. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan.

"Jisung tak pernah terfikir untuk ada perasaan pada dia semula." Minho memandang Jisung dengan pandangan meminta penjelasan lebih.

"Jisung cuma hormat sebab Chan hyung banyak bantu Jisung." Minho menghidangkan makanan di depan Jisung. Dia mendudukan diri di depan Jisung dan tersenyum kecil.

"Aku cuma tak suka kau rapat dengan dia." Jisung tertawa kecil. Kedua mula makan dengan tenang.

Masakkan Minho tidak pernah mengecewakan. Dia memandang ke arah Minho dengan pandangan kecil.

"Kenapa Jisung tak boleh rapat dengan dia?"

"Jisung, mana ada masa lalu bersama. Jisung memang takde perasaan dekat dia, tapi dia? Takkan pernah tahu."

"Hyung~" Minho hanya menggelengkan kepala dengan perlahan. Jisung memberikan senyuman kecil membuatkan Minho memandang Jisung.

"Kenapa?"

"Hyung jealous?" Minho terdiam. Kata-kata keluarganya bermain di kepala Jisung. Benar-benar mengganggu kepalanya.

"Cemburu? Cemburu cuma untuk orang yang bodoh je." Bibir Jisung melengkung ke bawah. Dia kembali makan dengan keadaan sedih kerana dengar apa yang di cakapkan Minho.

"Dan aku orang bodoh tu."

📌📌📌📌📌

Jisung tidak tahu kalau Minho sedang bergurau atau dia bercakap serious. Selama ini Minho memang melayaninya baik, tetapi tidaklah sehingga membuatkan Jisung berfikir lain. Sekarang?

"Dia...cemburu?" Gumam Jisung sambil melihat jarinya yangs udah di plaster dengan corak tupai. Minho ini seperti laut. Semakin dalam di selam, semakin susah untuk meneka apa yang ada di dalam. Jisung tidak mahu berfikir lebih.

"Jari kau okay?" Minho mendudukan dirinya di sebelah Jisung.

"Dah kering." Minho menganggukan kepala dengan perlahan. Dia kembali membuka bukunya dan mula membaca. Jisung diam memperhatikan Minho.

Lelaki yang sudah dia kahwin selama 8 bulan terakhir ini banyak berubah. Lebih-lebih lagi bila Chan muncul di depan. Sikap Minho susah untuk di teka sama sekali.

"Aku tahu aku handsome, tapi tak perlu pandang macam tu." Jisung tersentak. Dia mengalihkan pandangan dengan wajah yang merah. Tentu saja dia malu.

Handphone Jisung berbunyi menandakan ada seseorang menghubunginya. Jisung mencapai handphone lalu melihat siapa yang memanggilnya. 

"Hyung...." Minho hanya mengangkat kening sebagai balasan.

"Chan hyung call." Minho menutup pintu dengan sedikit kasar membuatkan Jisung terkejut. Handphone Jisung di ambil lalu menjawab panggilan itu.

Jisung melihat apa yang dilakukan Minho. 

"Hello Ji-"

"Ni aku Minho. Jisung takde, dia tengah mandi."

"Kenapa handphone dia ada dekat kau?" Minho melirik ke arah Jisung yang tidak tahu dan tidak dengar apa-apa.

"Dia isteri aku, dia nak buat apa, dia nak ke mana, barang apa yang aku pegang semuanya aku ada hak. Yang kau call isteri aku kenapa?"

Jisung mendengarkan itu terdiam. Mukanya merah mendengarkan itu. Dalam diam, dia menyukai mereka berdua.

📌📌📌📌📌

Chan hanya diam bermain dengan kopi yang ada di depanya itu. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan. Tidak lama itu kerusi depan di tarik oleh Qiyya.

Wanita itu memberi senyuman manis kepada Chan dan hanya di balas hambar. Dia memandang Chan dengan pelik.

"You okay?"

"No, I'm not."

"Listen Chan, I can help you if you help me." Chan memandang Qiyya. Dia faham apa yang Qiyya mahukan. Tetapi dia tidak mahu memberikan kata putus.

Perlahan kopi itu dihirup. Dia memandang ke arah Qiyya yang masih menunggu jawapanya.

"Aku tak nak masuk campur apa-apa tentang kau." Jawab Chan menghabiskan airnya dan berjalan pergi. Qiyya mengejar Chan untuk mendapatkan jawapan yang sebenar.

"You yakin?"

"Yes. And, jangan masuk campur urusan Minho. Kau tinggalkan Minho, tapi sekarang kau nak dia balik lepas dia kahwin? Kau tu gila tahu tak."

Chan berjalan pergi daripada sana.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sorry lambat update! Lack idea untuk cerita ni! But..........aku ada cerita lain dengan idea yang fresh! nanti aku update okay!

Extraordinary Love || MinsungWhere stories live. Discover now