DAVIRA kini lebih banyak diam daripada berbicara. Sejak pertemuan tak terduga dengan Ryaz, jiwanya seolah-olah terbelah dua. Sakit hati yang dia cuba lemparkan pada Ryaz, sebenarnya kembali menikam dirinya sendiri. Setiap kali dia teringat kata-katanya, hatinya seperti dilapah perlahan-lahan.
Malam-malamnya dihabiskan dengan termenung di tingkap, memandang langit gelap tanpa bintang. Entah mengapa, perasaan itu semakin menyesakkan dada. Dia berusaha mengalih perhatian dengan assignment atau kerja-kerja lain, tetapi fikirannya tetap kembali pada Ryaz.
Hubungan dengan Hani dan Irdina pun makin renggang. Jika dulu Hani dan Irdina selalu memerlinya, kini suasana menjadi sepi dan tegang. Langsung tiada percakapan antara mereka bertiga.
Kedua-duanya jelas cuba mengelak, seolah-olah ada dinding tak terlihat memisahkan mereka. Hani yang berkongsi bilik dengannya, lebih suka diam tanpa kata. Kadang-kadang, Davira perasan Hani keluar awal dan pulang lewat, seperti tak mahu berlama-lama dalam bilik.
Davira tahu, keadaan ini tidak akan bertahan lama. Tapi setiap kali dia cuba berbual atau mendekati mereka, rasanya seperti ada jarak yang sukar dilangkaui.
Mungkin dia yang salah atau mungkin mereka yang sudah tidak mahu memahaminya.
Syahira menatap wajah Davira dengan penuh prihatin. Dia tahu, Davira sedang menyembunyikan sesuatu di sebalik senyum tipisnya.
"Kau okay, Vira?" soal Syahira lembut, cuba membuka ruang untuk sahabatnya berkongsi.
Davira hanya mengangguk perlahan. "Aku okay."
Syahira tak percaya. Dia menghela nafas dan menatap Davira tajam. "Tapi aku nampak kau tak okay. Kau mungkin boleh tipu aku, tapi kau tak boleh tipu diri kau sendiri, Vira."
Davira tidak memberi reaksi, hanya diam. Jari telunjuk Syahira tiba-tiba menekan perlahan ke arah dada Davira, tepat di kawasan hatinya. "Kau sebenarnya sakit kat sini, kan?"
Davira menunduk, memandang jari Syahira yang menekan dadanya. Dia mengeluh perlahan, namun masih tidak memberi jawapan.
"Aku tak tahu apa masalah kau dengan Ryaz," sambung Syahira. "Sebab masa apa yang terjadi tu, aku tak ada. Kau ada dengan Aryan, bukan aku. Tapi satu benda aku nak bagitahu kau."
"Hmm, apa dia?" soal Davira, walaupun sebahagian dirinya sudah tahu arah perbualan ini.
Syahira menarik nafas panjang sebelum berkata. "Aku tahu kau keliru dengan perasaan kau, kan? Kau rasa selamat dan selesa bila dengan Ryaz. Tapi, bila dengan Aryan... kau rasa benda tu tak?"
Davira menggeleng dengan perlahan. "Tapi... apa kaitannya? Aku dan Aryan kawan, Sya."
Syahira tersenyum kecil, seolah-olah memahami lebih daripada yang Davira sedar. "Aku tahu. Aku cuma nak bagitahu... apa yang hati kau rasa sebenarnya."
Davira terdiam. Kata-kata Syahira menusuk tepat ke dalam lubuk hatinya, menambah lagi kekeliruan yang sudah bersarang lama.
Davira masih termenung, memproses kata-kata Syahira. Dia tak dapat nafikan, hatinya memang berkecamuk sejak kejadian dengan Ryaz. Tapi, dia tak pasti apa yang sebenarnya dia rasa.
"Apa yang kau maksudkan?" soal Davira akhirnya, memecah keheningan di antara mereka.
Syahira tersenyum, senyum penuh makna. "Vira, kau sayang Ryaz. Itu jelas. Tapi kadang-kadang bila kita takut kehilangan seseorang, kita tolak mereka jauh-jauh. Sebab kita tak nak kecewa."
Davira mengeluh perlahan. "Tapi aku dah tolak dia, Sya. Aku tak boleh terima dia balik macam tu je."
"Kau tolak lamaran dia sebab kau keliru. Kau sendiri cakap kau tak pasti apa yang kau rasa. Dan sebab tu sekarang kau rasa macam ni. Bila dia dah mula menjauh, baru kau sedar yang sebenarnya kau sakit," jelas Syahira dengan lembut.
YOU ARE READING
Amor Mio (OG)
Romance2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Light conflict ⚠️Storyline agak membosankan