🏀🧪 BAB 6

4.8K 264 25
                                    

SAMPAI sahaja di universiti Davira, Ryaz memberhentikan keretanya berdekatan dengan kolej milik Davira. Supaya senang untuk gadis itu berjalan ke kolej.

"Dah sampai," ujar Ryaz.

"Terima kasih temankan abang tadi," ikhlas Ryaz ucapkan. Dalam masa yang sama dia saja nak luangkan masa dengan Davira walaupun sekejap.

"Hmm..." gumam Davira.

"Bag-" belum sempat Ryaz ingin bercakap, iPhone miliknya berbunyi.

"Sekejap." Dia mengangkat panggilan itu.

"Nak apa?" Dingin saja suara itu.

"Buat apa aku nak bagitahu kau yang aku dah balik?" Berkerut keningnya kerana rimas.

"Kau bukannya penting."

Ryaz mendengus dengan kuat. Kepalanya dipicit. Rimas, serabut. Tapi dia cuba untuk sabarkan hatinya.

"Dah lah aku ada game, kau tak payah nak spam call. Kan aku block, sia-sia aje kau call,"marah Ryaz.

Davira hanya setia mendengar perbualan Ryaz dengan seseorang. Tapi percakapan Ryaz agak kasar dan dingin. Malas dia nak bertanya lebih, dia bukannya siapa-siapa.

Ryaz matikan panggilan dan kembali memandang Davira. Dia tersenyum manis.

"Apa pandang-pandang? Tadi bukan main garang, sekarang senyum macam orang hilang akal," perli Davira.

Ryaz gelak. "Bila abang pandang Medina, sejuk hati abang. Sebabtu dari marah boleh bertukar jadi senyum."

"Itu jelah modal abang Ryaz. Mulut tu manis tak bertempat. Nasib abang Vira tak macam tu. Kalau tak, dah lama abang Dareeq, Vira buang dia dari family."

Makin kuat Ryaz ketawa. Kelakar betul adik sahabatnya ini.

Davira menjeling Ryaz. "Sudah lah! Vira nak naik dulu." Dia membuka pintu kereta untuk keluar dari kereta.

"Bawa tu sekali." Ryaz menunjukkan ke arah paper bag yang berada di kaki Davira sejak tadi.

"Paper bag ni?" tanya Davira.

Ryaz mengangguk.

"Untuk Vira?" tanya Davira sekali lagi.

Ryaz mengangguk lagi.

"Okay." Dia mengambil paper bag itu dan meluru ke kolej.

Ryaz hanya memerhati Davira berjalan ke kolej. Hilang dari pandangan matanya, baru dia meluru keluar dari universiti tersebut.

Sampai sahaja di biliknya, dia meletakkan paper bag itu ke atas katil. Tudung dicabut dan sangkut di tepi almari. Davira menghenyakkan punggung di katilnya.

Hani yang baru melangkah masuk ke dalam bilik itu mengerling ke arah Davira. Bibirnya terukir senyuman sinis.

"Bila housemate ajak keluar makan, tak nak ikut. Tapi bila jantan ajak keluar, tak banyak hal terus ikut," sindir Hani.

Bukan dia tak nampak Davira masuk ke dalam Porsche milik seseorang di kampusnya selepas kelas tadi. Agak kecoh kerana lelaki itu bukan calang-calang orang.

Davira hanya memekakkan telinga kerana dia sudah biasa dengan sindiran Hani. Hendak dibalas, itu bukanlah dirinya. Dia lagi suka berdiam daripada membalas.

Paper bag yang diberi Ryaz tadi dicapai. Perlahan-lahan dia membuka kerana terdapat banyak stapler di paper bag itu.

Selesai sahaja membuka, berkerut keningnya melihat sesuatu berwarna hijau di dalam itu. Cepat-cepat dia mengambil dan lebar senyuman Davira.

Amor Mio (OG)Where stories live. Discover now