=2=

59 6 0
                                    

Jisung meletakkan pinggan berisi mee goreng di atas meja. Secawan kopi juga sudah tersedia di atas meja. Dia mencapai begnya dan berjalan keluar daripada sana.

Jisung menunggu bas pertamanya untuk ke ruangan pejabat. Keadaan masih pagi namun Jisung sudah menunggu berseorangan di perhentian bas.

Selepas menempuh perjalanan 20 minit, akhirnya dia sampai di sana. Dia terus ke mejanya. Di sana sudah ada kawan rapat sekerjanya.

"Wah wah wah awal kau datang."

"Aku memang selalu datang awal Beomgyu, kau je yang datang awal tapi keluar lagi."

"Itu sebab aku lapar. Ni kau dah makan? Suami aku buatkan sandwich untuk aku makan." Beomgyu menunjukkan bekal kepada Jisung.

"Aku amik satu eh." Jisung mengambil satu daripada 4 roti itu. Mereka menikmati sandwich itu dengan sesekali bercerita.

"Kau tak nak kahwin?" Jisung berhenti mengunyah. Dia memandang ke arah Beomgyu dengan pandangan yang sedikit terkejut.

"Kenapa?"

"Takdelah, kahwin ni best. Kau dicinta dan disayangi tanpa kau pinta. Tapi kalau kau dengan dia tengah gaduh memang susah sikitlah." Katanya dengan senyuman dia.

Jisung memberikan senyuman tipis.

Itu sebab kau berkahwin dengan orang yang kau cinta. Aku?

"Aku cakap kau termenung pula."

"Aku tak rasa nak kahwin lagi. Ehh aku nak ke pantry, kau nak kopi tak?"

"Boleh lah satu. Nak manis." Jisung menganggukan kepala. Dia berjalan ke pantry untuk membuat kopi.

Seketika dia termenung. Memikirkan apa yang dikatakan Beomgyu. Dia juga ingin merasakan hal itu, namun dia tidak akan merasakan hal itu.

📌📌📌📌📌

"Kalau macam tu proceed je." Katanya sambil menyerahkan semula file itu. Dia memandang staff yang berbeza.

"Sesiapa ada benda lagi?"

"Tuan, kalau kita percepatkan keluaran perfume terbaru tu?" Tanya salah seorang staff di sana. Dia menganggukan kepalanya bersetuju dengan itu.

"Kalau macam tu nanti bagi tarikh dan masa untuk kita buat majlis." Katanya. Setelah meeting selesai, mereka berkemas untuk keluar daripada bilik meeting itu. Namun-

"Hey tangan kau boleh tak duduk diam?!" Semua mata memandang Beomgyu. Beomgyu memang tidak pernah takut bersuara dan satu pejabat tahu.

"Apa kau ni kecik?!"

"Ehh Koo Gyorang! Tangan kau tu memang tak boleh duduk diam daripada nak sentuh-sentuh tangan Jisung ke? Jisung tu diam bukan dia suka! Aku lah kan!" 

Mereka memandang Jisung lalu memandang Gyorang dengan pandangan yang menjengkelkan. Jisung menarik Beomgyu untuk keluar bersama.

"Aku perhatikan kau eh si tua!" Beomgyu sudah ditarik Jisung menjauh. Gyorang juga berjalan jauh daripada sana.

Namun apa yang mereka tidak sedar Minho juga memerhatikan mereka semua dengan pandangan tajam. Setelah itu dia berjalan untuk pergi masuk ke dalam biliknya.

"Kau ni Gyu! Kan ada Tuan Minho!"

"Eh biarlah! Kau pun! Kenapa diam je? Kau tu bukan suka pun orang sentuh kau macam tu! Harm sexsual kau tahu tak!"

"Kita cakap baik ke cakap kasar ke sama je orang macam tu. Diarang bukan kisah pun kita ni melawan ke tidak." Keluh Jisung. Beomgyu menggeleng tidak terima.

"Sekali lagi aku nampak dia apa-apakan kau, aku tendang kepala dia, putarkan tangan dia dan masukkan dia dalam lokap!" Marah Beomgyu. Jisung? Hanya mampu melayankan saja.

Mereka kembali ke meja untuk melakukan kerja masing-masing.

📌📌📌📌📌

Minho sedang membuat kerja di meja kerjanya. Dia tiba-tiba terfikir kejadian di pejabat tadi. Kenapa dia tidak pernah tahu kejadian itu berlaku?

"Dah berapa lama benda ni jadi?" Gumamnya dengan perlahan. Dia mencapai handphone nya dan membuat pesanan ringkas pada seseorang. 

Minho ingin kembali membuat kerja, namun berhenti saat mendengarkan pintu biliknya diketuk. Dia bangun dan pergi membuka pintu yang dikunci.

"Apa" Jisung ada di depan bilik memandangnya.

"Boleh tak nak pinjam tuala?" Minho mengguling matanya malas. Dia masuk ke dalam membuka almari bajunya dan mengambil tuala yang baru. Jisung sudah menghulur namun-

Bugh!

Dia melemparkan tuala itu di muka Jisung. Perlahan Jisung menurunkan tuala itu.

"Ada apa-apa lagi?"

"Takde. Terima kasih." Katanya dan Minho menutup pintu dengan kuat membuatkan dia terkejut.

"Iesh dia ni! Tak boleh ke bagi elok-elok? Tahulah tak suka aku, janganlah sampai buat aku macam ni." Marahnya dan kembali ke biliknya. Dia terus masuk ke dalam tandas dan membersihkan diri.

Selepas dia balik kerja, dia menyiapkan makan malam untuk Minho dan terus mengemas biliknya. Pukul 9 malam baru dia dapat mandi menyegarkan diri sendiri.

Setelah selesai mandi, Jisung bersiap dengan pakaian tidur. Baru saja dia ingin baring tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Jisung berjalan membuka pintu dan Minho di depan biliknya.

"Aku nak pinjam beg laptop kau."

"Untuk?"

"Masukkan tayar pancit." Jisung tersentak. Dia masuk ke dalam untuk mengambil beg laptopnya. Dia mendapatkan idea untuk membalas rasa sakit hatinya itu.

Bugh!

Dia memberikan beg itu di dada Minho dengan sedikit kuat.

"Sama-sama." Jisung terus menutup pintu. Sama seperti Minho lakukan kepadanya.

Minho sudah menahan sabar dan Jisung bergelak gembira di dalam sana.

📌📌📌📌📌

Extraordinary Love || MinsungWhere stories live. Discover now