🏀🧪 BAB 23

2.7K 182 11
                                    

"ABANG duduk sini jap. Vira nak pergi basuh tangan kat dapur," ujar Davira sambil menghulur pinggan yang dimakannya kepada Dareeq.

"Hmm yelah. Jangan lama-lama," balas Dareeq sambil tangan menyambut huluran pinggan Davira untuk dibuang.

Davira bangun dan berjalan menuju ke dapur. Tasha yang nampak Davira berjalan menuju ke dapur turut mengikut langkah Davira.

Tangannya dibasuh dengan penuh kusyuk tanpa berpaling melihat orang sekeliling. Manakala Tasha pula bersandar di peti ais untuk menunggu Davira menyedar kehadirannya.

Selesai saja, dia berpusing dan melihat gadis muda sedang bersandar. Davira senyum tipis dan berjalan melintasi Tasha.

Tasha tidak puas hati seperti kehadirannya disitu tidak membuatkan perempuan itu tergugat. "Inilah perempuan yang Ryaz terkejar-kejarkan tu sampai langsung tak hiraukan aku."

Davira berpaling ke arah Tasha. Dia melihat sekeliling, takut perempuan tu sedang bercakap dengan orang lain. Tapi di dapur hanya ada dia dan gadis itu sahaja.

"Awak cakap dengan saya ke?" soal Davira lembut.

Tasha merengus. "Dengan kau lah. Ada nampak orang lain ke kat sini selain kau?"

Davira menggeleng kepala.

"Dah tahu tanya lagi. Kau lah perempuan yang Ryaz selalu keluar kan?"

Berkelip-kelip mata Davira memandang Tasha. "Saya rasa awak salah orang ni."

"Huh. Tak mengaku. Berpakaian tutup litup tapi keluar dengan lelaki ikut suka hati macam takde maruah."

"A-apa maksud awak?" Sungguh dia tak faham.

Kalau gadis itu marah akan hal dia dan Ryaz, mereka berdua jarang berjumpa. Ini pun berjumpa kembali selepas 10 tahun.

"Kau macam perempuan murah kan. Keluar dengan lelaki ikut suka hati. Mak bapak kau tak ajar ke?"

"Kalau awak tak puas hati dengan saya sekalipun, jangan libatkan mama dan papa saya," bergetar suaranya menahan marah. Berat sungguh tuduhan gadis itu.

Tasha gelak jahat. Dia suka tengok reaksi Davira sekarang.

"Kenapa? Memang betul ke mak bapak kau tak ajar kau?"

Davira mengepal penumbuk. Nafasnya naik turun tidak sekata kerana tahan marah. Bibirnya digigit kuat supaya mulutnya tidak berkata sesuatu yang tidak baik.

Lagi seronok hati Tasha melihat keadaan Davira sekarang.

"Awak kalau tak ada benda baik nak cakap, tutup mulut boleh? Lagi banyak perkataan keluar dari mulut awak, lagi banyak dosa yang mengalir." Usai saja Davira berkata, terus dia keluar dari dapur meninggalkan Tasha bersendirian.

Laju dia berjalan melepasi semua manusia yang berada di ruang tamu. Hatinya sakit. Kolam air mata bertakung dan hampir saja jatuh di pipi. Sehabis baik dia menahannya.

"Adik!" Panggil Dareeq sedikit kuat. Laju pula adiknya berjalan sampai tak sedar kehadirannya di ruang tamu.

Davira langsung tak sedar panggilan dari Dareeq. Dia berjalan terus dan keluar dari kawasan rumah Ryaz.

Pelik dengan tingkah Davira, Dareeq kejar Davira dari belakang sampailah dia tak sengaja tempuh Ryaz.

"Kau nak gi mana laju laju?" Nasib air tak tumpah di tangannya.

"Tu! Adik aku dah keluar tu. Aku panggil dia tak dengar." Mata Dareeq tak lepas memerhati pergerakan Davira.

Ryaz berpaling ke belakang. "Dia kenapa?"

Amor Mio (OG)Where stories live. Discover now