SKIP
Hari Keusahawanan yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Ahmad telah tiba. Ramai jemputan dari luar yang turut hadir untuk menyertai pertandingan 'FUN RUN'. Semua peserta mengenakan baju jersi yang sama.
Banyak gerai jualan makanan yang buka. Hampir penuh kawasan padang sekolah itu dengan gerai mereka. Urusniaga di hari itu dengan menggunakan kupon sahaja.
Tuan Zaid dan Puan Elya juga turut hadir bersama untuk memberikan semangat kepada anaknya.
"Eh abang?"
"Ann! Lari juga ke?" soal Tuan Zaid sambil berjabat tangan bersama adik angkatnya.
"Haah bang, saya lari juga. Rasa rugi pulak kalau tak lari, mana tahu saya boleh dapat medal?" ujar Vano sambil merenggangkan ototnya.
Maklumlah medal hanya disediakan 20 sahaja. Siapa yang bertuah dapatlah! Kita cuba mana tahu dapat.
"Insyaallah, Ann mesti boleh punya! Abang yakin! Semoga Ann nombor 1" semangat Tuan Zaid berikan.
Vano mengangguk-anggukan kepalanya.
"Baik bang, terima kasih!"
"Ann! Mana Jasmine?" soal Puan Elya yang dari tadi hanya membisu.
"Oh tadi Ann nampak dia dengan kawan dia tu, Qisya namanya tak silap. Dekat tempat pendaftaran, sekarang Ann tak tahu lah pulak" ujar Vano, matanya juga meliar mencari gadis itu.
"Takpe lah kalau macam tu. Nanti kalau Ann jumpa dia, bagi ni ye?" Puan Elya menyerahkan minyak cap kapak kepada Vano.
Berkerut dahi Vano saat ini. Gadis itu sakitkah?
"Jasmine dia boleh sahaja lari, cuma kadang-kadang dia penat itu ja. Kalau dia penat, mesti effect dia sampai ke kepala. Takut dia pengsan pula. Jadi akak suruh dia bawak minyak ni tadi, mungkin dia terlupa ataupun tertinggal. Nanti kamu tolong bagi dekat dia ya?" ujar Puan Elya.
"Lah yeke? Ok baik akak, nanti saya bagi dekat dia ya. Akak dengan abang jangan risau pasal Jasmine, Ann ada boleh jaga dia semasa aktiviti larian dijalankan" ujar Vano bagi mengurangkan kerisauan di hati Tuan Zaid dan Puan Elya.
Sepasang suami isteri itu hanya tersenyum melihat sifat keperihatinan Vano terhadap Jasmine.
Baik ada makna...
"Ok lah, saya pergi dulu. Acara dah nak mula." ujar Vano lalu pergi meninggalkan sepasang suami isteri itu.
"Kau cari apa? Dari tadi dok pusing-pusing" ujar Qisya yang dari tadi pening melihat kawannya seperti mencari sesuatu.
"Aku punya minyak cap kapak. Aku rasa macam dah ambil tadi. Tapi takkan takde kot? Jatuh ke? Aduhh mana pulak ni? Kalau aku pengsan kejap lagi macam mana? Sapa nak angkat aku? Kau nak angkat aku ke? Kalau kau tak larat macam mana?"
"Woii rilek laaa!!! Sabor satu-satu! Cuba kau ingat balik kau letak mana? Kau tertinggal kot?" ujar Qisya.
"Macam mana ni?" risau jika dia pengsan nanti.
"Takpe, kita lari dulu. Kalau kau penat, jangan teruskan ok? Kita cari bantuan dekat situ. Mesti ada orang jaga punya!" Qisya cuba menenangkan Jasmine yang sedang panik itu.
Jasmine mengangguk perlahan. You can do it, Jasmine!
Bunyi loceng pemasa telah bunyi dalam masa 10 saat sebelum peserta larian akan dilepaskan.
3,2,1 PONNN!!!!!!!
Seramai 784 peserta keluar padang dan berlari mengikut laluan yang telah disediakan. Baru sahaja permulaan ada yang sudah berhenti, yang mengikat tali kasut juga ada.
Jasmine dan Qisya masih lagi berlari, paling tepat sekali kami berjalan. Sepatutnya dari awal tadi hanya berjogging sahaja. Tetapi kami sudah berlari seperti laluan itu dekat padahal jauh lagi!
Jasmine dan Qisya cuba untuk mengatur nafas. Setelah itu, kami kembali berlari dan memotong beberapa peserta.
Beberapa minit kami berjalan, nafas Jasmine seperti tersekat. Dia menepuk dadanya perlahan. Penutup botol air dibuka, lalu meneguk air itu dengan rakus sehingga habis.
Cuba mengatur nafas lagi, kepalanya sudah basah dek kerana air peluh yang keluar mencurah-curah. Padangan bertukar menjadi kabur.
Qisya turut berhenti setelah melihat Jasmine berada di belakang, dia menuju pantas mendapatkan Jasmine.
"Min? Kau ok tak? Ya allah pucatnya muka kau!" panik Qisya.
Qisya cuba untuk mencari bantuan. Matanya melilau mencari seseorang untuk meminta bantuan. Pandangannya terhenti pada sosok tubuh seseorang yang sedang menuju kearah mereka.
Ya, itu dia! Vano Benjamin Harisson!
"Qisya? Jasmine kenapa? Dia ok?" soal Vano dengan nada kerisauan.
"Sir, tolong Jasmine. Dia pening kepala ni. Sir ada ubat tak?" soal Qisya.
Vano menyelup tangannya kedalam poket dan mengambil botol minyak cap kapak itu lalu diserahkan kepada Qisya.
"Ini, Jasmine punya. Dia tertinggal di rumah tadi." ujar Vano.
"Terima kasih, sir!" ujar Qisya lalu penutup minyak cap kapak itu buka.
Di titikkan sedikit di jarinya lalu di letakkan di dahi jasmine dan diurut perlahan.
"Kau masih nak teruskan lagi?" soalan Qisya dibalas dengan gelenggan dari jasmine.
"Sir, boleh bawa jasmine balik ke sekolah? Saya masih nak teruskan larian"
Vano terdiam seketika. Mana mungkin dia mahu biarkan gadis itu terus menahan kesakitan.
"Baiklah, saya akan hantar dia ke bilik rawatan terus. Teruskan perjalan awak! Jangan biarkan sekolah lain menang, semangat!" ujar Vano.
Qisya mengangguk semangat.
"Baik sir! Terima kasih. Saya serahkan jasmine pada sir ya. Saya pergi dulu!" ujar Qisya.
"Awak boleh berjalan?" soal Vano.
Belum sempat jamsine mahu membalas, dia berasa dirinya telah barada di udara saat ini.
Vano mencempung tubuh badan kecil milik jasmine lalu dimasukkan ke dalam kereta di bahagian sebelah pemandu.
Jasmine tidak mampu melawan kerana dia seperti tiada tenaga saat ini. Matanya juga terpejam.
Vano hanya melihat sahaja gadis yang berada di sebelahnya. Perasaan kasihan menyelubungi dirinya saat ini apabila melihat wajah kepucatan gadis itu.
Tangan naik mengelus rambut milik jasmine. Satu kucupan lembut dihadiahkan kepada jasmine.
Enjin kereta dihidupkan dan memecut keluar meninggalkan kawasan itu.
TBC 🌹
Maaf saya skip banyak part yang patut saya tulis. Saya sibuk sangat2 sampaikan tiada masa nak menulis. Selamat membaca! ❤️
YOU ARE READING
Pilihan Terakhir [COMPLETE]
Romance𝙑𝙖𝙣𝙤 𝘽𝙚𝙣𝙟𝙖𝙢𝙞𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙞𝙨𝙨𝙤𝙣 𝙓 𝙅𝙖𝙨𝙢𝙞𝙣𝙚 𝘼𝙡𝙞𝙨𝙮𝙖 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙧𝙖𝙣𝙞 Apabila hati sudah menyimpan satu nama, maka dialah orangnya. Jasmine Alisya Maharani sering mengusik ketenangannya. Setiap saat, pasti bayangan gadis itu men...