BAB 18 🌹

619 25 1
                                    

"Vano akan jadi suami kamu lagi 2 minggu!" ujar Tuan Zaid selamba.

Ok, Jasmine rasa ini bukan kali pertama dia nak tercekik. Mungkin lepas ni akan banyak kali jugak kot dia nak tercekik.

"APA?!" bergaung ruang tamu itu dengan jeritan anaknya.

Sempat Bu Rita menutup telinganya. Fuhh, hampir pekak dibuatnya.

"No, no...mama please cakap ni tak betul kan?" Jasmine memandang kearah mamanya.

Puan Elya mengangkat bahu.

"Isya mimpi kan? Ni tak betul kan pa?" soal Jasmine lagi. Sumpah! Dia tak percaya sekarang!

"No, Isya tak mimpi! Keputusan papa, muktamad!"

Melopong mulut Jasmine. Oh tidak!

"Papa! I need to talk with you, NOW!" ujar Jasmine lalu menarik lengan papanya ke ruang dapur.

Setelah tiba di dapur, Jasmine cuba untuk mengatur nafasnya.

"Explain!"

Tuan Zaid mengeluh.

"Papa buat semua ni bersebab, Isya." ujar Tuan Zaid sambil melihat raut wajah anaknya itu.

"Sebab apa? Cuba bagitahu Isya sebab apa?" desak Jasmine.

"Nanti Isya akan tahu juga, cuma sekarang papa nak Isya dengar cakap papa je, boleh?" pujuk Tuan Zaid sambil menggenggam tangan anaknya.

Berkerut dahi Jasmine mendengar jawapan dari papanya. Masih mahu berahsia dengannya?

"Apa yang papa cuba rahsiakan dari Isya ni?"

Tuan Zaid tidak menjawab malah dia menarik lembut lengan anaknya dan membawa ke ruang tamu semula.

Jasmine terkejut apabila melihat kehadiran seorang wanita yang amat dia kenali sedang berada di ruang tamu.

Masa bila dia masuk ni?

Dipandang pula seorang budak lelaki yang berada dipangkuan Vano. Anaknya mungkin? Jasmine cuba untuk mengingatinya.

"Isya, meh sini..." panggil Puan Elya sambil menepuk perlahan ruang duduk disebelahnya.

Jasmine akur.

"Jasmine." panggil wanita itu membuatkan Jasmine berpaling menatapnya.

"I tak nak bergaduh dengan you. But, i nak you terima sahaja apa yang keluarga you tetapkan. I dah bincang dengan Vano yang, i akan bercerai dengan dia." ujar Syakila lalu memandang kearah Jasmine.

Tidak berkelip Jasmine mendengarkan itu. Apa ni? Tak faham lah!

"I tahu you tak faham apa yang i cuba sampaikan. I dah tak cintakan Vano. You sendiri nampak haritu bukan? I jujur sebab i taknak ada salah faham lagi. Better i jujur daripada buat kerja belakang2. I harap you faham. Vano sayangkan you sangat2. Terima dia, sayang dia macam you sayang diri you sendiri. Balas cinta dia balik, Jasmine." ujar Syakila dengan lembut.

Walaupun dari awal dia memang tidak suka dengan gadis muda itu. Tapi lama kelamaan dia terpaksa terima. Mungkin gadis itu lebih baik daripadanya. Menyesal? Ya, dia menyesal.

"Tapi..." belum sempat Jasmine mahu menghabiskan ayatnya. Dia melihat Syakila bangun dan berjalan kearahnya.

Syakila mengambil tempat di sebelahnya. Tangan gadis itu digenggam erat. Matanya juga tidak lepas memandang wajah gadis itu.

Pilihan Terakhir [COMPLETE]Where stories live. Discover now