HARI yang ditunggu-tunggu oleh Vano sudah tiba. Ramai juga jemputan dari Tuan Zaid di majlis berbuka puasa pada hari ini. Tuan Zaid kata hanya menjemput kenalannya serta juga kenalan anak dan juga isterinya.
Kelihatan seperti kenduri perkahwinan pula. Sungguh ramai tetamu yang hadir pada petang ini. Meriah sungguh!
"Abang! Ok tak baju Kila ni?" soal Syakila setelah keluar dari perut kereta.
"Ok je sayang, makin bertambah cantik isteri abang ni" Vano mencubit lembut pipi isterinya.
Tersenyum malu Syakila apabila dipuji oleh suaminya sendiri!
"Papa, Ian lapar laa"
Pandangan Vano beralih kepada suara kecil itu yang sedang menatapnya.
Zayian Hayder Benjamin anak sulung lelakinya.
"Kesian anak papa lapar ye? Kejap ye sayang, kita baru je sampai. Kita masuk dalam dulu ok?" ujar Vano sambil mengusap lembut rambut anaknya.
"Dah jom masuk!"
Mereka bertiga mengatur langkah masuk ke dalam perkarangan rumah milik Tuan Zaid. Kelihatan ramai orang yang sedang melakukan kerja seperti menghidang makanan, menyusun meja dan kerusi.
Kelihatan Tuan Zaid sedang berborak bersama kenalannya di kolam renang.
"Sayang, ambil Ian masuk dalam dulu. Ambil la kuih beberapa biji bagi anak makan, kesian anak papa lapar ye. Abang nak jumpa Tuan Zaid kejap" kini pegangan tangan anaknya beralih ke isterinya pula.
Syakila hanya mengangguk.
Langkahnya dibawa menuju ke Tuan Zaid yang sedang rancak berborak bersama kawan-kawannya.
"Assalamualaikum!"
"Waalaikumsalam" jawab mereka serentak.
"Vano?" panggil Tuan Zaid seakan tidak percaya akan kehadirannya di situ.
Vano hanya tersenyum melihat raut wajah terkejut Tuan Zaid. Kini, tubuh Vano ditarik masuk kedalam pelukan Tuan Zaid.
"Ya allah, rindunya abang dekat adik abang yang sorang ni!" ujar Tuan Zaid sambil menampar kasar bahu Vano.
"Haha, baru je berapa tahun bang..."
"Baru berapa tahu kamu cakap? Sampaikan Isya dah besar tau! Kali terakhir kita jumpa waktu Isya umur 7 tahun. Lama tu!" kesal Tuan Zaid.
"Haha abang ni, an gurau je" ujar Vano sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
An? Ye Aan adalah nama singkat Tuan Zaid memanggilnya.
"Ye lah kamu tu" sempat Tuan Zaid menjeling adik angkatnya.
"Haa, kamu apa khabar? Dah kahwin ke?" soal Tuan Zaid.
"Khabar baik, sihat Alhamdulillah. Ye, saya dah kahwin" ujar Vano dengan tenang.
"Ooo kamu kahwin dah la tak jemput abang. Sampai hati kamu ye buat abang begini? Kamu nak jadi adik derhaka ke?"
"Zedd! Istilah mana kau amik ni?" ujar salah seorang kawan Tuan Zaid.
Pecah ketawa mereka semua.
"Dah laa korang, jom tahlil nak start dah" ujar Tuan Zaid. Malas nak gaduh, bulan puasa ni.
"Kakak, nak kek tu boleh?" suara kecil itu menghentikan pergerakan Jasmine yang sedang menyusun beberapa jenis kek yang berbeza perisa itu.
"Eh adik! Boleh sayang, adik nak kek yang mana satu?" soal Jasmine dengan lembut.
"Nak kek coklat!" ujar Ian dengan semangat.
"Boleh kejap ye. Tapi kakak bagi sikit je tau, kek ni manis"
Ian hanga mengangguk.
"Ok nah!" Jasmine menghulurkan kek itu kepada Ian.
"Terima kasih kakak!"
"Sama-sama sayang, jangan lari tau nanti jatuh!" ujar Jasmine sambil melihat Ian sedang berlari anak sambil membawa piring plastik yang berisi kek.
Jasmine hanya menggeleng.
"Isya! Jom tahlil nak start dah ni" panggil Puan Elya.
"Ok maa baik, kejap yee nak basuh tangan" ujar Jasmine.
Setelah tahlil selesai, waktu berbuka puasa sudah tiba dengan hanya memakan 3 biji kurma dan air mineral. Setelah itu mereka melakukan solat maghrib berjemaah sebelum menjamah makanan berat yang sudah dihidangkan.
"Abang, an nak ke tandas sekejap" ujar Vano.
"Ha ye lah" leka Tuan Zaid bermain bersama Zayian. Sudah seperti atok dan cucu pula kalau dilihat.
Vano melangkah menuju ke dapur. Tandas dituju. Belum sampai di laluan ke tandas, dia mendengar suara merdu seseorang yang sedang menyanyi.
'Merindukan hadirmu,
Ada di sini,
Percayalah, oh kasihku,
Jarak dan waktu tak mampu menghapus,
Janji setia menjaga hati'Vano melangkah maju kearah suara itu.
Kelihatan seorang gadis yang sedang bermain talefon di taman belakang sambil mendengarkan lagu. Dia juga ikut menyanyi, seolah-olah dia sedang berada di atas pentas sekarang.
Tanpa disedari Jasmine, Vano sedang menatapnya tajam. Lama. Segala pergerakannya dapat dilihat oleh Vano.
Tanpa Vano sedari juga dia telah berada tepat di belakang gadis itu.
Jasmine dapat merasakan ada seseorang di belakangnya terus berpaling. Alangkah terkejutnya apabila hidungnya terlanggar pada dada bidang milik Vano.
Jasmine dapat merasakan juga nafas panas dari Vano. Tatapan lelaki itu sangat menakutkan. Seperti singa kelaparan.
"S-sir? Kenapa ada dekat s-sini?" gagap terus.
Jasmine mengundur sedikit badannya ke belakang. Tetapi, Vano tetap mendekatinya. Dia maju kehadapan.
"Aku rasa macam..." ujar Vano sambil menatap Jasmine dengan pandangan atas bawah.
Jasmine sudah takut. Tidak cukupkah dia sudah menganggu Jasmine di sekolah kemarin? Mahu menganggu Jasmine lagi? Apa yang dia mahukan sebenarnya?
"Saya nak masuk!" Jasmine ingin melarikan diri.
Namun pergelangan tangannya sempat di sambar oleh Vano.
"Nak pergi mana sayang? Hm?" goda Vano mengusap lembut tangan yang digenggam olehnya itu.
"S-sakit... lepaslah!" meronta-ronta Jasmine untuk dilepaskan.
Namun Vano hanya memekakkan telinga sahaja. Tak kisah apa yang dikata oleh gadis itu.
Jasmine merentap kasar tangannya. Akhirnya terlepas juga. Tetapi hanya sebentar. Dia cuba untuk melarikan diri namun badannya sempat ditarik kasar oleh Vano dan menyebabkan dia terjatuh kedalam pelukan lelaki itu.
"Arkhhh!!!!"
TBC 🌹
Cuba korang bayangkan. Jasmine badan dia dah la kecik, pastu si Vano tu pulak besar. Serupa korang peluk teddy bear paham tak!?? 😇Geram pulak dengan si Vano ni, melebih pulak dia yee. Ko gatal aku bagitau mak kau!
YOU ARE READING
Pilihan Terakhir [COMPLETE]
Romance𝙑𝙖𝙣𝙤 𝘽𝙚𝙣𝙟𝙖𝙢𝙞𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙞𝙨𝙨𝙤𝙣 𝙓 𝙅𝙖𝙨𝙢𝙞𝙣𝙚 𝘼𝙡𝙞𝙨𝙮𝙖 𝙈𝙖𝙝𝙖𝙧𝙖𝙣𝙞 Apabila hati sudah menyimpan satu nama, maka dialah orangnya. Jasmine Alisya Maharani sering mengusik ketenangannya. Setiap saat, pasti bayangan gadis itu men...