SEPERTI yang telah dijanjikan oleh Qisya untuk menyiapkan latihan di rumah Jasmine, Qisya tiba dirumah Jasmine tepat pada jam 3 petang.
"Assalamualaikum!"
Pintu rumah itu dibuka oleh Puan Elya iaitu ibu kepada Jasmine. Tersenyum wanita itu apabila melihat sosok tubuh yang sangat dirindui olehnya.
"Qisya! Rindunya mama dengan kamu" tubuh Qisya ditarik ke dalam pelukan.
Terkebil-kebil Qisya dibuatnya. Qisya membalas pelukan Puan Elya.
"Hehe Qisya pun rindukan mama. Maaf la Qisya dah lama tak datang sini, sebab Qisya tolong ibu" ujar Qisya selepas pelukan mereka terlerai.
"Ibu Qisya sihat? Dah lama mama tak jumpa dia" soal Puan Elya.
"Alhamdulillah sihat, semua sihat. Cuma sekarang ibu makin sibuk dengan tempahan kuih raya, tak cukup tangan nak buat. Sebab tu Qisya sibuk juga tolong ibu hihi" ujar Qisya.
"Oh yeke? Takpe rezeki bulan puasa ni kan. Mama pun nak tempah juga lah boleh?"
"Mestilah boleh! Nanti Qisya hantar senarai kuih yang ibu buat ye dekat WhatsApp?"
"Boleh je. Eh! Jom masuk, berbual kat sini pulak. Panas ni, kita masuk dalam ye" Qisya mengorak langkah ke ruang tamu.
Punggung dilabuhkan ke atas sofa yang empuk itu. Beg yang berisi buku-buku itu diletakkan di sebelahnya.
"Mama, mana Isya?" soal Qisya. Isya? Ya, Isya dan Jasmine adalah orang yang sama cuma panggilan sahaja yang berbeza.
Kalau dengan orang lain namanya Jasmine. Jika dengan keluarganya auto akan berubah menjadi Isya.
"Isya baru nak mandi. Tadi lepas balik sekolah, dia singgah rumah maksu dia sekejap sebab mama suruh dia ambil barang" ujar Puan Elya.
Qisya hanya meng'o'kan sahaja.
Beberapa minit kemudian, Qisya melihat Jasmine sedang menuruni anak tangga sambil membawa beberapa buah buku di tangan.
"Dah lama sampai?" soal Jasmine lalu mengambil tempat di sebelah Qisya setelah beg Qisya dialihkan ke tempat lain.
"Tak la lama sangat, baru beberapa minit yang lepas"
Jasmine hanga mengangguk.
"Mama nak pergi dapur sekejap ye, nak tengok ada bahan apa untuk berbuka kejap lagi" ujar Puan Elya lalu meninggalkan dua orang gadis itu di ruang tamu.
"Ok tanpa membuang masa, jom kita buat latihan. Cepat buat, cepatlah siap" Qisya membuka buku latihan itu dan mengambil soalan yang telah diberikan oleh cikgu Mun tadi.
"Soalan dia semua ada 20. Kau buat 10, aku buat 10. Deal?" ujar Jasmine.
"Ok boleh!"
Hanya setengah jam sahaja mereka menyiapkan tugasan tersebut. Buku-buku dan kertas yang berada di meja itu dikemas.
"Baru pukul 3.50. Kita nak buat apa ni? Nak makan tak boleh, puasa!" ujar Qisya lalu melentokkan kepalanya di atas meja kaca di ruang tamu itu.
"Eh eh kau ni, makan je dalam fikiran kau. Macam takde aktiviti lain nak dibuat" bebel Jasmine.
Qisya mengeluh perlahan.
"Habistu kita nak buat apa?" soal Qisya.
"Kita layan movie sementara nak tunggu azan asar nak? Lepas azan kita solat and habis solat kita gerak pegi bazar" ujar Jasmine sambil mencapai alat kawalan jauh tv.
"Boleh la hehe"
Selepas sahaja solat, Qisya menunggu Jasmine untuk bersiap. Mereka hanya berpakaian biasa sahaja iaitu dengan mengenakan jersi sahaja. Jersi mereka sama. Matching2 luu!
YOU ARE READING
Pilihan Terakhir [COMPLETE]
Romance𝙑𝙖𝙣𝙤 𝘽𝙚𝙣𝙟𝙖𝙢𝙞𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙞𝙨𝙨𝙤𝙣 𝙓 𝙅𝙖𝙨𝙢𝙞𝙣𝙚 𝘼𝙡𝙞𝙨𝙮𝙖 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙧𝙖𝙣𝙞 Apabila hati sudah menyimpan satu nama, maka dialah orangnya. Jasmine Alisya Maharani sering mengusik ketenangannya. Setiap saat, pasti bayangan gadis itu men...