"ADIK, dengar sini abang nak cakap." Dareeq berpusing menghadap Davira. Kedua-dua tangan Davira dipegang dengan penuh kasih sayang.
Davira turut memandang Dareeq. Mata hitam pekat miliknya menikam mata Dareeq dan menunggu sesuatu yang keluar dari mulut abangnya.
"Adik penat?" tanya Dareeq lembut.
"Hah?" Bingung Davira. Soalan apakah ini?
"Adik penat?" tanya Dareeq lagi.
Davira hanya menggeleng. Dia tak penat. Dia baru lepas recharge tenaga dan sekarang tengah siap sedia fizikal dan mental untuk melangkah masuk ke dalam kolej.i
"Betul?"
Davira mengangguk berkali-kali. "Abang kenapa?" Hairan.
"Abang tahu sebenarnya adik penat kan? Penat nak hadap manusia yang selalu fikir buruk fasal adik kan? Adik penat nak hadap test dan exam kan?"
Davira terkedu. Dia tak pernah cerita kepada Dareeq yang dia punya masalah dengan housemate. Jauh sekali dia nak cerita kepada mama dan papa. Dia tak nak mereka semua risaukan dirinya.
"A-apa maksud abang?" Tergagap pula dua saat.
Dareeq senyum menampakkan lesung pipit. "Abang sengaja bawa adik pergi cameron. Sebab abang tahu, adik penat dengan dunia sekeliling. Abang tahu adik ada masalah dengan housemate. Jangan tanya macam mana abang tahu."
Dareeq menarik nafas dan menghembus. "Dengar apa abang nak cakap, it's never easy to navigate those kinds of situations. But I want you to know that you're not alone."
Mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Dareeq membuatkan Davira rasa seperti ingin menangis. Dia cuba tahan air mata jatuh. Bibirnya diketap.
"Sometimes, the best thing we can do is to create healthy boundaries and prioritize our own well-being. Remember, you deserve to be surrounded by positivity and support," sambung Dareeq lagi.
Sakit hati melihat adiknya diguna-gunakan oleh rakan-rakan. Dia tahu semuanya. Macam mana dia tahu? Dareeq mempunyai banyak mata-mata di kampus itu. Dia melakukan semua ini kerana Davira merupakan satu-satunya adik yang dia ada.
Dia tahu macam mana Davira dilayan oleh roommate. Dia tahu orang suka pandang rendah terhadap Davira kerana markah test tidak setanding dengan apa yang dia selalu buat.
Davira hanya diam. Kalau tadi matanya melihat mata Dareeq. Sekarang dia hanya tunduk kebawah seperti orang bersalah.
"Adik," panggil Dareeq.
"Hmm..."
"Pandang abang." Arah Dareeq.
Davira mengendah arahan Dareeq. Tak sanggup dia bertentang mata dengan abangnya. Bila-bila masa saja kolam air matanya pecah.
"Davira Medina." Kalini Dareeq panggil dengan tegas tapi masih lagi dalam nada yang lembut.
Davira mengangkat kepalanya perlahan-lahan.
"Satu lagi abang nak cakap. Abaikan mulut orang. Adik tahu macam mana diri adik struggle untuk setiap kali test dan exam. Biar orang lain cakap Davira ini Davira itu. Tapi adik sendiri tahu kemampuan adik setakat mana. Jangan paksa diri sampai boleh menyeksa diri."
Akhirnya tubir air mata Davira yang ditahan tadi, jatuh jua.
"Ingat! Benda yang paling utama, solat jangan tinggal. Allah tak menjanjikan kejayaan itu mudah. Tapi, Allah menjanjikan siapa yang berusaha pasti akan berjaya. Cuma cepat atau lambat. Kalau sekarang adik masih tak berjaya, percayalah mungkin di lain hari."
YOU ARE READING
Amor Mio (OG)
Romance2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Light conflict ⚠️Storyline agak membosankan