MELIHAT Davira yang sedang melangkah ke arah keretanya sudah cukup membuatkan setiap saraf dalam tubuh Ryaz menegang. Setiap langkah kecil Davira mendekati keretanya seolah-olah menghempas denyut nadinya dengan rentak yang tak mampu dikawal.
Fikirannya sudah bercelaru. Baldu merah yang berada di atas kerusi penumpang diambil dan diletakkan di dalam dashboard kereta. Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan, cuba menenangkan badai di hatinya yang bergelora.
Saat pintu kereta dibuka oleh Davira, udara dalam kereta terasa seakan makin tebal. "Abang Ryaz," panggil Davira.
Ryaz berpaling. "Haa ye! Masuklah," balas Ryaz dengan suara yang serak, cuba menormalkan dirinya.
Davira melangkah masuk, lalu memandang Ryaz dengan dahi yang berkerut. "Abang Ryaz baru balik marathon ke?" tegur Davira hairan.
"Ke-kenapa?" soal Ryaz semula. Tergagap-gagap kali ini. Jantungnya berdegup laju menantikan apa yang bakal keluar dari mulut Davira. Telinganya sudah mula kemerahan.
Makin pelik Davira bila melihat Ryaz tergagap-gagap. "Berpeluh semacam aje. Kan dalam aircond ni," balas Davira.
Tersentak, Ryaz menelan air liur. Degupan jantungnya yang sebelumnya menggila, tiba-tiba menjadi normal semula. Sangkaannya tadi yang Davira akan melontarkan pickup line yang membuatkan dirinya akan lagi gugup. Tanpa sedar, dia bernafas lega.
"Oh. Tak ada lah. Cuaca panas hari ni," ujar Ryaz sambil tangannya mengibas mukanya yang jelas kelihatan berpeluh. Sedaya upaya menyembunyikan kegelisahan di balik denyutan jantungnya.
"Panas?" Davira menjongketkan kening sambil memandang ke langit, jelas-jelas cuaca di luar mendung, seakan menertawakan alasan Ryaz tadi. "Mendung saja Vira tengok."
Ryaz menarik nafas panjang, cuba mencari helah lain. "Diamlah, Medina. Iya kan saja apa abang cakap," balasnya dengan nada pura-pura marah, untuk menutup alasan tak logiknya.
Davira memandang Ryaz semula, matanya menyipit sedikit seakan baru menangkap sesuatu. "Sekejap sekejap sekejap."
"Apa? Kenapa?" soal Ryaz dengan gelisah. Fikirannya melayang, cuba menduga apa yang Davira cuba ungkit.
Senyum nakal terukir di wajah Davira. "Abang Ryaz ingat Vira nak bagi ayat pickup line, kan?"
"Mana ada!" Ryaz pantas menafikan, tapi jelas nada suaranya tak meyakinkan.
Davira ketawa kecil. "Eleh! Apa? Ingat Vira ni mulut buaya macam abang Ryaz ke?" perli Davira sambil mengerling tajam.
"Mulut buaya dia kata?" Ryaz mengecilkan matanya, memandang Davira dengan penuh pura-pura bengang. "Eh, sedap dia ya, kata abang mulut buaya."
Davira angkat bahu dengan gaya tak bersalah. "Fakta, abang Ryaz. Jangan lupa makan, okay? I need you guys alive to cheer me on," sindirnya, mengingatkan adegan di Jepun waktu Ryaz sibuk melayan peminat, sampai tertayang di live. Dia tonton je lah, tapi dalam hati, ada rasa yang tak bisa ditolak.
Ryaz tersenyum sinis, menangkap maksud tersirat. "Oh! Cemburu ke?"
Davira terus melontar pandangan sinis. "Hello! Malam sikit kalau nak cemburu."
"Oh siang tak cemburu la? Malam nanti baru cemburu? Faham faham." Ryaz tertawa kecil, senang melihat Davira yang cuba menyembunyikan rasa.
Davira menjeling dengan pura-pura marah. "Sudah lah abang Ryaz. Cepatlah! Nak pergi mana ni?"
Ryaz ketawa lepas. Tadi, jantungnya yang berdegup kencang seolah mahu pecah, kini perlahan-lahan tenang kembali, lenyap bersama setiap gurauan manis yang meluncur dari bibir Davira.
YOU ARE READING
Amor Mio (OG)
Romance2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Light conflict ⚠️Storyline agak membosankan