BAB 13 🌹

611 29 5
                                    

"CIK Syakila?"

Dua insan yang sedang menjamu selera itu segera berpaling ke arah Jasmine. Membutang mata Syakila apabila melihat kedatangan gadis itu. Dia melepaskan sudu serta garfu dengan kuat sehingga menimbulkan bunyi yang sangat nyaring.

Banyak mata-mata yang sedang memandang ke arah mereka. Ada juga yang berbisik-bisik.

"Awak jangan salah faham, ini kawan saya" ujar Syakila. Mukanya seperti tampak gelisah.

"Kawan? Kawan apa sampai mesra begitu?" tajam matanya memandang kearah lelaki yang memakai pakaian serba hitam itu.

"Itu bukan urusan kamu!" geram dia apabila ada orang yang cuba menganggu masanya.

"Bukan urusan saya? Cik Syakila tahu tak, ini dah melampau!"

Jasmine berasa dirinya seakan ditarik oleh seseorang dari belakang. Segera dia menatap kearah tangan yang mengenggam pergelangan tangannya itu.

"Min dah laa, maaf kawan saya tak sepatutnya campur urusan peribadi Cik" ujar Qisya dengan perlahan. Sungguh dia terkejut dengan keberanian Jasmine.

Lantas Jasmine dibawa pergi oleh Qisya. Dia membawa Jasmine keluar dari restoran itu dan diikuti juga dengan Safiya.

"Tch, budak mentah!" ujarnya selepas sahaja kelibat Jasmine serta kawan-kawannya menghilang dari pandangannya.

"Apa kau buat ni Min!?" marah Qisya. Malu dia apabila

"Apa!? Aku buat benda betul apa. Dia tu dah ada laki, sepatutnya dia hormat suami dia bukannya pergi jumpa jantan lain!"

"Kenapa kau marah sangat ni Min? Bukannya si Ayuyu tu madu kau pon!" ujar Safiya.

"HA? AYUYU?!"

"Alaa Ayuyu, kekasih Adudu!"

Tersembur Qisya dibuatnya. Sampai terduduk dia di atas lantai. Penat dapat kawan begini.

"Kenapa kau panggil Ayuyu?..." soal Qisya yang masih lagi ada sisa ketawanya.

"Kau tengok lah muka dia, sejibik kot!"

Terbahak-bahak Qisya ketawa sampai keluar air matanya.

"Kau tak payah lah sibuk hal diorang eh? Itu masalah rumah tangga diorang, pandai2 lah diorang settlekan nanti ye" ujar Safiya lagi.

"Ha jom lah, kita pergi makan dekat tempat lain. Aku dah lapar dah ni"

Mereka bertiga berlalu pergi.




"Assalamualaikum, class!" ucap lelaki itu setibanya dia melangkah masuk ke dalam kelas.

"Waalaikumsalam, Sir"

"Seperti mana yang semua dah tahu bahawa minggu ini adalah minggu terakhir saya mengajar di sini" ujar Vano yang cukup jelas.

Bergema kelas itu dengan suara-suara anak muridnya.

"HAA?! SIR NAK PERGI MANA?"

"ALAA, TAK SEMANGAT LAH LEPASNI"

"KENAPA SIR? SIR NAK PINDAH KE?"

"SIR, SAMPAI HATI..."

Vano hanya mendengar sahaja keluhan dari murid-muridnya. Ada yang nampak sedih, ada yang nampak nampak kecewa dan ada juga yang beriak biasa. Sudah tentunya gadis itu.

Qisya menyiggul siku milik Jasmine. Terhenti terus lamunannya. Pandangannya kembali menatap ke hadapan. Terlihat lelaki itu sedang memandang ke arahnya.

Beberapa minit kemudian, Vano keluar dari kelas itu selepas tamatnya sesi pembelajaran hari ini.

Namun pergerakannya terhenti apabila dia merasa seperti ada yang sedang mengikutinya dari belakang. Lantas dia berpaling ke belakang.

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat gadis itu mengikutinya. Dia hanya beriak biasa, padahal di dalam hati sudah beriang suka.

"Saya ada benda nak bagitahu Sir..."

Terjongket keningnya sebelah. Dia mengubah posisi berdirinya kini menghadap ke arah Jasmine sepenuhnya.

"Semalam, masa saya keluar dengan Qisya dan Safiya. I saw your wife with another man. Dia nampak takut bila jumpa saya. Mereka nampak mesra. Cik Syakila kata itu hanya kawannya sahaja. Bagi saya tidak."

Berkerut dahinya saat ini. Setahu dia, isterinya sudah memberitahu bahawa dia mempunyai urusan kerja bersama Nita, sahabat isterinya semalam.

Pantas hatinya kuat berkata bahawa isterinya itu sedang berbohong kepadanya.

"Saya minta maaf pasal kelmarin. Saya ada hal yang nak uruskan. Jumpa awak esok!"

Tidak sempat Jasmine mahu
membalas, Vano sudah pergi meninggalkan dia.




"SYAKILA!" bergaung rumah itu dengan jerkahan Vano.

Pintu bilik ditolak kasar olehnya. Melihat tubuh isterinya itu elok terbaring di atas katil. Selimut tebal yang menutupi seluruh badan isterinya itu ditarik kasar.

"Kau bangun sekarang!" Lengan Syakila ditarik kuat.

Syakila mendengus kasar.

"APA YOU NI?! I tengah tidur kan? Tak nampak ke? Sibuk je!" marah besar Syakila.

"Tidur apa pukul 2.30 petang ni?! Aku tahu la kau balik lambat semalam. KAU JUMPA JANTAN LAIN KAN?!" jerkah Vano di hadapan Syakila.

"Semak la you ni! I penat tau! Sekarang you nak tuduh2 i pulak!" ujar Syakila yang cuba untuk membela diri.

"Tuduh? Kau yakin ke aku tuduh kau? Ke kau cuba nak bela diri kau sekarang?" naik turun dadanya saat ini.

"You ada bukti ke huh? I keluar pergi kerja la!" dia mengusutkan rambutnya tanda protes. Marah dia apabila Vano mengganggu masa rehatnya.

"Kerja? Kerja? Seriously Syakila? You ingat sini eh, kalau i dapat tahu yang you jumpa jantan belakang i, i tak teragak-agak nak ceraikan you!" ujar Vano menahan geram.

"Huh, cerai? You nak ceraikan i? Cerai lah! I tak kisah! Kalau you nak tahu, I.TAK.PERNAH.CINTAKAN.YOU! Selama ni, i bertahan dengan you pun sebab duit je. So you tak payah lah risau! And yeah, lagi satu. You nak tahu sangat kan kenapa i dah berubah sampai macam ni? Yes! I dah ada lelaki lain." ujar Syakila. Puas dia memendam selama ini.

Tersentak Vano mendengar kata2 isterinya itu. Sungguh dia tidak percaya. Hatinya juga semakin membara apabila mendengarkan itu.

"Oh, one more thing. You jangan ingat i tak tahu yang you..." sengaja dia tidak menghabiskan ayatnya.

"I apa? Apa yang you nak cakap hah?!"

Terbit senyuman sinis di bibir Syakila.

"You gilakan budak mentah tu kan..."













TBC 🌹

Pilihan Terakhir [COMPLETE]Where stories live. Discover now