=5=

56 3 0
                                    

"Kenapa? Dekat rumah eomma dah takde bilik untuk kau menetap?"

"Iesh hyung! Bukan takde bilik, takde ruang peribadi. Lagipun Lix kena buat laporan kan. Please."

"Aku tak kisah kau nak buat laporan pasal syarikat aku, yang kau nak stay dekat rumah aku kenapa?" Minho masih tidak faham dengan jalan fikir adiknya itu. 

"Sebab ada hyung."

"Habis Jisung nak tidur mana?" Felix berkerut dahi memandang Minho.

"Hyung tidur pisah ke?" Minho berdehem kecil. Dia memandang ke arah Jisung yang hanya sibuk dengan mochi yang dibawa Felix.

"Boleh ehh hyung?"

"Kau nak tidur mana?"

"Macam ni lah. Jisung tidur bilik hyung sebab itu memang sepatutnya dan Felix tidur bilik Jisung. Takpe semua barang Felix kemas sendiri."

Jisung sudah membulat matanya memandang Felix lalu memandang Minho.

"Eh tak-"

"Okay. Tapi kau kemas sendiri."

"Okay!" Jisung terdiam. Kenapa dua beradik Lee ni tak pernah dengar orang lain cakap? Jisung mengejar Minho yang sudah naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya.

"Kenapa Tuan buat keputusan sendiri?"

"Apa pula sendiri, kau ada kan. Atas persetujuan kau juga." Kata Minho dan masuk ke dalam biliknya. Namun kalini tidak seperti sebelum ini. Pintu tidak di tutup menandakan Jisung benar-benar akan tidur dengan Minho malam itu dan seterusnya.

Jisung turun ke bawah kembali. Felix sudah hilang daripada pandangan. Mungkin sudah mengeluarkan dan mengemas semua baranganya di atas.

Jisung sudah tidak boleh buat apa jika itu terjadi.

📌📌📌📌📌

"Yang kau tercegat macam tiang lampu kenapa?" Jisung tersentak dengan suara Minho daripada belakang. Minho baru saja selesai mandi, rambutnya masih basah dan bau sabun sangat kuat masuk ke hidung.

"J-Jisung tidur mana?"

"Kau nak tidur mana?" Tanya Minho. Jisung melihat sekeliling lalu menunjuk sofa yang ada di dalam bilik itu. Minho menggeleng kecil.

"Tidurlah atas katil tu."

"Tapi-"

"Kau takut aku sentuh kau?"

"Jisung ni lagi takut Tuan daripada hantu." Minho mencebik tidak suka.

"Aku bukan selera dengan kau pun." Minho terus berjalan keluar daripada bilik. Jisung hanya menggeleng kecil.

"Padahal dia sendiri cakap dia tak nak kongsi. Dia tu handsome tapi otak mereng." Kutuk Jisung dengan perlahan. Dia menaiki katil dan terus menyelesakan diri. Sumpah dia merasakan sangat penat.

Minho melihat Felix yang baru selesai membasuh cawan. Dia mendudukan diri di sana sambil memicit tengkuknya.

"Hyung ada nak apa-apa?" Minho menggeleng perlahan.

"Kenapa hyung? Fikirkan perempuan tu?"

"Dia tu orang yang istimewa dalam hidup aku."

"Sekarang hyung kena anggap dia dah takde dan hyung kena jaga hati Jisung. Hyung suka atau tidak, dia sekarang dah jadi sebahagian hidup hyung. Mana-mana hyung pergi mesti ada dia. Jadi please jangan sia-siakan."

Minho hanya membuang nafas dalam. Felix meletakkan secawan kopi di depan Minho.

"Jangan sampai yang ada depan mata hilang yang hilang depan mata datang tapi menyakitkan. Jisung orang yang baik." Kata Felix lalu berjalan pergi daripada sana.

Minho menghirup perlahan kopi yang ada. Cuba tenangkan sesuatu yang dia sendiri tidak tahu. Selepas 30 minit dia di bawah, dia menuju ke biliknya sendiri.

Dia sudah melihat Jisung tertidur sendirian di katil tepi dinding. Mungkin apa yang Felix katakan benar. Dia perlu ubahkan semuanya mulai sekarang. Tapi apa yang dia katakan di hari pertama perkahwinan adalah benar.

Kalau percubaan dia gagal, dia akan lepaskan Jisung. Takde sebab dia dan Jisung bersama kalau rasa cinta tak pernah wujud.

📌📌📌📌📌

"Orang tua ni kalau aku pejak tengkuk dia!" Beomgyu membaling bunga itu ke dalam tong sampah.

"Dia dah ada bini kan? Kenapa dia masih nak kacau kau?" Jisung hanya menggelengkan kepalanya saja.

"Lepas ni kalau dia bagi bunga ke barang apa-apa ke terus buang. Jangan kesihan sangat! Faham!" Jisung menganggukan kepala memahami apa yang dimarahkan Beomgyu.

"Beomgyu." Beomgyu terkejut saat nama dia dipanggil. Dia melihat ke belakang ternyata itu Minho.

"Kenapa Tuan?"

"Datang ke bilik saya, bawakkan sekali file marketing tahun 23 dengan 22. Saya nak semak."

"Baik Tuan." Beomgyu lantas mengambil file yang di minta dan berjalan masuk ke bilik besar Minho. Dia sempat memberikan pandangan kepada Jisung.

Saat Beomgyu masuk, dia melihat Minho yang ada di sana sedang menunggunya.

"Tuan."

"Duduk."

"Tuan ni fi-"

"Dah berapa lama kawan dengan Jisung?" Beomgyu terdiam. Dia baru je nak jelaskan kepada sang boss tapi lain pula soalan yang diberikan. Dia memandang ke arah Minho.

"Maksud Tuan?"

"Saya nak tahu, awak dengan Jisung dah berapa lama berkawan, berkenal." Beomgyu sedikit sensetif mendengarkan seseorang yang ingin tahu tentang Jisung.

Bukan kerana cemburu, tapi kerana dia ingin berhati-hati. Sudah ramai yang cuba melakukan hal buruk kepada Jisung dan salah satunya manager mereka.

"Kenapa?" 

"Sebagai majikan saya perlu tahu."

"Saya tak kisah Tuan majikan atau siapa, kalau berkaitan dengan Jisung saya tak suka kalau Tuan saja-saja nak tahu."

"Saya tengah berfikir untuk bagi tindakkan kepada Gyorang." Beomgyu membuang nafas dalam dengan perlahan.

"Saya percayakan Tuan. Tolong bagi lindungan pada dia." Minho menganggukan kepala bersetuju.

📌📌📌📌📌

Extraordinary Love || MinsungWhere stories live. Discover now