=19=

43 5 0
                                    

Kereta berhenti tepat di depan pejabat. Dia melihat ke arah Jisung yang bersiap untuk pergi. Minho menahan tanganya perlahan.

"Kenapa?"

"Aku..." Jisung masih menunggu apa yang cuba Minho cakapkan. Sedangkan Minho-

"Macamlah eomma tak nampak."

"Apa?"

"Kamu sebenarnya cemburu tengok Jisung dengan Chan."

"Eomma ni cakap pasal apa? Min tak faham."

"Lee Minho, eomma hidup dengan kamu daripada kamu benih lagi. Mulut kamu boleh cakap beribu penolakkan, tapi mata dan tubuh kamu tak boleh nak kata tidak. Kamu cemburu?"

"Eomma."

"Cinta tu tak pernah salah. Meskipun kamu kahwin dengan dia sebab perjodohan eomma dan appa, tapi kalau kamu dah mula rasakan cinta itu bermaksud kamu memang dengan dia."

"Suami mana yang tak cemburu tengok pasangan dia dengan lelaki lain?"

Jisung masih menunggu Minho namun Minho menggeleng sambil melepaskan tangan Jisung.

"Takde apa. Cuma nak cakap nanti balik kau tunggu aku dekat bilik."

"Hyung ada meeting luar?" Minho menganggukan kepalanya. Setelah itu Jisung berjalan keluar daripada sana.

Selepas Jisung sudah masuk ke dalam bangunan itu perlahan Minho mengeluh. Dia masih tertanya diri sendiri.

Perlahan dia melihat cincin kahwin yang disarung dijarinya. Entah kenapa semua keadaan yang pernah jadi lepas berputar dalam kepalanya. Minho memicit kepalanya perlahan.

"Apa yang kau ragukan sebenarnya Minho?" Tanyanya pada diri sendiri. Dia juga tidak tahu kenapa dia mempersoalkan kehadiran Jisung dalam hidupnya.

Minho terus menyedarkan diri dan mula memandu menjauh.

📌📌📌📌📌

"Kau nampak serabut." Minho tersedar daripada lamunan saat seseorang menegurnya. Dia memusingkan badanya memandang ke arah sumber suara.

"Masalah kecil je." 

"Kecil? Kecil macam mana?" Minho hanya tersenyum kecil saja. Dia memicitkan kepalanya dengan perlahan.

"Macam mana dengan perkahwinan?" Minho mengangkat bahunya tanda dia tidak tahu nak katakan bagaimana. Dia mungkin dalam masalah itu.

"Aku rasa aku tahu kenapa kau nampak celaru ni."

"Hah?"

"Kau sekarang confuse dengan perasaan kau kan?" Minho memandang Jungwoo dengan pandangan yang pelik. Dia tidak faham dengan soalan Jungwoo.

Minho menggelengkan kepalanya dengan perlahan. Dia menghirup teh hangatnya dengan perlahan. Jungwoo membuang nafas dalam sambil menggeleng. Minho selalu menafikan semuanya.

"Kau jangan menafikan semuanya kalau kau tahu apa yang ada dalam hati."

"Aku tak tahu apa yang kau cuba cakapkan?" Minho masih cuba mengelak. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan.

"Suka hati kau lah Lee Minho. Kau selalu macam tu." Minho hanya diam memandang Jungwoo yang masih sibuk bertanya tentang itu.

"Pasal Qiyya. Macam mana?"

"Maksud kau macam mana?"

"Dia dah balik, kau akan ceraikan Jisung?" Minho memandang ke arah Jungwoo dengan keterdiaman kerana tidak ada jawapan untuk itu.

Minho tidak terfikir sehingga untuk bercerai. Dia kembali menghirup teh dengan wajah yang keliru. Kerana itu membuat Jungwoo tertawa seperti mengejek.

"Kau ni sebenarnya dah cintakan Jisung kan?"

"Jung..."

"Cop cop cop! Kalau kau tak cintakan dia, kau tak siap untuk meninggalkan Jisung. Atau tak sanggup untuk hadap saat Jisung tinggalkan kau?"

"Aku-"

"Sudahlah Ho, jangan nak nafikan depan aku. Aku kenal kau lebih lama daripada kawan kau yang lain."

📌📌📌📌📌

"Kenapa hyung pandang macam tu?"

"Kalau hyung cepat sikit, mesti Jisung akan kahwin dengan hyung." Jisung berhenti daripada menulis lalu memandang Chan yang ada di sebelahnya. Beomgyu tidak ada.

"Hyung...kita dah cakap tentang ni."

"Tapi hyung masih belum boleh terima." Jisung menghela nafas dalam lalu memandang Chan semula.

"Kita memang tak boleh bersatu. Hyung lupa keluarga hyung tak terima Jisung?" Jisung cuba menyedarkan Chan yang masih berkeras dengan cinta lama mereka.

Jisung tidak tipu jika dia masih ada rasa pada Chan, namun di waktu ini hanya Minho yang berjaya mengawal semua perasaanya. Meskipun dia tidak tahu apa pengakhiran perjuangan dia nanti.

Perlahan Chan memegang tangan Jisung. Mengelus kecil lalu mengeluh kecil.

"Minho baik dengan Jisung?"

"Baik. Dia baik layan Jisung."

"Jisung bahagia?" Jisung tidak menjawab. Bahagia? Mungkin hanya dia sendiri yang bahagia. Jika untuk Minho dia tidak tahu.

"Hyung masih ada peluang?"

"Hyung..."

"Hyung cuma..." Chan tidak menghabiskan katanya saat melihat Minho yang sedang berjalan masuk. Perlahan dia melepaskan tangan Jisung lalu menghela nafas dalam.

"Hyung cuma nak Jisung bahagia. Kalau Minho tak boleh bahagiakan Jisung, hyung masih boleh jadi abang untuk Jisung mengadu." Dan setelah itu dia berjalan pergi.

Masuk ke dalam bilik Minho untuk bertemu Minho. Memang awal niatnya untuk bertemu Minho, namun dia perlu mengatakan sesuatu kepada Jisung.

Saat masuk ke dalam bilik Minho, lelaki itu sudah sibuk dengan kerja.

"Sibuk?"

"Um, kenapa?"

"Aku cuma nak undang ke ke dinner. Nanti jangan lupa bawa Jisung sekali." Minho menghentak pen yang dia pegang lalu memandang ke arah Chan.

"Aku tahu. Dia isteri aku dan aku takkan lupa. Aku takut kau yang lupa tentang hubungan aku dan dia. Suami dan isteri."

📌📌📌📌📌

Extraordinary Love || MinsungWhere stories live. Discover now