MELILAU mata Puan Elya seperti mencari seseorang. Dia menghampiri jasmine yang sedang meletakkan bungkusan plastik yang berisi ayam bakar itu.
"Eh mana Qisya? Dah balik ke?" soal Puan Elya.
"Haah ma, dia dah balik. Opah Qis jatuh bilik air, diorang nak ke hospital"
Terkejut Puan Elya mendengar berita yang disampaikan oleh anaknya itu.
"Ya allah, macam mana boleh jatuh ni?"
"Tak tahu lah, Qis tak bagitahu apa lagi. Nanti kalau Qis dah bagitahu, Isya sampaikan pada mama ye?" ujar Jasmine sambil meletakkan 6 ketul ayam bakar ke dalam pinggan.
Puan Elya hanya mengangguk.
Setelah selesai berbuka dan solat maghrib Tuan Zaid memanggil isteri dan anaknya berkumpul di ruang tamu.
"Papa tak ke tarawih malam ni?" soal Jasmine setelah melabuhkan punggung di sofa.
Tuan Zaid menggeleng.
"Papa penat harini, sakit badan. Lagipun tadi papa pergi ke tempat projek, berjemur jugak la kat situ" ujar Tuan Zaid.
Jasmine hanya mengangguk.
"Abang? Ada benda apa yang nak bagitahu?" soal Puan Elya tanpa basa basi.
"Ehem" Tuan Zaid berdehem dahulu.
"Papa ingat nak buat majlis berbuka puasa dekat rumah ni. Boleh la jemput kawan-kawan papa, mama dan Jasmine" terang Tuan Zaid.
"Wah bagus juga tu, bila kita nak buat tu?"
"Hari sabtu ni kita buat"
"Kalau Isya nak jemput kawan-kawan satu kelas Isya boleh?" soal Isya, takut jika ramai jemputan.
"Boleh, jemput saja siapa" ujar Tuan Zaid.
"Kalau macam tu, nanti saya bagitahu kawan-kawan saya dalam grup"
Bersemangat Puan Elya bila dapat berbuka puasa bersama kawan-kawannya. Maklumlah sudah lama tidak dapat berjumpa, masing-masing sibuk.
Tuan Zaid menatap lama kearah anaknya.
'Papa yakin itu dia'
Sedang dia menyiapkan laporan pada malam itu, matanya beralih kearah talefonnya. Panggilan yang masuk itu dijawab segera tanpa melihat nama pemanggil tersebut.
"Assalamualaikum Van"
"Waalaikumsalam bang, ada apa call saya malam-malam ni?" tersenyum dia apabila mendengar suara yang amat dia kenali.
"Abang ada buat majlis berbuka puasa di rumah hari sabtu ni, jemputlah datang"
"Insyaallah saya datang, kalau ada hal pun saya akan cuba untuk datang juga jangan risau"
Sudah lama dia tidak bertemu dengan Tuan Zaid. Mungkin dengan cara ini dia boleh dapatkan apa yang dia mahu.
"Jangan lupa datang ye"
"Ya baik bang"
Vano menamatkan panggilan itu. Tersenyum dia sambil menatap sebuah foto seorang gadis yang berpakain baju sekolah.
Foto Jasmine di ambil secara senyap olehnya. Bukan satu, tapi banyak lagi foto Jasmine yang ada di dalam galerinya.
Jasmine menghampiri kawan-kawannya yang sedang rancak berbual di dalam kelas itu.
"Korang, aku ada benda nak bagitahu ni" ujar Jasmine sambil berdiri tegak di hadapan papan putih kelasnya.
"Apa dia tu?" soal salah seorang daripada mereka.
"Sabtu ni, rumah aku ada buat majlis berbuka puasa. Jadi, jemputlah datang ye semua" ujar Jasmine.
"Woww yeke? Ok cun aku datang!" ujar Safiya dengan pantas.
Dia kalau bab2 makan ni tak boleh ditolak!
Tergelak kecil Jasmine melihat itu.
"Ramai tak? Aku malu lah hehe"
"Mestilah ramai piya, jemputan dari mama dan papa aku lagi. Tapi korang jangan risau, aku akan cari tempat yang tersembunyi sikit untuk kita berkumpul. Kita kan semua perempuan!" ujar Jasmine.
"Haah betul juga tu, ok cun hari sabtu korang berkumpul kat rumah aku lepastu kita gerak sekali setuju?" cadang Qisya.
"Ok setuju!" jawab semua serentak.
"Ok good, lagi senang macam tu"
Tersenyum Jasmine melihat mereka.
Wajah Qisya dipandang. Langkah dibawa mendekati kawan baiknya itu.
"Qis, keadaan opah kau macam mana? Teruk ke?" soal Jasmine.
"Opah aku terseliuh, darah dia tinggi semalam sebab tu pengsan. Kena tahan wad 3 hari" ujar Qisya.
"Habistu, sapa jaga opah kau dekat hospital?"
"Maksu aku tolong jagakan. Ibu tak boleh jaga sebab banyak tempahan kuih raya dari orang"
Jasmine hanya mengangguk.
Jasmine mula panik apabila melihat sosok tubuh yang sangat dia kenali melangkah masuk ke dalam kelas.
Dengan wajahnya tegas membuatkan semua murid yang berada di dalam kelas ini senyap dan takut.
" Good morning, class" ucapnya.
"Good morning, Sir!" jawab serentak.
"Ok, sit down"
"Seperti yang kamu semua tahu bahawa saya akan mengambil alih semula kelas awak untuk subject Bahasa Inggeris. Adakah kamu semua masih ingat dengan peraturan di dalam kelas saya?" soal Vano setelah matanya menangkap pandangan gadis itu.
"Jasmine Alisya Maharani Binti Zaid Mustapha, sila bagitahu saya apakah peraturan di dalam kelas saya dan apa yang saya nak?" soal Vano sambil tersenyum sinis.
Panik Jasmine pada saat itu.
"Err, kena fokus semasa Sir mengajar, jangan berbual dengan kawan, jangan pandang lantai semasa Sir bercakap. Yang paling penting, Sir nak semua orang skor A+ dalam subject Bahasa Inggeris" ujar Jasmine seraya menatap wajah Vano.
Tersenyum Vano apabila mendengar ayat terakhir yang telah di sebut oleh gadis itu.
Ya, memang dia sengaja berbuat begitu kerana dia mahukan yang terbaik untuk anak muridnya.
Tetapi dia tahu bahawa tidak semua anak muridnya akan mencapai 100% untuk subject yang diajar olehnya.
Dia mahukan Jasmine seorang untuk mencapai 100% dalam subjectnya. Dengan itu, dia harus mengugut gadis itu supaya impiannya dapat dicapai untuk memilik gadis itu seutuhnya.
"Ok baiklah. Di depan kamu ni ada latihan, saya nak awak ambil sorang satu dan siapkan sekarang. Kalau dah siap sila hantar. Pastikan jangan salah banyak. Dilarang meniru, sila buat sendiri dan tanya kawan. Kalau tak faham tanya saya, FAHAM?" tegas Vano.
Semua mengangguk.
Habislah Jasmine, dah gila agaknya si Vano tu 😌.
YOU ARE READING
Pilihan Terakhir [COMPLETE]
Romance𝙑𝙖𝙣𝙤 𝘽𝙚𝙣𝙟𝙖𝙢𝙞𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙞𝙨𝙨𝙤𝙣 𝙓 𝙅𝙖𝙨𝙢𝙞𝙣𝙚 𝘼𝙡𝙞𝙨𝙮𝙖 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙧𝙖𝙣𝙞 Apabila hati sudah menyimpan satu nama, maka dialah orangnya. Jasmine Alisya Maharani sering mengusik ketenangannya. Setiap saat, pasti bayangan gadis itu men...