"NAK pergi mana?" pelik dia apabila melihat isterinya yang sering keluar dan tidak mempunyai masa di rumah seperti biasa.
Badan dipusing menghadap ke arah suaminya. Muka bosan ditayangkan.
"Kila nak keluar dengan Zara, lagipun Zara baru balik dari Malaysia kan? I nak spend time dengan dia, lagipun kitaorang dah lama tak jumpa" ujar Syakila tanpa memandang suaminya lagi.
Beg tangan yang baharu sahaja dibelinya, di usap lembut. Sayang betul dengan beg!
"Beli beg lagi?" bukan dia tidak perasan, sudah banyak kali dia melihat barang-barang isterinya semua baharu.
"Itu tak penting, Kila nak pergi jumpa Zara ni" laju dia menampak keluar.
Kasut bertumit tinggi berwarna merah diambil, lalu disarungkan pada kakinya.
"Kila! Abang tak habis cakap lagi kan? Ada abang bagi kebenaran untuk Kila keluar? Tak kan?"
Pelik sungguh. Semenjak dua menjak ini, banyak sangat perubahan pada isterinya. Selalu pulang lewat, sering keluar entah kemana.
"Kalau abang tak izinkan pun, Kila tetap nak keluar lah!" dia menepis kuat tangan Vano.
"SEJAK BILA PANDAI KURANG AJAR DENGAN ABANG NI?!" tengking dia. Mana dia tidak marah, sudah lewat malam masih mahu keluar juga.
Mukanya merah saat ini. Tangan digenggam sehingga menimbulkan urat-uray hijau.
"Suka hati kau lah!" panggilan sudah berubah.
Syakila terus pergi meninggalkan suaminya yang sedang dilambung amarah yang menggila saat ini.
"Kau betul-betul mencabar aku lah perempuan!" dengan hati yang panas, dia melangkah masuk ke dalam rumah lalu menghempas pintu dengan kuat.
"Papa?"
Dia tidak perasan akan kehadiran Zayian di situ. Anaknya tampak takut melihat wajahnya saat ini.
Perlahan-lahan dia mendekati anaknya itu. Kepala anaknya diusap lembut.
"Papa minta maaf ye sayang. Biarkan mama pergi, dia tahu jalan balik. Sekarang, Ian pergi tidur dulu ye. Anggap je tak da apa-apa yang berlaku tadi."
Perlahan-lahan anak itu mengangguk. Matanya juga kelihatan sedikit berair.
Adakah Zayian mendengar perbualan dan pertengkaran dia bersama isterinya tadi?
"Isya..." Puan Elya melabuhkan punggung di birai katil anaknya.
Tersentak Jasmine apabila namanya diseru.
"Ye ma? Kenapa?"
"Isya ok ke? Masih ingat tentang tengah hari tadi?" ibu mana yang tidak risau jika anaknya hampir seharian tidak bercakap.
"Isya ok, cuma letih sikit. Kepala pun masih pening"
Puan Elya tersenyum. Pasti anaknya itu sedang berbohong.
"Iyeke? Isya, mama bukan kenal Isya semalam tau. Mama yang besarkan Isya, jadi mama tahu apa yang ada dalam hati dan fikiran anak mama ni"
Jasmine mengeluh perlahan. Dia masih tidak boleh lupa tentang kejadian itu. Ye, dia mengaku. Memang dia suka dan minat kepada gurunya itu. Tapi, tidak bermakna dia terlalu obsess kepada guru itu. Ini sudah terlalu lebih baginya.
"Mama, Isya nak tido" ujar Jasmine. Sayup sahaja matanya memandang kearah ibunya itu.
"Ye lah, Isya rehat ok? Mama keluar dulu, goodnite!" Puan Elya segera keluar daripada bilik anaknya itu.
YOU ARE READING
Pilihan Terakhir [COMPLETE]
Romance𝙑𝙖𝙣𝙤 𝘽𝙚𝙣𝙟𝙖𝙢𝙞𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙞𝙨𝙨𝙤𝙣 𝙓 𝙅𝙖𝙨𝙢𝙞𝙣𝙚 𝘼𝙡𝙞𝙨𝙮𝙖 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙧𝙖𝙣𝙞 Apabila hati sudah menyimpan satu nama, maka dialah orangnya. Jasmine Alisya Maharani sering mengusik ketenangannya. Setiap saat, pasti bayangan gadis itu men...