JASMINE menutup perlahan dedaun pintu biliknya sebelum kakinya mengorak langkah kearah katil. Badan dibaringkan perlahan dan selimut ditarik sehingga ke paras dada.
Belum sempat mahu memejamkan mata. Ada tangan yang melingkar di pinggang rampingnya.
"Arkh!"
Dia memukul tangan itu berkali-kali. Terkejut mak!
"Ish apa sayang ni? Sakit lah!" adu Vano lalu mengusap lengannya.
Jasmine bangun dari pembaringannya dan menutup mulut. Alamak! Encik suami ke yang peluk tadi? Ingatkan hantu!
"Abang...sorry, sayang tak sengaja!" Jasmine menarik lembut lengan suaminya dan turut mengusap lembut pada tempat yang telah dipukul olehnya tadi.
"Kenapa pukul abang ni?" marah Vano. Sengaja mahu mengusik isterinya.
Jasmine mengetap bibirnya. Alamak! Dia marah aku ke? Aduh, macam mana ni?!
"Err...Min ingat abang tak ada kat rumah. Sebab itu, Min pukul!" dia ingat Vano mempunyai urusan diluar kerana lelaki itu telah memberitahunya petang tadi.
"Ditunda, meeting tu buat esok. So, abang balik lah" ujar Vano masih tidak memandang isterinya. Acah je!
Jasmine mengigit kukunya. Dia merajuk ke eh? Nak kena pujuk ke?
"Abang, marah Min ke?" soal Jasmine. Dia mendekatkan jaraknya dengan Vano.
Vano mengelakkan sedikit badannya. Mata masih menatap skrin telefon. Dia sengaja mahu melihat reaksi isterinya. Dia tak nak pujuk aku ke?
Jasmine yang melihat tingkah laku suaminya, serta merta satu senyuman nakal terbit di bibirnya. Oh, nak kena kan aku ye?
"Abang..." panggil Jasmine dengan suara yang manja.
Vano yang mendengar itu langsung kaku badannya. Tapi dia ego, masih tidak memandang kearah isterinya. Cis, tua-tua pun nak merajuk!
Jasmine mendengus perlahan sebelum dia turun dari katil dan menuju kearah wardrobe. Dia meraih sehelai baju satin yang agak nipis berwarna merah pekat.
Senyuman nakal masih terukir elok di bibirnya. Sengaja mahu membangunkan harimau yang sedang tidur.
Dia melangkah masuk ke dalam bilik air untuk menukar pakaian. Setelah itu, dia melihat tampilannya di cermin. Idea yang bagus!
Tanpa membuang masa, Jasmine melangkah keluar dari bilik air lalu berjalan perlahan menuju kearah katil.
Terbeliak mata Vano apabila melihat tampilan isterinya sekarang. Dia menelan air liur kasar. Tiba-tiba badannya terasa hangat. Lain macam malam ni.
Telefon yang berada di tangan diletakkan di atas meja lampu. Dia menarik lembut lengan Jasmine.
Jantungnya berdegup kencang apabila melihat senyuman nakal yang terukir di bibir isterinya.
"S-sayang?" bergetar suaranya memanggil isterinya.
"Yes, daddy?" sengaja Jasmine ingin menggoda suaminya. Ha, tadi kemain lagi nak merajuk!
Vano memandang isterinya atas bawah. Permandangan di depan matanya ini sungguh sempurna.
"Say it, again..." Vano merapatkan lagi jarak antara mereka.
YOU ARE READING
Pilihan Terakhir [COMPLETE]
Romance𝙑𝙖𝙣𝙤 𝘽𝙚𝙣𝙟𝙖𝙢𝙞𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙞𝙨𝙨𝙤𝙣 𝙓 𝙅𝙖𝙨𝙢𝙞𝙣𝙚 𝘼𝙡𝙞𝙨𝙮𝙖 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙧𝙖𝙣𝙞 Apabila hati sudah menyimpan satu nama, maka dialah orangnya. Jasmine Alisya Maharani sering mengusik ketenangannya. Setiap saat, pasti bayangan gadis itu men...