BUTIK pengantin yang dihias dengan tema klasik menjadi destinasi Davira dan Ryaz pada hari ini. Aroma bunga segar memenuhi ruang, disulami alunan muzik yang lembut. Semua persiapan telah diuruskan oleh Helena dan Nadra, jadi tugas mereka berdua hanyalah mencuba pakaian yang telah dipilih khas.
Davira keluar dari bilik persalinan, menggayakan baju sanding yang anggun dengan veil panjang tersusun kemas. Dia melangkah perlahan-lahan ke arah Ryaz yang sedang menanti di sofa.
"Abang Ryaz! Macam mana?" soalnya sedikit gugup sambil memutar sedikit tubuh untuk memperlihatkan keseluruhan pakaian itu.
Ryaz yang sedari tadi sudah terpukau, hanya mampu merenung tanpa berkelip. Bibirnya mengukir senyuman takzim.
“Beautiful as always,” jawabnya dengan suara perlahan, namun penuh makna. Pandangan matanya tak lepas dari wajah Davira, seolah-olah terpaku.
Davira tersenyum malu, pipinya mulai memerah. "Abang Ryaz ni asyik cakap cantik je. Cuba lah bagi pendapat yang lebih sikit," ujar Davira dalam nada manja sambil membetulkan sedikit veilnya.
Ryaz menggeleng sambil ketawa kecil. "Nak abang cakap apa lagi? Cantik sangat sampai abang tak jumpa perkataan lain dah. Bukan baju ni yang buat cantik... tapi orangnya."
Davira menundukkan wajah, cuba menyembunyikan senyuman bahagia. "Nanti jangan pula terkejut tengok Vira pakai baju lain waktu majlis nanti. Risau abang Ryaz tak kenal."
"Mana mungkin tak kenal," ujar Ryaz sambil mengangkat kening. "Baju apa pun, Medina tetap yang paling cantik di mata abang."
Davira cuba menahan senyum, namun senyuman manisnya tetap terserlah membuatkan pekerja butik yang berada berhampiran turut sama tersenyum. Bahkan ada yang tertawa kecil melihat gelagat mereka berdua.
“Abang Ryaz ni, asyik puji je,” ujar Davira sambil cuba menundukkan wajah, malu diperhatikan oleh pekerja-pekerja butik yang sedang menyusun dan membetulkan veilnya.
Seorang pekerja yang sedang membantu Davira tersenyum sambil mencelah. “Seronok tengok pasangan yang sweet macam ni. Bakal suami tak berhenti puji, ya?”
Bukannya mereka tak tahu lelaki itu memang terkenal dengan mulut manis. Dengan peminat pun boleh jadi kencing manis, apatah lagi dengan bakal isteri.
Ryaz mengangguk dengan wajah selamba tetapi tersirat bangga. “Kalau saya tak puji bakal isteri saya, siapa lagi yang nak puji, kan?” jawab Ryaz sambil melemparkan pandangan penuh sayang ke arah Davira.
Suaranya itu cukup untuk membuat Davira semakin malu.
Pekerja lain yang sedang menyusun baju di rak turut menyampuk sambil tertawa kecil. “Untungnya bakal pengantin perempuan ni, asyik dipuji je.”
Davira hanya menggeleng sambil tersenyum, cuba menyembunyikan pipinya yang memerah. "Suka hati abang Ryaz lah."
Ryaz melangkah sedikit ke arah Davira, mendekatkan wajahnya sedikit. “Bukan suka hati, Medina… suka awak,” bisiknya perlahan, cukup hanya untuk mereka berdua mendengar.
Davira terpempan seketika, tidak menyangka Ryaz masih sempat membisikkan kata-kata itu di hadapan semua orang.
Davira cepat-cepat menundukkan pandangannya, cuba menyembunyikan wajah yang makin panas. Pekerja butik yang melihat reaksi Davira hanya tersenyum kecil, menyedari bahawa mereka menyaksikan detik yang penuh makna antara bakal pengantin.
“Haish, abang Ryaz ni! Boleh tak behave sikit?” tegur Davira dalam nada malu-malu, matanya mencuri pandang ke arah Ryaz yang kelihatan semakin berseri dengan senyuman lebar.
YOU ARE READING
Amor Mio (OG)
Romance2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Light conflict ⚠️Storyline agak membosankan