"Gyu..." Beomgyu masih menatap tajam Minho. Jisung sendiri masih cuba menenangkan Beomgyu dengan perlahan. Namun Minho masih diam ditatap Beomgyu.
"Tuan kata Tuan akan jaga dia? Saya percayakan Tuan!"
"Saya jaga dia."
"Tap-"
"Apa salah saya? Dia tu isteri saya?" Besar mata Beomgyu lepas mendengarkan itu. Dia memandang ke arah Jisung dengan pandangan yang mengejut.
Perlahan Jisung menganggukan kepalanya dengan perlahan. Mengiyakan itu apa yang dikatakan Minho. Beomgyu bangun dengan rasa kecewa.
"Kau tak bagitahu aku pun Ji!"
"Saya yang tak suruh dia bagitahu. Bukan salah dia. Macam nilah Gyu, kalau nak tahu macam mana datang rumah kami." Katanya dengan tenang. Beomgyu nampak tenang dan akhirnya dia menganggukan kepalanya dengan perlahan.
Selepas Beomgyu keluar, dia memandang Minho yang nampak sedang mengurut tengkuknya dengan perlahan.
"Maaf."
"Untuk?" Tanya Minho memandang Jisung yang masih menunduk. Minho hanya menggelengkan kepalanya saja. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan.
Minho keluar daripada sana membuatkan Jisung mengeluh perlahan. Macam mana tanggapan Beomgyu? Dia kecewa denganya ke?
Jisung keluar daripada pejabat itu dan melihat ke meja Beomgyu. Tiada lelaki itu di sana. Ke mana lelaki itu pergi?
"Beomgyu mana?"
"Dia dah lunch. Suami dia amik tadi." Jisung hanya menganggukan kepala. Mungkin Beomgyu perlukan masa untuk dia bertenang. Jisung membuang nafas dalam.
Mendudukan dirinya, melihat Minho pergi daripada sana.
Jisung menghela nafas dalam. Adakah pemberitahuanya nanti akan jadi seburuk ini? Pihak mana yang akan terluka? Bukan ke dia yang perlu dikasihani? Dia mangsa.
Jisung tak nak perkara ini berlaku, cuma dia hanya mendiamkan diri saja.
📌📌📌📌📌
Jisung membuang nafas dalam. Dia membutangkan kemejanya sambil bergumam bernyanyikan lagu. Tidak lama itu MInho masuk ke dalam bilik dengan keadaan yang terkejut.
Jisung tentu saja terkejut, kerana dia belum memakai seluar?
"Itu...er...baju tidur kau ke?" Jisung melihat penampilanya.
"Eh tak!" Dia mencapai seluarnya dan memakai dengan laju. Minho menganggukan kepala sambil menggaru kepalanya. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan.
Minho melemparkan dirinya di atas katil. Keluhan dilepaskan dengan perlahan.
"Beomgyu takkan buka mulut dekat orang lain kan?"
"Huh?"
"Pasal kita."
"Tak. Beomgyu bukan mulut tempayan." Minho melirik ke arah Jisung dengan pandangan yang tidak percaya. Macam mana dia boleh percaya dengan lelaki itu?
"Percayalah Tuan, dia takkan buka mulut."
"Okay aku percayakan kau." Katanya dengan perlahan. Lama diam dan akhirnya Minho tertidur. Jisung menghampiri Minho dengan perlahan
"Tuan, mandilah dulu." Namun Minho tidak layan sama sekali. Jisung pun tak dapat lakukan apapun. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan.
Jisung mendudukan diri di tepi katil dan tidak sengaja melihat cincin di jarinya. Keluhan dia lepaskan dengan kasar.
Jisung tidak tahu kenapa dia masih ada di sini, kenapa dia tidak dapat melarikan diri? Kenapa dia menerima dan merosakkan diri sendiri?
"Aku dah terlambat untuk larikan diri bukan?" Perlahan Jisung membaringkan diri di sebelah Minho seperti biasa. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan.
Matanya perlahan terlelap. Dia juga menidurkan dirinya dengan perlahan. Tidak lama itu mata Minho terbuka dengan perlahan. Melirik ke arah Jisung yang ada di sana.
"Siapa yang paksa kau masuk dalam dunia ni? Aku tahu ini bukan kebetulan eomma pilih kau untuk kahwin dengan aku." Minho pula mengutarakan rasa ingin tahunya.
Jisung itu seperti orang yang misteri masuk ke dalam dunianya. Minho tidak pernah melihat Jisung lebih daripada staff nya kini menjadi isterinya. Adakah itu berbaloi?
Sepertinya dia tidak dapat mencuba mencintai Jisung sama sekali. Mungkin.
📌📌📌📌📌
"Lepasni masukkan dalam file management. Saya nak semuanya tersimpan dengan rapi."
"Baik Tuan."
"Beomgyu." Beomgyu menoleh melihat MInho. Dia memberikan wajah tertanya.
"Kenapa?"
"Jangan salahkan Jisung. Dia tak bersalah. Saya yang suruh rahsiakan semua tu." Minho menjelaskan keadaanya. Beomgyu hanya memberikan senyuman tipis.
Dia berjalan keluar daripada sana. Bersandar dengan perlahan.
"Diorang mesti ada alasan yang kukuh untuk sembunyikan perkahwinan diorang. Tak semua kan kita kena bagitahu kehidupan kita."
"Tapi-"
"Gyu,jangan meletakkan kita yang terpenting dalam hidup orang lain. Biarlah diorang tentukan siapa yang penting dalam hidup dia."
Beomgyu teringat kata-kata suaminya tentang itu. Perlahan dia kembali ke mejanya. Melihat Jisung sedang membuat kerjanya.
"Kita lunch sama-sama nak?" Jisung tentu saja terkejut dengan ajakkan Beomgyu. Dia tersenyum sambil mengangguk laju.
Mereka berdua mmula ke cafe bersama. Memesan makanan dan menikmati makanan mereka.
"Aku minta maaf Gyu, aku-"
"Aku yang patut minta maaf,mesti kau ada sebab kenapa kau sembunyikan perkahwinan kau dengan Tuan Minho. Maaf sebab aku ikut emosi." Jisung hanya memberikan senyuman sambil menganggukan kepalanya.
Mereka mula menikmati makanan mereka.
"Macam mana kau boleh dengan dia? Korang bercinta ke?"
"Ceritanya dia panjang."
"Aku sanggup dengar."
📌📌📌📌📌