🏀🧪 BAB 35

1.5K 114 2
                                    

DAVIRA meletakkan barang-barangnya di sisi katil dengan perasaan yang masih berbaur. Sunyi bilik itu, tak ada bayang Hani.

Dia menarik nafas panjang, seolah-olah ingin mencari ketenangan sebelum mengeluarkan iPhone dari beg tangannya. Jemarinya sedikit terketar, mungkin akibat campuran debaran dan rasa ingin tahu yang bercampur gaul di hatinya.

Sejurus skrin telefon menyala, dia membuka rakaman temu bual Ryaz di lapangan terbang. Mata Davira tertancap pada wajah lelaki itu di skrin, wajah yang dikenalinya dengan baik. Wajah yang telah sekian lama bersamanya, namun kini rasa itu seolah-olah berubah, menjadi sesuatu yang lebih rumit.

Suara Ryaz terdengar jelas dalam video. Namun, irama hati Davira terasa lebih bergejolak daripada bunyi yang keluar dari peranti di tangannya. Apa sebenarnya yang telah diungkapkan oleh Ryaz ketika itu? Apa yang telah Aryan maksudkan?

Davira menekan video itu, memainkannya dengan penuh tumpuan. Matanya terpaku pada wajah Ryaz, tapi setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya terasa biasa, tak ada getaran istimewa yang mengusik hatinya.

Dia tertanya-tanya, kenapa Aryan seolah-olah keberatan untuk memberitahu apa yang Ryaz sampaikan? Baginya, jawapan Ryaz seperti kebiasaan yang selalu didengarinya, tiada apa yang mencurigakan.

Mungkin dia yang terlalu lembab untuk memahami maksud tersirat? Atau mungkin, dia sudah terlalu terbiasa dengan kehadiran Ryaz sehingga tak menyedari getar halus yang sepatutnya ada?

Dengan satu nafas berat, Davira mematikan telefon. Tudung yang membalut kepalanya dilepaskan, digantung perlahan di almari. Langkahnya menuju ke arah plastik yang berisi makanan ringan, lantas diletakkan di atas katil.

Satu persatu makanan itu diambil dan disusun kemas di rak sebelah katil. Tangannya terhenti di lollipop terakhir, lollipop yang sepatutnya diberikan kepada Ryaz. Meskipun dibeli dengan duit Ryaz sendiri. Namun, keadaan berubah seratus peratus saat lelaki itu melamarnya di dalam kereta.

Keluhan berat dilepaskan, seolah-olah ingin mengusir segala beban yang menyesakkan dada. Davira baring, membiarkan tubuhnya tenggelam dalam tilam yang terasa sejuk di bawah tubuhnya.

Fikirannya berkecamuk, hatinya terasa berat. Selepas kejadian tadi, dia tak yakin hubungan dengan Ryaz akan sama seperti dulu. Mungkin jarak yang tak pernah ada di antara mereka, kini mula wujud dan akan kekal di sana.

Bunyi bising di luar bilik menarik perhatiannya. Suara Hani dan Irdina yang baru pulang kedengaran semakin hampir. Cepat-cepat Davira memejamkan mata, berpura-pura tidur, tak mahu terlibat dalam apa saja perbualan mereka.

"Weh! Aku rasa kan, D’Ace tu memang ada perasaan lah dekat perempuan yang dia keluar tu," suara Hani bergema sambil pintu bilik dibuka.

"Kan? Aku pun rasa macam tu juga. Jawapan dia tu mencurigakan," sahut Irdina, melangkah masuk ke bilik dengan langkah yakin.

Sekilas, kedua-duanya mengerling ke arah Davira yang terbaring di katil, nampak seperti lena.

"Dia cakap setiap cerita ada cerita tersendiri, dan dia nak simpan benda tu. Lepastu suruh doa yang baik-baik," ujar Hani dengan nada serius, meniru dialog Ryaz dalam temu bual itu.

"Ya! Kalau tengok jawapan orang lain kalau kena gosip macam ni, lain tau. Tapi aku setuju. Sama padan, sama cantik," ujar Irdina semangat.

"Mana kau tahu perempuan tu cantik?" soal Hani.

"Kau yang cakap, kan?" balas Irdina sambil ketawa kecil.

Davira terus berpura-pura tidur, tapi hatinya berdegup laju. Apa yang mereka katakan mengacau mindanya. Betul ke semua ini? Apa yang sebenarnya disimpan oleh Ryaz?

Amor Mio (OG)Where stories live. Discover now