🏀🧪 BAB 27

1.7K 109 0
                                    

PETANG itu, Ryaz bersiap-siap untuk menuju ke lapangan terbang. Dia mengenakan t-shirt putih yang longgar, jeans biru pudar dan sepasang sneakers. Rambutnya yang sedikit berantakan dibiarkan jatuh bebas di dahi.

Sepatutmya Nadra dan Riyadh akan menemaninya, tapi dia memilih untuk menghalang kedua ibu-bapanya dari datang. Dia yakin nanti Tasha akan cuba memujuk ibunya untuk pergi juga.

Dia tak nak sesuatu yang akan berlaku, memandangkan ramai pihak media yang akan berada di lapangan terbang nanti. Tasha mungkin akan buat sesuatu yang akan menarik perhatian pihak media tentang hubungannya dan juga dia.

Setelah turun dari bilik, Ryaz mengampiri ibu dan ayah memberi salam dengan penuh kasih.

"Pergi sana hati-hati. Jaga diri. Banggakan nama negara," ujar Nadra penuh harapan.

"Ingat anak ibu, setiap lamgkah yang Ryaz ambil bukan hanya untuk diri sendiri. Tapi untuk semua yang menyokong Ryaz. Jangan lupa dengar kata hati dan sentiasa percaya pada diri. Apa pun yang terjadi, kami sentiasa di sini menyokong Ryaz dari jauh." Kepala Ryaz diusap lembut.

Ryaz mengangguk tanda faham lalu mencium kedua-dua pipi ibunya dengan penuh kasih.

"Kalah tak apa, yang penting kita kalah dengan bermaruah. Jaga diri baik-baik dan kalau ada apa-apa telefon ayah." Riyadh pula bersuara.

Ryaz tersenyum mendengar nasihat ibu dan ayahnya.

Walaupun ada rasa sedih menghimpit hati kerana ibu dan ayah tak dapat hantar. Tapi itu lebih baik daripada melihat ibu dan ayahnya berdepan dengan desakan wartawan yang tak pernah puas.

Ryaz sangat menjaga privasi keluarga, bak harta yang berharga. Namun, dengan gosip yang tersebar pagi tadi, dia tahu pihak media takkan berdiam diri.

Ryaz melangkah keluar dari rumah dengan langkah yangbpenuh semangat. Kereta managernya sudah siap menunggu di hadapan rumah. Dia melambai ke arah Nadra dan Riyadh sebelum kereta itu meluncur pergi meninggalkan kawasan perumahan itu.

Tasha yang baru saja turun dari bilik berlari ke arah pintu bilik bila melihat Nadra dan Riyadh sedang melambai ke arah seseorang di luar rumah. Dia yakin itu Ryaz.

Tapi, sebaik sahaja dia sampai ke muka pintu, kelibat Ryaz ausah hilang dari pandangannya. Mukanya sudah cemberut. Kecewa kerana terlepas peluang untuk berjumpa.

"Kenapa tak bagitahu Tasha yang abang Ryaz dah nak pergi?" soal Tasha, suaranya dikawal agar tak kedengaran kurang ajar.

Riyadh melangkah masuk, membiarkan isterinya melayan Tasha. Lagipun, itu anak saudara Nadra.

Nadra ketap bibir. Tak tahu nak jelaskan macam mana. Ini pun permintaan anaknya. Kalau boleh Ryaz langsung tak nak bersemuka dengan Tasha.

"Ryaz nak cepat tadi. Sebab itu twk sempat nak panggil Tasha," bohong Nadra. Suara lembutnya cuba menutup kebenaran.

Tasha menghentak kaki, rasa geram menjalar dalam diri. Dia tahu, jauh di lubuk hatinya, Ryaz sengaja mahu larikan diri daripada dia. Rasa seolah-olah dia hanya bayangan dalam dunia Ryaz. Satu figura yang tak pernah diinginkan.

"Abang Ryaz memang selalu macam ni," bisik Tasha perlahan.

Mungkin dia sudah terlalu berharap, terlalu berangan untuk terus berada di sisi Ryaz Zulkarnain.

Tasha hanya menjeling ke arah Nadra sebelum melangkah pergi ke bilik. Langkahnya penuh rasa kecewa.

Riyadh menggeleng kepala. Tak percaya dengan sikap kurang ajar anak saudara isterinya.

"Silap hari bulan, memang kena lempang budak tu dengan Ryaz," ujar Riyadh tiba-tiba.

Nadra mengerut kening, terkejut dengan kata-kata suaminya. "Dah kenapa?"

Amor Mio (OG)Where stories live. Discover now