🏀🧪 BAB 26

2.2K 157 4
                                    

DAREEQ melangkah masuk ke dalam rumah, matanya mencari kelibat Davira. Ruang tamu sunyi sepi, tetapi dia tahu adiknya pasti berada di sekitar. Setelah beberapa saat, dia akhirnya nampak Davira duduk di atas sofa, khusyuk menonton televisyen.

"Adik! Sini jap. Ada benda nak bagi ni!" seru Dareeq sambil berjalan menghampiri Davira.

Davira berpaling sebentar sebelum matanya melekat di tv semula. "Apa?"

Beg kertas itu dihulurkan dengan riak wajah serius. "Ini untuk adik."

Huluran beg kertas itu disambut dan memandang abangnya dengan penuh tanda tanya. "Ini apa ni?"

"Tak kenal ke? Beg kertas," jawab Dareeq sambil menahan ketawa.

Davira melipat tangan geram dengan jawapan Dareeq. "Tahu lah. Tapi dari siapa?"

"Dari bakal adik ipar abang, Ryaz Zulkarnain," ujar Dareeq dengan senyuman nakal menghiasi wajahnya.

Gigi diketap geram dengan usikan abangnya. "Abang ni!" Pipinya sudah berona merah sama ada malu atau geram dengan usikan Dareeq.

Dareeq tidak dapat menahan gelak, menikmati momen itu. "Kenapa? Tak suka ke? Elok apa dia jadi adik ipar abang. Boleh abang keluar dengan dia hari-hari."

"Elok-elok lah abang," geram Davira dengan nada marah

"Elok-elok lah ni. Daripada bakal suami kepada bakal isteri," ujar Dareeq, ketawanya semakin lebar. Dia jelas suka melihat kelakuan Davira yang polos.

Dia menggigit bibir bawahnya, rasa marah dan geli hati bercampur aduk. "Abang ni betul-betul tak membantu!

"Ryaz kata kalau adik terima pemberian dia, maknanya adik setuju nak jadi isteri dia," usik Dareeq lagi. Wajahnya tayang muka selamba menunjukkan yang Ryaz betul-betul maksudkannya.

Terkejut dengan pernyataan itu, dia segera melepaskan beg kertas dari genggamannya. "Tak nak lah! Abang bagi balik lah kat dia!" ujar Davira panik, seolah-olah beg kertas itu mengandungi bom waktu.

Dareeq tidak dapat menahan tawa, melihat reaksi adiknya yang melulu. "Kenapa? Takut sangat ke? Adik ini hanya beg kertas, bukan bom!"

Dia merengus, matanya bersinar dengan kemarahan yang berlebihan. "Tak nak! Bagi balik. Adik tak nak kahwin lah!"

"Eh, kenapa pula? Dia okay je abang tengok. Nanti dia cari orang lain, baru adik menyesal nanti." Dareeq cuba menyembunyikan senyuman dia. Rasa kelakar pula bila tengok reaksi Davira.

"Abang ni memang suka buat adik geram! Adik tak nak lah!"

"Dulu adik nak sangat kan kahwin dengan dia. Sekarang dia dah ajak, adik tolak. Tak baiklah main perasaan orang." Kali ini bibirnya diketap dengan kuat untuk menahan dari ketawa. Makin galak dia mengusik Davira.

"Itu dulu lah. Janganlah ungkit. Abang bagi lah balik kat dia. Adik tak boleh terima!" Davira tetap berkeras.

Kerana dah tak tahan, Dareeq menghamburkan ketawa. "Abang gurau jelah. Dia tak cakap apa-apa pun. Ryaz memang bagi kat adik. Ambil lah!"

Davira merengus, melepaskan beg kertas itu dengan wajah masam. "Tak nak lah! Abang bagi balik lah kat dia!"

Dareeq masih ketawa, menyaksikan adiknya yang gelabah. "Come on, Vira! Abang gurau lah. Lagipun, Ryaz tak cakap apa apapun. Dia nak bagi tu sebab dia memang nak bagi!"

Kedua-dua tangannya memeluk tubuh, berusaha mengekang rasa malu yang membara. "Abang suka tau usik adik! Nanti hantar adik balik kolej! Kalau tak, adik rosakkan lagi kereta abang."

"Yelah, yelah. Sikit sikit ugut." Dareeq mengangguk, masih tersenyum.

"Tapi seriously, adik kena terima pemberian dia. Penat dia beli untuk adik, takkan adik nak buang. Tak lena dia nanti."

Amor Mio (OG)Where stories live. Discover now