Jisung berjalan dengan tenang membawa file-file yang ada diperlukan untuk meeting. Saat dia masuk ke dalam bilik meeting, Chan sudah ada di sana lebih dulu bermain dengan handphone.
"Hyung," mendengar suara Jisung Chan mengangkat kepala dan tersenyum. Dia menyimpan handphone nya lalu melihat Jisung yang sedang menyusun semua file itu.
"Jisung ada untuk meeting harini?" Perlahan dia menggelengkan kepala, "tak meeting untuk yang tertinggi je."
"Ahh, lunch ni free? Jom lunch dengan hyung." Jisung nampak berfikir, namun sebelum dia menjawab pintu bilik meeting dibuka dan Minho masuk ke dalam.
"Dia lunch dengan aku harini. Kenapa?"
"Ah, yeke?"
"Kalau tak malu jom ikut sekali." Chan hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala dengan perlahan. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan lalu bangun dan membetulkan suit nya.
"Hey jangan cemburu sangat. Aku dengan Jisung cuma abang dan adik je. Okay encik suami," tangan Chan menepuk perlahan bahu Minho lalu memandang Jisung yang ada di belakang. Dia tersenyum kecil lalu berjalan untuk pergi.
Selepas Chan pergi, Minho memandang ke arah Jisung yang berdiri dekat sana tanpa memberikan apa-apa bunyi.
"Suka?"
"Hah?"
"Tak ada apalah, dah panggil yang lain untuk meeting. Panggil sekali dengan abang kesayangan kau tu," mendengarkan itu Jisung tersenyum kecil lalu menghampiri Minho.
"Tuan kalau cemburu macam kucing tahan berak."
"Yak Han Jisung!" Jisung sudah berjalan pergi meninggalkan bilik meeting itu. Minho mendudukan diri dengan kesal dan keluhan kasar. lama dia terdiam, perlahan dia memegang mukanya.
"Muka aku nampak muka cemburu ke?" Gumamnya dengan perlahan, tidak lama itu bilik meeting mula dimasuki dengan pekerja-pekerja berkaitan.
Mereka mulakan meeting dengan tenang sehingga selesai.
📌📌📌📌📌
Minho menghampiri meja Jisung lalu berdehem kecil, "jom lunch," Jisung memandang Minho lalu memandang Beomgyu dan menganggukan kepala.
Baru sahaja dia ambil handphone nya-
"Minho!" Minho dan Jisung menoleh memandang ke belakang. Beomgyu juga ikut bangun melihat ke belakang membuatkan dia berkerut. Perlahan dia mendekatkan diri dengan Jisung.
"Nenek kebayan ni nak apa?" bisik Beomgyu membuatkan Jisung menggelengkan kepala. Qiyya sudah memeluk lengan Minho dan tersenyum manis. Melihat itu Jisung berdehem dan menundukkan pandangan dia.
Beomgyu membesarkan mata dan tenganga dan hampir sahaja ingin melemparkan ayat-ayat 'sayang' namun di tahan Jisung. Minho melepaskan tangan Qiyya lalu memandang perempuan itu malas.
"Nak apa?"
"I nak lunch dengan you."
"I nak makan dengan diorang." Qiyya memandang ke arah Jisung lalu Beomgyu, "babe kenapa you nak makan dengan pekerja you? Not level."
"Hey nenek, yang tak level tu kau bukan kitorang." Jisung menepuk perlahan bahu Beomgyu memberikan peringatan.
"Look baby!" Minho hanya memicit kepalanya dengan perlahan. Qiyya masih merengek untuk lunch bersama dan kebetulan sekali Chan baru sahaja keluar daripada tandas dan terlihat adegan itu.
Chan cuba untuk pergi namun-
"Kami makan dengan Tuan Chan je, jom Jisung aku dah lapar dan tak tahan." Beomgyu terus menarik tangan Jisung menghampiri Chan yang terkejut namanya di panggil. Minho memusingkan badan melihat Chan yang sudah dihampiri Beomgyu dan Jisung.
"Tuan Chan nak makan kan? Jom sekali saya dah lapar. Tengok drama yang tak berkesudahan tu memang buat saya makin lapar,"
"Beomgyu!"
"Apa? Dah jom jom." Beomgyu sekali lagi menarik tangan Jisung dan Chan pergi daripada sana. Minho hanya diam melihat pemergian Jisung bersama Chan (bersama Beomgyu).
Minho memandang Qiyya tajam, perempuan ini telah merosakkan rancangan dia untuk makan bersama dengan Jisung. Keluhan dilepaskan, "you nak makan sangat? Kita makan and I ada benda nak cakap dengan you."
Qiyya nampak bahagia rancangan dia sudah berjaya. Dia berjalan bersama dengan Minho untuk ke cafe bawah. Ternyata Chan, Jisung dan Beomgyu juga makan di tempat yang sama.
📌📌📌📌📌
Minho mengeluh perlahan, dia melonggarkan tali lehernya lalu melirik ke arah jam di dinding. Sudah lewat petang dan dia masih di pejabat. Perlahan dia mengeluh dan cuba melelapkan matanya.
Dalam beberapa minit selepas itu, dia mendengarkan pintu biliknya di ketuk membuatkan dia tersedar. Yang masuk ternyata Jisung. Lelaki itu membawa minuman panas lalu diletakkan di atas meja.
"Air kopi untuk Tuan."
"Kenapa tak balik lagi?" Jisung tertawa kecil, "lepas jumpa dengan buah hati terus lupa posisi saya."
Minho berkerut tidak faham. Lawak apa Jisung berikan sekarang? Otak dia tak dapat berfikir jelas kerana masih penat.
"Selain pekerja di sini, saya juga isteri tuan," sekarang Minho faham maksud Jisung. Dia dan Jisung ke pejabat sekali jadi disebabkan itu Jisung tak balik juga kerana dia pun tak balik.
"Maaf..." Jisung hanya memberikan senyuman kecil lalu menggelengkan kepala dengan perlahan. Dia ingin keluar tetapi Minho menyuruhnya untuk menunggu di sini untuk seketika. Jisung akur dan hanya duduk sahaja.
Jisung sesekali akan melihat Minho mengeluh, "tadi hyung cakap apa dengan Qiyya? Hyung akan kahwin dengan dia la-"
"Jisung stop cakap pasal Qiyya." Jisung memandang Minho pelik, "kenapa?"
Minho bangun lalu berjalan mendekat ke arah Jisung. Dia mendudukan diri di meja berhadapan Jisung dan memberikan senyuman garis kepada Jisung.
"Sebab sekarang cuma ada kita je. Stop cakap pasal Qiyya, cakap pasal Chan just stop. Let's talk about us." Jisung terdiam, mata mereka saling menatap satu sama lain.
"Tentang kita?" Minho menganggukan kepala dengan perlahan, perlahan dia mengusap kepala Jisung dengan perlahan.
"Kita pergi bercuti jom."
"Bercuti? Ke mana?" Minho menggelengkan kepala, dia juga tidak tahu nak bercuti di mana tetapi dia sudah merancangkan sebuah percutian yang indah.
Hanya ada dia dan Jisung. Tanpa gangguan Qiyya dan Chan yang akan selalu merosakkan moment mereka.
📌📌📌📌📌
