"ADIK! Elok-elok lah. Abang bukan pandai beli barang dapur," ujar Dareeq geram, melihat Davira yang hanya berdiri di situ sambil merenung senarai barang yang diberikan oleh Helena.
Davira menghentak kaki. "Adik lagi lah tak pandai."
"Cakap perempuan, takkan lah barang dapur pun tak tahu."
"Abang ni kenapa nak marah-marah adik?" Davira membalas, air matanya sudah bertakung.
Dareeq meraut mukanya, berusaha menahan sabar. "Ya Allah! Mana ada abang marah. Janganlah nangis. Abang mana pandai nak pujuk."
"Abang tu asyik marah adik daripada tadi. Kan adik dah cakap adik tak nak keluar. Adik tak nak ikut. Tapi abang paksa jugak."
"Yelah, yelah. Abang minta maaf. Adik nak aiskrim? Lollipop?" soal Dareeq, harap dapat mengubah suasana.
Davira hanya menggeleng. "Tak nak. Adik nak balik."
"Sabar lah. Banyak lagi ni barang yang mama suruh beli. Nanti sikit kita balik, okay?"
"Hmm..." Davira hanya menjawab sepatah, matanya masih terarah pada senarai barang yang tidak pernah ada makna bagi dirinya.
Dareeq mengambil senarai barang di tangan Davira, sementara satu tangan sibuk menolak troli dan tangan yang lain memegang senarai dan juga tangan Davira.
"Jintan putih tu apa?" soal Dareeq sendirian, membaca senarai yang agak membingungkan.
"Kena cari yang warna putih ke? Kenapa mama bagi senarai yang susah-susah?" Marahnya sendiri, tetapi tidak ada jawapan daripada Davira yang hanya diam, berjalan bila ditarik, berhenti bila Dareeq berhenti, seolah-olah bawa anak patung bernyawa.
Dareeq mengeluh, penat.
"Adik boleh tolong ambilkan sos cili?" soal Dareeq, berharap ada sedikit interaksi.
"Hmm..." Davira menjawab sambil berjalan ke arah rak yang penuh dengan pelbagai sos.
Tangannya ingin mencapai sos cili yang terletak sedikit tinggi daripada ketinggiannya.
"Siapa yang letak tinggi-tinggi ni?! Dah tahu orang pendek, pergi letak tinggi!" Dia memukul rak itu dengan sedikit geram.
Davira cuba lagi. Kali ini, kakinya dijinjit untuk samakan ketinggiannya dengan sos cili yang diidamkan.
"Ni baran ni! Malas lah! Malas!" Akhirnya, dia duduk dengan kaki berlunjur, menunggu saja Dareeq mencari dirinya.
Davira membebel seorang diri, frustrasi kerana tidak dapat mencapai sos cili. Tiba-tiba, ada satu tangan menghulurkan sos cili kepadanya.
Kepalanya diangkat, terkejut melihat gerangan orang yang hulur sos cili itu.
"Abang Ryaz?"
Ryaz tersenyum manis. "Daripada tadi abang perasan Medina nak ambil botol sos cili tu, lepastu bebel sorang. Itulah abang dah cakap, lain kali jadi tinggi," gelak Ryaz.
"Diamlah! Orang tak suruh tolong pun," ujar Davira sambil bangun, berusaha untuk menunjukkan ketidakpuasan hatinya.
"Lah! Kena marah pula. Ni sos ni nak ke tak nak?" soal Ryaz, sambil masih memegang botol sos itu.
"Tak nak!" Davira berkeras, sebelum berlari mencari kelibat abangnya, Dareeq Mikhayl, meninggalkan Ryaz yang hanya mampu menggeleng kepala dengan senyuman.
Davira akhirnya bertemu dengan Dareeq di sudut rak yang penuh dengan barangan kering. Abangnya berdiri dengan troli yang hampir penuh, wajahnya kelihatan lelah tetapi tetap berusaha untuk tersenyum.
YOU ARE READING
Amor Mio (OG)
Romance2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Light conflict ⚠️Storyline agak membosankan