Jisung meletakkan handphone nya di sisi pinggan dan menghidupkan loud speaker. Mula menikmati makanan yang disiapkan Felix sebelum dia keluar untuk ke kolej.
"Kau dah okay kan?" Beomgyu memberi pertanyaan kepada Jisung.
"Okay dah. Lagipun aku terseliuh sikit je."
"Kau tak nak cerita dengan aku ke?"
"Takde apalah. Kan aku dah cakap aku ternampak lipas." Kata Jisung. Tentu saja dia tak nak keruhkan keadaan antara Beomgyu dan Gyorang sebagai manager mereka.
"Aku nak tanya ni."
"Apa?"
"Kau dah kahwin ke?"
PUHK!
Tersembur nasi goreng daripada mulut Jisung. Kenapa Beomgyu mempersoalkan hal itu?
"Kenapa?"
"Takdelah. Si tua tu cakap kau ada cakap dekat dia yang kau dah kahwin. Kee kau sengaja cakap macam tu. Kalau sengaja baguslah! Takdelah si tua tu nak ganggu kau."
Jisung hanya diam tidak bersuara. Dia juga tidak tahu mahu menjelaskan bagaimana. Itu bukan salah satu cara untuk melindungi diri. Dia memang sudah berkahwin. Dengan boss mereka.
Akhirnya Beomgyu menamatkan panggilan kerana dia perlu membuat kerja. Jisung memahami keadaan itu. Perlahan dia bangun dan mengemas semua pinggan yang sudah dia gunakan. Meskipun agak sakit dia tetap gagahkan diri.
Jisung mendudukan dirinya di atas sofa. Cuba berfikir cara untuk hilangkan bosanya. Lama dia berfikir dan akhirnya dia sudah mendapatkan idea yang bernas!
Dia menghidupkan TV dan mula mencari sambungan anime yang tergantung. Mungkin inilah masanya untuk dia hilangkan semua stress dan bosan. Melayani anime sehingga tertidur.
📌📌📌📌📌
Perlahan pintu di buka. Minho masuk ke dalam dan melihat keadaan rumah yang gelap. Saat jam di tangan dilihat, baru saja masuk pukul 5.30 petang.
"Han?" Dia cuba mencari Jisung. Namun tidak ada sahutan. Felix tidak balik malam ini kerana dia ada reunion dengan kawan yang lain.
TIK!
Lampu dibuka. Minho melihat Jisung tertidur di sofa dengan bantal yang dipeluk dan TV terbuka. Gelenggan dia terima.
"Kau ni memang suka tidur dekat sofa ke?" Soalnya sendiri. Dia membiarkan Jisung di sofa dan dia sendiri naik ke atas untuk membersihkan diri. Setelah dia merasa segar di badan Minho kembali ke bawah.
Jisung masih nyenyak tidur tidak sedar. Mungkin lelaki itu memang sejenis tidur mati, jadi dia tidak perlu risau apa-apa sangat.
Minho menuju ke dapur dan mula masak makan malam. Tenang saja dia di dapur sehinggalah selesai masak.
"Jisung." Minho mengejut Jisung dengan perlahan. Lelaki itu nampak terganggu dengan usikkan Minho.
"Ck!"
"Bangun makan." Namun Jisung masih mahu melenakan diri. Tiada jalan lain, Minho terus mengepit hidung Jisung dengan kuat sehingga lelaki itu sesak nafas.
"Tuan!" Minho hanya menggeleng kecil melihat Jisung mengatur nafasnya.
"Dah jom makan!" Dengan malas Jisung bangun. Jalan terhincut menuju ke meja makan. Melihat Minho sudah menyiapkan makan malam.
"Sorry sebab tertidur."
"Kau bukan maid aku nak kena masak untuk aku hari-hari. Kaki kau tu dah okay ke belum?"
"Tak tahulah. Macam dah."
"Esok aku suruh Seonghwa check."
"Ehh tak payahlah Tuan! Lagipun dah boleh jalan." Minho memandang Jisung macam tak yakin? Tadi pun sempat mengeluh sakit. Mengada!
Mereka menikmati makanan dengan tenang. Sehinggalah mereka berdua selesai makan dengan tenang. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan.
"Biar Ji-"
"Kau dengan cacat macam tu! Tak payah, biar aku yang buat."
"Tapi-"
"Duduk! Diam." Jisung menurut dengan arahan tegas Minho. Namun dia mencebik tidak suka juga. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan.
📌📌📌📌📌
Selepas 4 hari dia cuti Jisung akhirnya kembali bekerja. Dia mendudukan dirinya dengan perlahan. Dia melihat Beomgyu yang baru saja habis mencari file dengan wajah yang berkerut. Tapi lepas nampak muka dia-
"Jisung! Kau bila sampai?!" Beomgyu laju memeluknya dengan erat menghilangkan rasa rindu. Jisung hanya tergelak saja. Mereka meleraikan pelukkan.
"Selamat bekerja kembali Han Jisung." Jisung meremang mendengarkan suara Gyorang. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan dan memberikan senyuman kecil.
Gyorang pergi daripada sana dengan perlahan. Jisung membuang nafas dalam dan kembali memandang Beomgyu dengan ceria.
"Kau tahu tak sepanjang kau cuti Tuan Minho asik nak marah je pekerja dia. Dengan aku sekali kena!" Beomgyu memberikan keluhan kepada Jisung sepanjang Jisung bercuti.
Jisung merasakan pelik. Minho di rumah kenapa nampak okay saja. Minho memang seorang yang profesional. Pandai mengawal emosi saat di tempat kerja dan rumah.
"Eh! Muka kau kenapa blushing? Gila?" Beomgyu menegurnya membuatkan dia terkejut. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan.
Sedang mereka berbual tiba-tiba Minho datang ke meja mereka.
"Han masuk dalam bilik saya." Jisung menganggukan kepalanya dengan perlahan. Dia berjalan bersama dengan Minho masuk ke dalam bilik.
"Kenapa Tuan?"
"Eomma nak datang malam ni. Nak masak ke nak beli je?" Tanya Minho membuatkan Jisung berkerut.
"Malam ni juga?" Minho menganggukan kepala. Dia menarik Jisung untuk duduk namun-
"Arkh!"
Minho terjatuh atas Jisung di atas sofa kerana tersalah kaki. Dan-
"Tuan sa- Yak! Han Jisung! Tuan Minho!" Beomgyu terkejut dengan tindakkan itu.
📌📌📌📌📌